Bollinger Band merupakan indikator teknikal yang dicipta oleh trader teknikal terkenal iaitu John Bollinger. Indikator ini terhasil daripada satu set garis aliran standard deviations (positif dan negatif)yang ditanda araskan dengan garisan simple moving average (SMA) untuk sesuatu harga saham. Standard deviation merupakan komponen yang sering digunakan untuk mengukur volatility.
Tujuan indikator Bollinger Band ini dicipta adalah untuk membantu pelabur dan pedagang menentukan saham yang sudah terlebih beli atau terlebih jualan dalam tempoh jangka masa yang pendek.
Sumber: Trading View
Indikator Bollinger Band ini secara default setting-nya akan menggunakan SMA 20 dan juga nilai standard deviation 2. Kita boleh mengubah tetapan ini mengikut keselesaan sendiri.
Apa Yang Bollinger Band Dapat Beritahu Kita?
Indikator ini sangat popular di kalangan pelabur. Ramai pelabur percaya bahawa semakin hampir harga sesuatu saham itu pada jalur atas Bollinger Band ini, bermakna saham tersebut sudah terlebih beli (overbought) dan semakin hampir harga sesuatu saham itu pada jalur bawah Bollinger Band pula, ia menandakan bahawa saham tersebut sudah terlebih jual (oversold).
Apabila saham tersebut sudah terlebih jual, kebiasaannya saham tersebut akan dibeli semula dan akan membuatkan harga saham berkenaan masuk semula ke dalam band pada hari berikutnya. Begitu juga dalam situasi apabila saham itu sudah terlebih beli sehingga menolak harga terkeluar daripada jalur band atas, kebiasaanya akan berlaku jualan yang menolak harga kembali ke dalam band.
Selain daripada itu, indikator ini akan memberitahu kita dua perkara penting iaitu volatility harga sesuatu saham. Volatility harga ini disampaikan melalui jalur standard deviations indikator ini. Apabila dua jalur ini semakin berkembang, ianya menandakan harga sesuatu saham itu semakin volatile dan apabila jalur standard deviations mula menguncup, ianya menandakan harga saham sudah mulai stabil.
Teknik Membeli Guna Bollinger Band
Teknik yang mudah untuk pelabur membeli dengan menggunakan indikator Bollinger Bands ini adalah dengan membeli apabila harga mencecah jalur standard deviations bawah dan menjualnya apabila harga sudah mencecah jalur standard deviation atas. Namun cara sebegini mungkin terlalu mudah dan kebarangkalian kita mendapat signal belian yang palsu adalah tinggi.
Teknik yang lebih baik untuk menggunakan indikator ini adalah dengan menggunakan indikator ini dengan fasa aliran saham itu sendiri.
Seperti semua sedia maklum, carta sesebuah saham mempunyai tiga fasa utama iaitu fasa menaik, fasa mendatar dan juga fasa menurun. Ketiga-tiga fasa ini akan berulang-ulang terjadi dalam semua carta saham dan yang membezakannya hanya tempoh untuk sesuatu fasa itu terjadi. Ada yang terjadi dalam tempoh masa yang panjang, ada juga terjadi dalam tempoh yang singkat.
Sumber: Trading View
Carta di atas menunjukan fasa-fasa yang terdapat dalam sesuatu saham. Untuk membeli dengan menggunakan indikator Bollinger Band dan mendapatkan pulangan yang maksima, kita perlu perhatikan saat harga saham itu berada dalam fasa menurun.
Apabila harga mencecah jalur standard deviations di bahagian bawah, kita perlukan satu lagi petanda untuk memastikan fasa menurun saham itu sudah berakhir yang menunjukkan bahawa reversal telah berlaku. Seperti dalam carta di atas, petanda yang menunjukkan fasa menurun tamat apabila muncul candlestick hammer dan disusuli dengan candlestick Marobozu hijau pada hari berikutnya. Ini dinamakan sebagai reversal yang menandakan fasa penurunan sudah berakhir. Kita boleh membuat pembelian hanya bila sudah yakin bahawa fasa menurun sesuatu saham itu sudah berakhir dengan tiga petanda tadi.
Teknik kedua pula dengan memerhatikan jalur standard deviations yang telah lama menguncup dan mulai untuk mengembang. Jalur standard deviation yang lama menguncup ini bermakna harga sesuatu saham adalah stabil. Apabila jalur standard deviation ini mula mengembang, ini memberikan isyarat bahawa minat belian terhadap saham tersebut mula meningkat. Dengan berkembangnya jalur standard deviation dan disertai dengan fasa kenaikan, pelabur berpontensi untuk menjana keuntungan daripada pelaburan mereka.
Rumusan
Pelabur perlu tahu bahawa indikator seperti Bollinger Band ini adalah sekadar indikator. Indikator ini juga tergolong dalam indikator laggard. Teknik yang ditunjukkan di atas tidak semestinya menjadi pada setiap masa kerana pergerakan harga saham ini sangat subjektif dan tidak boleh diukur dengan menggunakan satu indikator sahaja.
John Bollinger, pencipta indikator Bollinger Band ini juga menasihatkan pelabur untuk menggunakan indikator tambahan seperti indikator Relative Strenght Index (RSI) dan Moving Average Divergence/Convergence (MACD) untuk membantu membuat penilaian denag lebih tepat terhadap saham yang ingin dilaburkan.
VIDEO CANDLESTICK SAHAM bersama Haji Zainal Ariffin Bin Osman
Selepas buka akaun CDS, belajar dulu ilmu ini. Kena belajar ilmu candlestick sebelum nak belajar tengok chart. Macam mana nak baca chart kalau tak kenal chart pattern.
Ilmu ini akan tolong jawab 3 soalan penting:
- Saham apa patut beli?
- Bila masa terbaik nak beli saham?
- Bila nak kena jual saham?
Belajar Melabur dan Berdagang Saham Menggunakan Candlestick Untuk Menjadi Pelabur dan Pedagang Berjaya
Dapatkannya sekarang -> Kelas Video Candlestick Saham
Belajar secara deep topik-topik berikut:
1. Pengenalan Analisis Teknikal
2. Pengenalan Candlestick Saham
3. Candlesticks Trading Setup (4 sub-topik)
4. Jenis Reversal Pattern Popular (12 sub-topik)
5. Top 5 Continuing Pattern (5 sub-topik)
6. Do’s & Don’ts Penggunaan Analisis Candlestick
7. Penggunaan Candlesticks untuk Saham
8. Tips Membeli dan Menjual Saham
9. Tips Screener Candlestick
10. BONUS: Penggunaan Heiken Ashi
11. BONUS: 10 Golden Rules Menggunakan Candlesticks
Durasi Selama Lebih 3 Jam!
Dapatkannya sekarang -> Kelas Video Candlestick Saham