Sebagai pelabur yang baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan saham, semestinya kita mencari gabungan indikator yang terbaik untuk kita gunakan ketika membuat kajian saham-saham yang berpotensi. Indikator merupakan tools yang dapat membantu kita mendapatkan petunjuk atau signal tambahan.
Jangan taksub sangat dengan penggunaan indikator ni.
Gabungan indikator yang baik adalah indikator-indikator yang dapat membantu menggambarkan trendline saham, signal belian dan signal jualan tambahan dan juga oscillator yang menunjukkan terlebih belian atau jualan sesuatu saham.
Mari kita lihat 3 indikator yang mudah untuk digunakan oleh pelabur baru.
1. Simple Moving Average (SMA)
Simple Moving Average (SMA) atau Moving Average (MA) merupakan garisan yang terhasil daripada formula yang dikira berdasarkan harga purata saham mengikut hari yang ditetapkan. MA yang biasa digunakan adalah MA 20, MA 40 dan juga MA 50.
MA 20 terbentuk daripada harga saham untuk 20 hari yang lepas, 40 hari untuk MA 40 dan 50 hari MA 50.
Penggunaan MA 20 sehingga MA 50 ini sesuai digunakan oleh pelabur jangka masa sederhana atau swing trader bagi menentukan trendline sesuatu saham.

Sumber: KLSE Screener
Jom kita tengok 5 langkah mudah untuk menggunakan indikator MA di dalam carta dengan menggunakan screener yang ada pada KLSE Screener.
Langkah Pertama: Masuk carta saham yang berkenaan dan tekan butang Indicators.
Langkah Kedua: Masukkan nama Moving bagi menapis indikator yang sedia ada
Langkah Ketiga: Pilih indikator “Moving Average” .
Langkah Keempat: Tukar setting hari kepada hari yang kita mahukan seperti MA 20, MA 40 atau MA 50.
Langkah Kelima: Kita akan lihat satu garisan terbentuk di dalam carta.
Selesai setup indikator pertama, mari kita lihat pula indikator yang seterusnya.
2. Moving Average Convergence Divergence (MACD)
MACD adalah indikator yang menunjukkan hubungan di antara dua garisan Moving Average untuk sesuatu saham. MACD ini terhasil daripada pengiraan Exponential Moving Average (EMA) 26 dan EMA 12. MACD biasanya digunakan sebagai petunjuk kepada signal belian atau signal jualan tambahan apabila garisan EMA 12 bersilang dengan garisan EMA 26.
Signal belian adalah apabila garisan biru yang mewakili EMA 12 bersilang dengan garisan merah yang mewakili EMA 26 daripada bawah.
Signal jualan pula berlaku apabila garisan biru bersilang dengan garisan merah daripada atas.

Sumber: KLSE Screener
Langkah yang sama perlu dilakukan seperti langkah menggunakan Moving Avergae di atas tetapi pada langkah kedua kita perlu memasukkan MACD dan pilih indikator MACD tersebut.
Baca lagi Rahsia Penggunaan MACD Yang Anda Kena Tahu
3. Relative Strength Index (RSI)
Relative Strength Index (RSI) merupakan oscillator yang mengira harga purata saham untuk tempoh waktu tertentu. RSI akan memberikan isyarat terlebih beli atau terlebih jual untuk sesuatu saham. Isyarat terlebih belian berlaku apabila indikator RSI ini melebihi 70% manakala isyarat terlebih jualan berlaku apabila RSI berada di bawah 30%.

Sumber: KLSE Screener.
Langkah yang sama digunakan untuk memasukkan indikator RSI seperti kita memilih indikator Moving Average dan MACD.

Sumber: KLSE Screener
Setelah kita memasukkan ketiga-tiga indikator ini, carta kita akan kelihatan seperti gambar di atas. Ianya lengkap dengan indikator untuk menentukan trendline, signal belian dan signal jualan tambahan dan juga oscillator bagi menentukan terlebih jualan atau belian sesuatu saham.
Baca juga Strategi Berkesan Melabur Dengan Indikator RSI
Untuk pelabur baru mungkin boleh fokus kepada 3 indikator ini terlebih dahulu. Selamat mencuba!
Ini juga bacaan menarik : Price Action Discounts Everything

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.