FBM KLCI kerap merah daripada hijau, pelabur nak buat apa ketika ini?
Indeks FBM KLCI dilihat masih berada di fasa sideways dan berlegar-legar sekitar 1,590 mata sehingga 1622 mata untuk satu minggu sehingga artikel ini ditulis.
Sumber: Trading View
Melihat kepada keadaan indeks FBM KLCI dan keadaan politik semasa di Malaysia, kebanyakan pelabur mengambil langkah lebih berhati-hati dalam pasaran.
Tidak dinafikan masih ada yang mampu menjana keuntungan dalam pasaran tempatan pada ketika ini, namun kepada pelabur yang tidak mempunyai skil yang mantap, kebarangkalian untuk mereka rugi adalah tinggi.
Jadi apa yang boleh pelabur lakukan ketika ini?
Mari kita lihat apa yang boleh dilakukan oleh pelabur ketika pasaran saham sedang suram.
3 Perkara Untuk Pelabur Lakukan Ketika Pasaran Suram
1. Kemaskini Watchlist Saham Anda
Dalam pelaburan saham, kadangkala dengan tidak membeli apa-apa saham adalah lebih baik berbanding dengan membeli saham dalam keadaan yang tidak menentu.
Ketika keadaan pasaran tidak menentu, pelabur sebaiknya mengemas kini wacthlist pelaburan yang sedia ada agar semua saham yang berada dalam pantauan adalah saham-saham yang berpotensi untuk mengalami kenaikan harga selepas keadaan pasaran kembali pulih.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk membuat saringan saham adalah dengan menggunakan formula CANSLIM. Dengan Menggunakan formula ini, kita dapat menapis saham-saham yang berkualiti untuk dibelii pada waktu yang sesuai.
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
2. Upgrade Ilmu Pelaburan Anda
Jika kita tidak berdagang dalam pasaran saham, antara pilihan yang terbaik adalah untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita dalam dunia pelaburan.
Dunia pelaburan saham ini sangat luas untuk diterokai kita sebagai pelabur mempelajarinya.
Dengan ilmu pelaburan yang luas, kita dapat melihat dan menganalisa sesuatu saham daripada pelbagai sudut apabila membuat kajian pelaburan kita.
Tetapi ini tidak bermakna kita perlu gunakan semua jenis teknik dalam pelaburan, sebaiknya kita hanya menggunakan satu atau dua teknik yang sesuai dengan diri kita sahaja.
3. Terokai Pasaran Saham Global
Tatkala indeks FBM KLCI kita bergerak dalam keadaan mendatar, indeks saham gergasi seperti Dow Jone, S&P 500 dan Nasdaq telah membuat kenaikan tertinggi dalam sejarah.
Saham patuh syariah yang tersenarai di Wall Street juga mencecah lebih daripada ribuan saham. Antaranya adalah seperti:
Ini bermakna peluang dalam pelaburan saham tidak terhad hanya dalam pasaran saham tempatan sahaja. Pelabur boleh diversify pelaburan mereka ke pasaran global untuk meraih keuntungan yang berterusan dalam dunia pelaburan saham.
Namun, sebelum bertindak untuk melabur di pasaran global, sebaiknya kita mendalami ilmu pelaburan saham global terlebih dahulu.
Walaupun kaedah pelaburannya hampir sama, namun tidak semua yang dipraktikkan sesuai untuk digunakan dalam pasaran yang lain.
Oleh itu, kita perlu mencari guru atau mentor yang akan membimbing kita dalam dunia pelaburan global nanti.
Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street
Nak buat duit BERGANDA-GANDA dalam pasaran saham?
40%, 100%? 200%?
Wall Street adalah jawapannya.
Saham Wall Street MAHAL?
Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian ye.
Saham BTBT naik sehingga 5382% pada awal 2021, saham BEEM naik mencecah 2161% pada penghujung 2020.
Cuma kena lah ingat High RIsk, High Return. Jangan sampai terciduk pulak.
Segalanya MUNGKIN di Wall Street.
Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor
Tarikh : 29 & 30 Mei 2021
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom
Tunggu apa lagi?
GANDAKAN wang anda sekarang di Wall Street!
Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.




