• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Top 5 Prestasi IPO Untuk Tahun 2021

in Asas Saham
A A
Top 5 Prestasi IPO Untuk Tahun 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Tahun 2021 telah pun sampai ke penghujungnya dan tidak lama lagi tahun 2022 pula akan tiba. Pada tahun 2021 ini, banyak juga syarikat-syarikat yang telah menerbitkan IPO untuk sahamnya didagangkan di Bursa Malaysia. 

Terdapat 6 syarikat yang menerbitkan IPO mereka di pasaran utama sementara 12 syarikat lagi menerbitkan IPO mereka di pasaran Ace. 

Baca: Syarikat Di Ace Market Tak Bagus Ke? 

Berkaitan

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

Artikel kali ini, kami akan senaraikan top 5 IPO yang mempunyai prestasi terbaik daripada harga diterbitkan sehingga harganya pada 21 Disember 2021.

1. Flexidynamic Holdings Bhd

Flexidynamic Holding Bhd (Flexi) merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan sarung tangan dengan menyediakan perkhidmatan menyelesaikan pembuatan sarung tangan getah. 

Syarikat ini mula disenaraikan di pasaran Ace Bursa Malaysia pada 30 Mac 2021 dengan harta terbitannya pada RM0.20 seunit. Pada hari pertama dagangan saham ini harganya telah naik sehingga RM0.43 seunit atau 115%.

Pada 21 Disember 2021, harga saham syarikat ini adalah RM0.46 seunit menjadikan prestasi saham ini sejak mula diterbitkan sehingga 21 Disember 2021 adalah sebanyak 127.5%.  

2. Pekat Group Berhad

Pekat Group Berhad (PEKAT) merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui. Syarikat ini menyediakan solar photovoltaic serta penyelesaian pembumian dan perlindungan kilat (ELP). 

Syarikat ini mula disenarai pada 23 Jun 2021 pada papan Ace dengan harga terbitan IPO pada RM0.32 seunit. Pada hari pertama dagangan saham ini, harga saham ini naik sehingga RM0.815 seunit. Ianya merupakan kenaikan sebanyak 154.69%.

Pada 21 Disember 2021, harga saham ini berada pada RM0.68 seunit dan prestasi IPO ini sejak ianya diterbitkan adalah sekitar 112.50%. 

3. Ramssol Group Bhd

Ramssol Group Berhad (RAMSSOL) merupakan syarikat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia secara maya kepada syarikat yang memerlukan dan juga untuk institusi pembelajaran dengan perisian mereka. 

Syarikat ini juga disenaraikan di pasaran Ace pada RM0.45 seunit dan pada hari pertama dagangan saham ini telah naik sehingga RM0.51 seunit, naik sehingga 13.33%. 

Pada 21 Disember 2021, harga saham ini telah naik sehingga RM0.75 seunit. Naik sehingga 65.56% sejak mula didagangkan di Bursa Malaysia. 

Saham Ramssol ini tidak patuh syariah ya! Pelabur muslim jangan terbeli pula. 

4. CTOS Digital Bhd

CTOS Digital Bhd (CTOS) merupakan jenama yang agak besar di Malaysia. Syarikat ini merupakan penyedia laporan kredit di Malaysia.

CTOS telah tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia pada 19 Julai 2021 pada harga terbitannya RM1.10 seunit. Pada hari pertama dagangan saham ini telah melonjak sehingga RM1.62 seunit, kenaikan sebanyak 47.27% pada hari pertama dagangannya.

Pada 21 Disember 2021, Harga saham CTOS ditutup pada RM1.73 seunit dan prestasi tahun 2021 untuk saham ini adalah sekitar 57.27%. 

5. Ecomate Holding Bhd

Ecomate Holding Berhad (ECOMATE) merupakan syarikat yang menyediakan perabot rumah yang siap sedia untuk dipasang.

Syarikat ini disenaraikan di pasaran ACE pada 8 November 2021 dengan harga terbitannya pada RM0.33 seunit. Pada hari pertama dagangan, saham ini telah naik RM0.485 seunit, naik sekitar 46.97% untuk hari pertama dagangan. 

Pada 21 Disember 2021, harga saham ini berada pada RM0.465 seunit dan menjadikan prestasi saham ini sejak diterbitkan sehingga 21 Disember 2021 meningkat sehingga 40.91% sesaham. 

Berikut merupakan prestasi top 5 IPO untuk tahun 2021. Ada yang berpeluang meraih keuntungan daripada IPO ke tahun ini? Sekarang dah boleh apply IPO di MITI secara online tau! Jangan lepaskan peluang. 

Baca: Lepas Ni Dah Boleh Apply IPO MITI Secara Online

Haa. Apa kata kita tengok prestasi IPO di Bursa Malaysia sepanjang tahun 2021.

Prestasi IPO 2021 di Papan Utama
Prestasi IPO 2021 di Papan ACE
Prestasi IPO 2021 di Papan ACE

Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!

Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.

Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.

Kelas premium 3 hari ini yurannya ribu-ribu di luar sana.

Tetapi jangan risau, yuran komitmen kami telah terbukti antara yang terendah di pasaran. Ramai terkejut dan susah nak percaya.


Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:

ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER

Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik nanti. Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Senang Saham

PRA-DAFTAR SEKARANG
Share513ShareSend

Related Posts

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?
Asas Saham

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

2 weeks ago
Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022
Asas Saham

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

3 weeks ago
Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?
Asas Saham

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

2 months ago
Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Asas Saham

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In