Sebagai seorang pelabur, ilmu teknikal amat penting untuk membuat keputusan dalam setiap pelaburan. Kebiasaanya, para pelabur akan menggunakan screener untuk melihat dan membuat kajian saham-saham pilihan. Setiap platform dagangan biasanya ada menyediakan kemudahan screener ini.
Ada juga laman sesawang lain yang menyediakan kemudahan ini secara percuma seperti:
- KLSE Screener (www.klsescreener.com)
- MalaysiaStock.Biz (www.malaysiastock.biz)
- TradingView (www.tradingview.com)
Namun, screener percuma ini mempunyai sedikit kelemahan iaitu pergerakan harga saham akan sedikit lewat (delay) berbanding harga semasa. Berbeza dengan screener yang berbayar yang biasanya mempunyai kelebihan tersendiri yang memudahkan pelabur untuk membuat kajian mereka.
Untuk artikel kali ini, kami akan menunjukkan langkah-langkah untuk anda set kan indikator di dalam chart serta cara penggunaannya. Untuk artikel kali ini, kami akan menggunakan screener daripada KLSE Screener sebagai rujukan.
1. Buka laman Sesawang KLSE Screener

Perkara pertama kita perlu buat adalah dengan melayari laman web KLSE Screener seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
2. Masukkan Nama Kaunter Pilihan

Kemudian, ia akan membawa kita ke page seterusnya seperti gambar di atas. Ketika berda di page ini, kita boleh membuat pilihan mana-mana kaunter pilihan untuk pergi ke page seterusnya. Selepas membuat pilihan, kita perlu mengisi nama kaunter pilihan di bahagian atas kiri page ini.
Sebagai contoh pembelajaran, saya memilih kaunter Frontken. Selepas kita siap mengisi nama kaunter pilihan, tekan butang search di sebelah ruang yang diisi tadi untuk ke page seterusnya.
3. Pergi Ke Technical Charting

Kita akan nampak beberapa nilai nisbah berserta rumusan laporan kewangan syarikat dan harga semasa kaunter pilihan di page ini berserta gambaran kasar carta candlestick. Untuk ke langkah seterusnya, tekan butang Technical Charting pada belah bawah kanan page ini.
4. Masukkan Indikator Pilihan

Selepas menekan butang Technical Charting tadi, kita akan dibawa ke page seterusnya seperti gambar di atas. DI page ini, kita akan nampak carta candlestick berserta volume dagangan. Untuk langkah seterusnya, kita perlu menekan butang Indikator yang berada pada bahagian atas kiri page ini.

Seterusnya, akan keluar page kecil untuk kita memilihindikator yang ingin kita gunakan. Untuk sesi pembelajaran kali ini, saya akan menggunakan dua indikator asas yang selalu digunakan oleh pelabur berserta menjelaskan secara ringkas cara pengunaannya. Indicator pilihan saya adalah seperti berikut:
- Moving Average (MA) 20 dan MA 50
- Bollinger Band
Sebelum saya menerangkan fungsi setiap indikator di atas, saya akan menunjukkan cara untuk kita set kan ketiga-tiga indikator ini dan cara kita simpan template-nya untuk pengunaan masa hadapan.
5. Masukkan Indikator Pilihan

Selepas memilih indikator MA ini, default setting akan adalah MA 9. Untuk mengubah setting ini, kita perlu menekan butang input dan memasukkan nilai yang kita mahu. Untuk contoh kali ini, kita akan mengunakan nilai MA 20 dan tekan butang ‘OK’. Untuk MA 50 pula, kita perlu mengulangi langkah ke empat dan melakukan perkara yang sama dengan langkah kelima ini.
Langkah keempat dan kelima juga diulang untuk mendapatkan indikator lain seperti Bollinger Band.

