Industri makanan dan minuman merupakan salah satu industri terpenting selain industri utiliti. Kedua-dua industri ini melengkapi keperluan asas bagi kehidupan harian manusia sejagat. Tidak kiralah ekonomi naik atau merosot, semua orang masih perlu makan dan minum.
Baca: 5 Industri Kalis Gawat
Jika di Bursa Malaysia terdapat beberapa syarikat daripada industri makanan yang tersenarai, di pasaran global juga tidak kurangnya. Antara contoh saham syarikat daripada industri food & beverage (F&B) di pasaran tempatan adalah seperti Nestle, F&N, Farm Fresh Berhad, Hup Seng, Power Root Berhad dan banyak lagi.
Jika anda adalah seorang pelabur saham yang mencari saham defensif, anda mungkin akan mempertimbangkan saham daripada industri makanan & minuman.
Dalam artikel kali ini kami ingin bawakan anda untuk mengenali contoh saham-saham global dalam industri makanan.
3 Contoh Saham Global Dalam Industri Makanan & Minuman
1. Farmer Brothers Company (NASDAQ:FARM)
Pernah dengar nama syarikat Farmer Brothers? Sejarah Farmer Brothers bermula pada tahun 1912 apabila seorang anak muda Bernama Roy E. Farmer pada ketika itu bertindak untuk membuka perniagaan kopinya.
Beliau mempunyai cita-cita yang besar namun beliau juga tidak mempunyai wang yang banyak untuk memulakan perniagaan. Tanpa berputus asa, beliau bermula dengan berniaga di belakang kedai basikal milik abangnya.
Kini Farmer Brothers mempunyai 1,600 orang pekerja di seluruh Amerika. Jenama utama syarikat termasuklah Farmer Brothers, Artisan Collection by Farmer Brothers, Superior, Metropolitan, Cain’s, McGarvey, dan China Mist.
Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam menghasilkan dan mengedarkan kopi, teh, serta lebih 300 produk kulinari.

Perolehan bagi suku yang berakhir Mac 2022 dicatatkan pada USD119.4 juta. Kos operasi yang tinggi iaitu pada USD123.34 juta telah menyebabkan syarikat mengalami kerugian. Kerugian pendapatan bersih selepas cukai yang direkodkan adalah USD4.04 juta bagi suku tersebut.
Jika melihat dari sudut fundamental, syarikat ini tidak mempunyai prestasi yang baik kerana telah mencatatkan kerugian sejak tahun 2018.
Status syariah saham Farmer Brothers Company

Berdasarkan trading platform CGS-CIMB, saham FARM adalah patuh syariah. Harga seunit saham FARM setakat 20 Mei 2022 ialah USD5.12.
2. Mondelez International (NASDAQ:MDLZ)
Mondelez International memperkasakan orang ramai untuk menikmati snek yang tepat di lebih 150 buah negara di seluruh dunia. Syarikat ini menerajui pasaran snek dengan jenama global seperti biskut Oreo, belVita, Cadbury Dairy Milk, Milka, coklat Toblerone, gula-gula Sour Patch Kids, dan gula-gula getah Trident.
Mondelez International merupakan salah satu syarikat snek terbesar dunia dengan hasil bersih global USD25.9 bilion dan pendapatan bersih USD3.4 bilion pada tahun 2018. Mereka menghasilkan dan menjual makanan ringan termasuk biskut, coklat, gula-gula, gula-gula getah dan banyak lagi.
Pernah nampak jenama-jenama di bawah?

Produk-produk di atas hanyalah sebahagian daripada produk yang dikeluarkan Mondelez. Produk mereka dipasarkan di lebih 150 buah negara.
Meskipun harga makanan naik mendadak sejak kebelakangan ini, menurut Mondelez International harga Cadbury, biskut akan dipastikan kekal mampu milik.

Mondelez International berjaya merekodkan peningkatan perolehan sebanyak 7% kepada USD7.76 bilion. Walaubagaimanapun, pendapatan bersih menyusut 11% kepada USD855 juta.
Status syariah saham Mondelez International

Berdasarkan trading platform CGS-CIMB, saham MDLZ adalah patuh syariah.
Harga seunit saham MDLZ setakat 20 Mei 2022 ialah USD61.19.
3. J & J Snack Foods Corporation (NASDAQ:JJSF)
J&J Snack Foods Corporation adalah pengeluar dan pengedar makanan ringan dan minuman sejuk beku. Portfolio produk JJSF termasuk pretzel lembut, minuman sejuk beku, hidangan jus sejuk beku, sandwic, burrito, churros, pai buah, biskut serta snek-snek lain.
Ia mempunyai kira-kira 20 fasiliti pembuatan dan mampu menjana lebih daripada USD1 bilion bagi jumlah perolehan tahunan. Untuk pengetahuan anda, syarikat ini mempunyai sejarah pertumbuhan jualan dan prestasi kewangan yang kukuh.

Jualan bersih bagi suku kedua telah merekodkan kenaikan 10% kepada USD281.5 juta. Ada beberapa
J&J Snack Foods mengumumkan agihan dividen sebanyak USD0.633 sen sesaham bagi suku tahunan yang berakhir pada 22 Mac 2022. Dividen ini telah dibayar kepada pemegang saham pada 12 April 2022 yang lalu.

Status syariah saham J&J Snack Foods Corporation

Berdasarkan trading platform CGS-CIMB, saham JJSF adalah patuh syariah. Harga seunit saham JJSF setakat 20 Mei 2022 ialah USD123.03.
Baca juga:
- Kenapa Senarai Saham Global Patuh Syariah Broker Tempatan Berbeza-Beza?
- 7 Langkah Mudah Untuk Semak Status Patuh Syariah Saham Global Menggunakan Islamicly
- Kenali 5 Syarikat Semikonduktor Yang Terbaik Di Wall Street
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet