• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Pengalaman Saham

Teknik Swing Trading Yang Popular, ‘Stuck In A Box’

in Pengalaman Saham
A A
Teknik Swing Trading Yang Popular, ‘Stuck In A Box’
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Benarkah ada teknik yang kurang risiko rugi dalam pelaburan saham?

Jawapannya, ya memang ada dan wujud banyak teknik yang digunapakai para pelabur dan pedagang saham.

Sebenarnya, anda boleh lakukannya sendiri dengan teknik yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Berkaitan

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

Kami kongsikan satu teknik mudah yang bukan sahaja digunakan pedagang Malaysia tetapi turut digunakan oleh pedagang antarabangsa.

Pedagang antarabangsa terkenal bernama Rayner Teo menamakan teknik ini sebagai ‘Stuck In a Box”.

Teknik ‘Stuck In A Box’


Sumber: Majalah Labur

Gambar rajah di atas adalah contoh harga saham yang bergerak dalam satu jurang harga.

Garisan merah mewakili paras rintangan (resistance) dan garisan berwarna biru pula mewakili paras sokongan (support).

Teknik ini sebenarnya mudah dan tidak rumit untuk dipraktikkan oleh pelabur atau pedagang yang baru berkecimpung dalam dunia pelaburan saham.

Hal ini kerana, sekiranya kita dapat mengenal pasti di mana paras sokongan dan paras rintangan, mudah bagi kita untuk tahu masa yang tepat untuk beli dan jual.

Berdasarkan gambar rajah di atas, ada sesetengah pedagang mungkin membeli saham pada titik A dan membuat keputusan memeram saham tersebut dan kemudian menjualnya di titk F.

Setiap saham mempunyai sifat pergerakan yang tersendiri.

Jika kita dapat mengenal pasti pergerakan harga sesebuah saham, kita sebenarnya boleh memaksimakan keuntungan dengan cara beli pada paras sokongan dan jual pada paras rintangan.

Dengan teknik ini, kita sebenarnya boleh membuat keuntungan sebanyak 3 kali sekiranya kita membeli saham ini pada paras sokongan dan menjualnya pada paras rintangan.

Perkara yang paling mengujakan adalah, anda boleh ulang teknik ini beberapa kali untuk mendapatkan keuntungan semaksima mungkin daripada lantunan ini.

Swing pertama  : Beli pada titik A & jual pada titik B

Swing kedua    : Beli pada titik C & jual pada titik D

Swing ketiga    : Beli pada titik E & jual pada titik F

Kajian Kes Swing Trading


Sumber: Trading View

Gambar rajah di atas adalah sebuah saham yang di senaraikan di Bursa Malaysia dan membuat corak pergerakan harga di dalam jurang paras support dan paras resistance.

Nama saham terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan para pembaca tersalah tafsir sebagai saranan belian.

Anda ingin tahu di mana paras sokongan dan paras rintangan?

Paras sokongan adalah paras di mana candlestick telah beberapa kali cuba untuk jatuh. Namun begitu, harga saham seolah-olah disokong kuat di paras tersebut.

Jika anda dapat mengenal pasti di mana paras sokongan, anda boleh membeli ketika harga saham berada di paras sokongan.

Paras rintangan pula adalah paras di mana candlestick beberapa kali cuba untuk menembusi rintangan tersebut namun tidak berjaya.

Seterusnya saham tersebut membuat lantunan ke bawah semula untuk mencari paras support.

Bila harga saham telah mencecah paras rintangan dan tidak berjaya melepasi paras rintangan, maka anda boleh merancang untuk menjual saham anda dan mengambil keuntungan.

Tak tahu bagaimana nak lukis support dan resistance?

Tak mengapa. Biar kami tunjukkan.

Baca sini :Tutorial Bergambar Cara Melukis Support Dan Resistance Menggunakan Trading View

Penulis sendiri mempunyai pengalaman mengaplikasikan teknik swing pada saham ini sepanjang bulan September 2020 sehingga Disember 2020.

Sekiranya para pedagang mengaplikasikan teknik swing pada saham ini maka mereka akan membeli saham tersebut ketika ianya berada hampir pada paras sokongan iaitu titik ‘A’.

Dan kemudian, menjualnya semula ketika saham gagal menembusi paras rintangan iaitu titik ‘B’.


Sumber: Trading View

Daripada gambar di atas, pedagang boleh membuat keuntungan sebanyak 4 kali sepanjang tempoh September 2020 sehingga Disember 2020. Jom lihat berapa ROI yang berjaya diperoleh daripada setiap swing tersebut.

Swing pertama  : 24% (Beli pada harga RM0.25; jual pada harga RM0.31)

Swing kedua     : 24% (Beli pada harga RM0.25; jual pada harga RM0.31)

Swing ketiga     : 19% (Beli pada harga RM0.26; jual pada harga RM0.31)

Swing keempat : 17% (Beli pada harga RM0.26; jual pada harga RM0.31)

Lihat potensi yang anda boleh dapat sekiranya anda menggunakan teknik swing ini berbanding hanya membeli saham ini sekali.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya pergerakan saham tidak seperti yang dijangka dan malah jatuh menembusi paras support?

Jawapannya adalah, cut loss.

Anda perlu tahu yang di dalam pelaburan saham tiada teknik yang mampu menjamin keuntungan konsisten 100% kepada anda.


Sumber: Trading View

Kita kembali ke gambar rajah di atas.

Jika anda sedar pada titik B yang terakhir, saham ini akhirnya membuat breakout dan berjaya menembusi paras rintangan.

Jika anda telah menjual saham anda pada titik B yang terakhir dan saham tersebut berjaya membuat breakout pada keesokan harinya, anda boleh lah menggunakan teknik Buy on Breakout pula.

Nak belajar teknik Buy on Breakout?

Baca Sini : Buat RM9,000 Dengan Teknik Buy On Breakout

Sekiranya anda berminat untuk untuk belajar rahsia teknik Buy on Breakout yang dipraktikkan pelabur saham profesional, anda boleh dapatkan ebook Buy on Breakout di sini.

Natijahnya, jika anda tiada masa untuk mengawasi portfolio saham setiap hari, anda disarankan untuk mencuba teknik swing kerana teknik ini sesuai untuk pelabur separuh masa yang mempunyai kerja hakiki.

Setelah diperkenalkan dengan strategi ‘Stuck In A Box’ ini, anda boleh mula membuat carian saham yang membuat pergerakan serupa dan praktikkan ilmu yang telah dipelajari dari artikel ini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Swing
Share1728ShareSend

Related Posts

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan
Pengalaman Saham

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

9 months ago
Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?
Pengalaman Saham

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

2 years ago
Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang
Pengalaman Saham

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

3 years ago
Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?
Pengalaman Saham

Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In