• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

PKP 3.0 : Pelabur Untung Atau Rugi?

in Hebahan
A A
PKP 3.0 : Pelabur Untung Atau Rugi?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

Sehubungan itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di SELURUH NEGARA

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia

Malaysia sekali lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga di seluruh Malaysia akibat daripada penularan jumlah jangkitan kes Covid-19 yang semakin menular. 

Sumber: PAULTAN.ORG

PKP 3.0 diisytiharkan pada 10 Mei 2021 secara terburu-buru dan tiada perancangan utuh daripada pihak kerajaan telah mengakibatkan banyak peniaga kecil dihimpit kesusahan dan menanggung kerugian.

Sumber: CGS-CIMB 

Pengumuman sebegini juga akan memberi impak kepada pasaran saham tempatan. Sudah lebih setahun masalah ini berlarutan, dengan kegagalan kerajaan membuat perancangan yang lebih rapi, dana pelabur asing dilihat terus menerus keluar daripada negara.

Sumber: CGS-CIMB 

Indeks pasaran saham FBM KLCI juga terbantut dan terus mendatar sekitar 1550 mata sehingga 1580 mata sahaja sementara indeks pasaran global dilihat mengekalkan momentum kenaikan. 

Pelabur juga dilihat mengambil langkah lebih berhati-hati dalam pasaran dan aktiviti mengambil keuntungan terus dilakukan oleh pelabur. 

Sumber: CGS-CIMB
*keadaan pasaran ketika dibuka pada 11 Mei 2021

Dengan keadaan pasaran yang semakin membimbangkan ini, adakah lagi harapan kepada pelabur untuk meraih keuntungan dalam pelaburan saham ini?

Sekali lagi Malaysia laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, apa pelabur nak buat?

Jangan mengalah, peluang sentiasa ada. Mari kita lihat 3 perkara yang pelabur boleh buat ketika keadaan pasaran tidak menentu akibat sentimen semasa yang tidak menggalakkan. 

1. Elak Daripada Memasuki Pasaran Buat Sementara

Benar kita boleh menjana keuntungan walaupun indeks pasaran berdarah. Itu khas kepada mereka yang sudah mempunyai kemahiran dan pengalaman yang cukup dalam pasaran. 

Kepada pelabur yang masih baru, sebaiknya kita perlu berehat sementara daripada berdagang kerana peratusan kerugian melebihi peratusan keuntungan. 

Jangan kita terikut-ikut buy call daripada mana-mana pihak apatah lagi cuba-cuba membeli saham di sektor yang sedang trending untuk sementara. 

Baca: Apa Nak Buat Jika FBM KLCI Berdarah?

2. Senarai Pendek Saham Berkualiti Yang Membuat Diskaun

Ketika ramai yang melepaskan pegangan saham mereka akibat risau dengan keadaan semasa pasaran, ini adalah peluang terbaik kepada pelabur untuk mencari saham-saham yang berkualiti pada harga diskaun. 

Sumber: CGS-CIMB

Banyak saham yang berkualiti dan diberikan saranan belian terhadap saham-saham ini oleh penganalisa pasaran sedang mengalami penurunan harga. Inilah masanya pelabur masukan saham-saham ini di dalam watchlist dan membeli pada masa yang tepat. 

3. Cari Saham Yang Ikut Harga Komoditi

Jika kita perhatikan, harga-harga komoditi sedang membuat kenaikan sejak kebelakangan ini. Di Bursa Malaysia, terdapat banyak saham yang berkaitan dengan komoditi terutamanya untuk sektor minyak dan gas. 

Ada juga saham yang sangat sensitif dengan pergerakan harga semasa komoditi dan biasanya akan bergerak seiring dengan pergerakan harga komoditi ini.

Oleh itu, pedagang dan pelabur boleh mempertimbangakan saham-saham yang berkait rapat dan sensitif dengan pergerakan harga komoditi untuk melabur.

Walaubagaimanapun, cara ini sangat berisiko kerana selain daripada perlu memahami pergerakan harga saham, pelabur juga perlu tahu sebab kepada pergerakan harga komoditi itu sendiri. 

Ianya sedikit sukar kerana analisa yang lebih meluas perlu dilakukan oleh pelabur sebelum membuat sebarang keputusan dalam pelaburan mereka. 

Perkara-perkara di atas merupakan sedikit sebanyak cadangan untuk pelabur lakukan ketika Malaysia sekali lagi melaksanakan PKP last minute ini dan sekarang adalah masa terbaik untuk kita tambah ilmu pelaburan kita untuk menantikan keadaan ekonomi pulih semula seperti sediakala. 

Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street

Nak buat duit BERGANDA-GANDA  dalam pasaran saham?

40%, 100%? 200%? 

Wall Street adalah jawapannya. 

Saham Wall Street MAHAL? 

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ye.

Saham BTBT naik sehingga 5382% pada awal 2021, saham BEEM naik mencecah 2161% pada penghujung 2020.

Cuma kena lah ingat  High RIsk, High Return. Jangan sampai terciduk pulak. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. 

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Tunggu apa lagi?
GANDAKAN  wang anda sekarang di Wall Street! 

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Share429ShareSend

Related Posts

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini
Catalyst

Hextar Industries Buka Lima Cawangan Luckin Coffee Bulan Ini

1 year ago
Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi
Hebahan

Pemilik Kafe Perlu Nilai Semula Strategi Harga Biji Kopi Cecah Paras Tertinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Hebahan

Bursa Malaysia Perkenal Peringatan Dagangan, Tambahan Kepada Pertanyaan UMA

2 years ago
SC Perluas Pangkalan Pelabur Sofitikated, Kata MD
Hebahan

SC Umum Garis Panduan Baharu Mengenai Kategori Pelabur Sofistikated

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In