Carta akan kelihatan seperti di atas, kita akan ada indikator MA 20 (Merah) dan MA 50 (Biru), dan Bollinger Band. Gambar di atas telah diubah setting inputnya untuk lebih sesuai dengan pandangan pelabur masing-masing. Untuk mengubah setting inputnya, kita boleh mengulangi langkah keempat dan kelima untuk indikator pilihan.
6. Simpan Template Indikator

Setelah selesai set-kan indikator pilihan, kita perlu simpan tempate ini agar semua indikator ini akan muncul bagi semua kaunter kajian kita nanti. Untuk menyimpan template ini, tnekan butang Templates pada bahagian atas tengah. Tekan save indicator template dan berikan nama template tersebut.
Cara Penggunaan Indikator
Baik, sekarang kita sudah tahu cara untuk set indikator di screener KLSE Screener, sekarang saya akan menerangkan pula cara penggunaan setiap indikator tadi secara ringkas.
Moving Average 20 and Moving Average 50
Moving Average (MA) merupakan salah satu indikator asas yang sering digunakan oleh penganalisa taknikal. Indicator ini fungsinya adalah untuk menjadikan pergerakan harga lebih smooth dengan kaedah purata. Indicator ini boleh disesuaikan untuk pelaburan jangka masa panjang atau pendek. Jika MA 20, ini bermakna indikator ini mengambil harga akhir sepanjang 20 hari lepas dan dibahagikan dengan 20. Begitu juga pada MA 50, MA 100 mahupun MA 200.
Indicator ini boleh digunakan secara bersendirian untuk menentukan fasa pergerakan harga saham atau digunakan secara bersama dengan nilai MA yang berbeza untuk mendapatkan signal membeli atau menjual saham itu. Gabungan yang kerap digunakan adalah seperti MA 7 dan MA 20, MA 20 dan MA 40 dan juga MA 20 dan MA 50.
Signal belian bermula apabila MA yang nilai lebih kecil seperti MA 20 bersilang daripada bawah ke atas dengan MA 50 yang lebih besar nilainya seperti gambar di bawah.

Harga saham Frontken terus berada pada fasa kenaikan selepas MA 20 bersilang ke atas dengan MA 50. Sebaliknya harga dalam fasa menurun apabila MA 20 bersilang ke bawah dengan MA 50.
Bollinger Band
Bollinger Band juga merupakan salah satu indikator asas yang digunakan oleh penganalisa teknikal. Indikator ini diterjemahkan dengan menandakan dua garisan pecahan standard deviations (positif dan negatif) daripada garisan harga Moving Average (MA).
Bollinger Band dinamakan sempena nama penciptanya iaitu John Bollinger. Bollinger Band ini dicipta untuk memberi para pelabur mengesan sama ada sesuatu saham itu terlebih jual (oversold) atau terlebih beli (overbought) di dalam pasaran. Jika harga saham itu terkeluar daripada Band di sebelah atas, ini bermakna saham itu sudah terlebih beli oleh orang ramai. Berdasarkan teori, harga saham itu akan kembali masuk ke dalam Band semula .
Begitu juga sebaliknya jika harga terkeluar daripada Band bawah, ini bermakna saham tersebut sudah terlebih jual, dan harga saham akan masuk semula di dalam Band nanti.

Gambar menunjukkan harga saham Frontken yang terkeluar daripada band yang menunjukkan terlebih jual sebelum masuk semula ke dalam band dan sebaliknya yang berlaku untuk harga yang terkeluar daripada band di sebelah atas.
Rumusan
Sebagai seorang pelabur yang bijak, kita perlu tahu bahawa semua indikator yang dibincangkan ini adalah lagging indikator dan kadang kala indikator ini memberikan isyarat palsu kepada pelabur. Jika dengan mengunakan indikator sahaja boleh menjadi pelabur berjaya, maka ramailah pelabur berjaya sejak adanya indikator ini.
Realitinya, untuk menjadi pelabur yang berjaya kita memerlukan lebih daripada Indikator semata-mata. Kita perlukan ilmu yang tinggi serta pengalaman yang luas dan disiplin yang baik.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards