Indikator yang ada lebih daripada satu fungsi berguna untuk pelabur.
Kita kerap mendengar cara membeli dengan indikator Moving Average(MA) ini adalah dengan menggunakan teknik crossing moving average.
MA ini terbentuk hasil daripada purata harga saham itu untuk tempoh yang telah ditetapkan.
Contohnya, MA 20 membawa maksud garisan MA itu terbentuk hasil daripada purata harga saham untuk tempoh 20 hari terkini.
Begitu juga dengan MA 7, 50, malah 200 sekali pun, ianya membawa makna garisan yang terbentuk adalah hasil daripada purata harga saham itu untuk tempoh waktu yang ditetapkan.
Sumber :
Teknik Belian Moving Average CrossOver
Caranya adalah dengan menggunakan dua moving average yang mempunyai berlainan tempoh masa. Satunya tempoh masa yang lebih pendek manakala satu lagi tempoh masa yang lebih panjang.
Sumber :
Cara untuk membeli dengan teknik moving average crossover ini adalah dengan melihat garisan moving average yang berdurasi pendek (eg:MA 20) bersilang daripada bawah dengan garisan moving average berdurasi panjang (eg:MA 50).
Sumber :
Teknik ini sebenarnya sangat mudah digunakan oleh pelabur. Tetapi awas, teknik ini hanya berkesan untuk saham yang trending atau sedang membuat fasa kenaikan sahaja.
Sumber :
Jika kita merujuk pada gambar diatas, dengan menggunakan teknik ini sahaja kita mampu meraih keuntungan lebih daripada 30% dalam satu belian.
Namun ianya bukan semudah itu, kebarangkalian sesuatu saham itu berubah daripada fasa sideways ke fasa uptrend adalah rendah dan sangat subjektif.
Ianya sangat bergantung kepada sentimen dan pemangkin semasa yang mampu mengerakkan harga pasaran saham berkenaan.
Dan teknik ini gagal memberi isyarat belian yang tepat jika sesuatu saham itu kekal di fasa distribution atau sideways.
Sumber :
Seperti gambar diatas, keadaan kaunter saham ini adalah di fasa distribution atau sideways. Teknik moving average crossover di fasa ini gagal untuk memberikan signal belian yang tepat.
Belian saham pada fasa ini akan diakhiri dengan kerugian yang sia-sia sahaja.
Penggunaan moving average ini sangat popular di kalangan pelabur kerana indikator ini mampu memberikan arah trendline sesuatu saham.
Sesetengah pelabur juga akan menggunakan lebih daripada satu garisan MA yang mempunyai timeframe yang berbeza untuk meningkatkan winning rate dalam setiap trade.
Sumber :
Sebelum itu, kita perlu tahu bahawa indikator MA ini merupakan lagging indikator. Ini bermaksud, harga saham akan bergerak dulu berbanding garisan MA ini.
Sumber :
Moving average ini merupakan indikator yang terbentuk mengikut trend sesuatu saham, tetapi oleh kerana sifat laggingnya, indikator ini hanya mampu menunjukkan trend yang telah berlaku.
Oleh itu, indikator ini mempunyai had dalam penggunaan dan sangat tidak sesuai untuk digunakan pada carta yang mempunyai time frame yang kecil seperti carta 5 minit atau carta 15 minit.
Jadi, apa yang pelabur perlu lakukan jika mahu menggunakan indikator moving average ini?
Cara Guna Moving Average Dengan Betul Dalam Dagangan Saham
Untuk menggunakan indikator MA ini secara berkesan, pelabur perlu fokus kepada price action dan juga struktur carta sesuatu saham.
Indikator MA ini mempunyai banyak kelebihan untuk dan cara penggunaanya untuk membantu pelabur untuk membuat keputusan dalam pelaburan mereka. Antaranya adalah:-
- Mengenal pasti arah pasaran
- Sebagai support dan resistance
Penggunaan Moving Average Untuk Menentukan Arah Pasaran
Sumber :
Untuk menentukan arah pasaran dengan menggunakan MA ini, kita akan menggunakan MA yang mempunyai durasi sederhana seperti MA50.
Apabila harga sesuatu saham berada di atas garisan MA50, ini bermakna saham ini sedang membuat fasa kenaikan (uptrend).
Jika harga pasaran berada dibawah garisan MA50 ini pula, ianya bermaksud arah pasaran saham tersebut sedang membuat downtrend.
Sebagai pelabur, kita hanya akan membeli apabila harga saham itu berada diatas garisan MA sahaja untuk meningkatkan winning rate ketika berdagang.
Penggunaan Moving Average Sebagai Support Dan Resistance
Sumber :
Moving average juga boleh dijadikan sebagai garisan support dan resistance untuk kita membuat keputusan dalam pelaburan kita.
Indikator MA ini memberikan support dan resistance yang dinamik kerana garisan ini bergerak seiring dengan harga semasa saham ini.
Biasanya moving average yang digunakan sebagai support dan resistance ini adalah yang mempunyai timeframe sederhana seperti MA50 dan juga timeframe yang panjang seperti MA200.
MA yang berdurasi lebih panjang seperti MA200 adalah lebih relevan dan kurang memberikan isyarat yang salah kepada pelabur berbanding MA yang berdurasi lebih singkat.
MA200 ini juga digunakan pelabur untuk menentukan perubahan fasa pasaran sesuatu saham.
Namun begitu, gabungan dua MA ini boleh diubah mengikut kesesuaian saham di dalam watchlist seperti gabungan:-
- MA5 dan MA 20
- MA20 dan MA50
- MA21 dan MA 55
Seperti kita tahu, harga pasaran sesuatu saham ini akan berubah-ubah pergerakaannya mengikut keadaan pasaran dan sentimen semasa.
Tiada satu gabungan MA yang universal dan sesuai untuk semua jenis saham dan semua jenis pasaran.
Oleh itu kita perlu mencuba beberapa gabungan MA ini untuk mendapatkan pilihan yang terbaik kepada saham kajian kita untuk tempoh masa tertentu.
Cara Penggunaan Moving Average Crossover Dengan Betul
Sumber :
Berbalik kepada teknik MA crossover yang sangat popular di kalangan pelabur ini. Signal belian adalah apabila garisan MA berdurasi pendek bersilang dengan garisan MA berdurasi panjang daripada bawah.
Teknik ini hanya akan memberikan signal belian yang tepat ketika pasaran membuat fasa uptrend atau ketika ianya sedang trending sahaja.
Teknik ini juga lebih sesuai kepada pelabur yang mengamalkan teknik swing yang melabur dengan jangka waktu yang sederhana atau panjang dan menggunakan carta berdurasi lebih panjang seperti satu minggu atau pun satu bulan.
Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?
Satu lagi tip yang sangat penting ketika mengguna teknik crossover ini, kita perlu memastikan bahawa carta saham itu telah sempurna terbentuk terlebih dahulu untuk membuat sebarang keputusan dalam pelaburan.
Jika kita menggunakan carta mingguan, satu carta yang sempurna terbentuk untuk minggu itu akan terbentuk pada hari Isnin minggu berikutnya sahaja.
Begitu juga untuk carta bulanan, carta bulan Januari akan hanya sempurna terbentuk pada awal bulan Februari sahaja.
Teknik ini tidak akan berhasil digunakan ketika saham itu berada di fasa mendatar dan juga dengan carta berdurasi sangat singkat.
Cara Mengambil Keuntungan Dengan Teknik MA Crossover
Sumber :
Secara asasnya, kita akan membeli ketika garisan MA50 bersilang dengan garisan MA200 daripada bawah dan menjual apabila MA50 tadi bersilang dengan garisan MA200 daripada atas.
Cara ini sebenarnya agak lambat dan keuntungan kita juga akan berkurangan jika kita menunggu silangan garisan MA50 dengan MA200 ini daripada atas.
Oleh itu, antara cara lain untuk kita mengambil keuntungan dengan teknik MA crossover ini adalah dengan:-
- Lakukan Trailing Stops
- Jual bila harga patah garisan support terkini
- Letakan sasaran keuntungan yang hendak dicapai
- Jual bila harga saham tembus MA berdurasi pendek di carta
Untuk penggunaan apa juga teknik dengan bantuan indikator ini, pelabur di nasihatkan untuk mengutamakan saham yang mempunyai fundamental yang bagus terlebih dahulu.
Baca: Pengenalan Kepada Fundamental Analysis (Analisa Fundamental)
Setiap teknik dan indikator mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, oleh itu pelabur perlu mempunyai disiplin dan mencari teknik yang paling sesuai dengan diri pelabur untuk berjaya dalam dunia pelaburan saham ini.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout




