• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Kenapa Senarai Saham Global Patuh Syariah Broker Tempatan Berbeza-Beza?

in Saham Global
A A
Kenapa Senarai Saham Global Patuh Syariah Broker Tempatan Berbeza-Beza?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ramai yang nak diversify pelaburan mereka dan ingin mencuba pelaburan saham di luar negara tetapi terdapat dua persoalan yang sering bermain dalam fikiran pelabur iaitu:

  1. Broker tempatan yang patuh syariah
  2. Status syariah saham global

Sumber: pixabay

Berkaitan

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

Bagus Sangat Ke Saham Nike?

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

Kita beruntung kerana terdapat beberapa broker tempatan patuh syariah seperti MIDF, CGS-CIMB dan BIMB yang menawarkan platform untuk kita membeli saham global.

Broker dah patuh syariah, soalan seterusnya yang akan bermain dalam fikiran pelabur adalah sudah tentunya berkenaan dengan status syariah saham global. Jika di Malaysia, kita mempunyai badan penasihat syariah yang akan mengemaskini status syariah saham di Bursa Malaysia dua kali setahun. 

Di peringkat global pula, saringan status syariah biasanya dibuat oleh pihak ketiga ataupun syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. 

Nak tahu syarikat manakah yang menjadi rakan kerjasama penyedia perkhidmatan saringan syariah saham pasaran luar negara? Jom terus baca artikel ini.

CGS-CIMB 

Sumber: CGS-CIMB iTrade

Platform CGS-CIMB iTrade menyediakan pelabur peluang pelaburan bukan sahaja di Bursa Malaysia malah juga luar negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Syarikat mana pula yang membantu CGS-CIMB menyaring status syariah saham global?

Sumber: CGS-CIMB iTrade

Penyedia screener syariah untuk CGS-CIMB pula adalah Refinitiv Eikon yang dahulunya dikenali sebagai Thomson Reuters Financial & Risk. 

Refinitiv Eikon bukan sahaja menyaring saham di Wall Street, tetapi saringan status syariah yang dibuat syarikat tersebut meliputi 34 buah negara. Oleh itu, pelabur yang ingin membuka akaun CDS global bersama CGS-CIMB tidak perlu risau untuk mencari saham yang patuh syariah.

Saham global melalui proses saringan yang tepat lebih dari 11 ribu saham adalah berstatus patuh syariah. Untuk pengetahuan anda,status syariah saham global dikemaskini setiap bulan. Namun, ia juga bergantung kepada kemaskini pendedahan laporan kewangan yang dibuat oleh pihak syarikat. 

MIDF Invest

MIDF merupakan antara pemain baru dalam penyediaan platform berdagang saham global. Buat masa ini, broker MIDF hanya menyediakan perkhidmatan perdagangan global dalam bentuk aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon pintar dan tablet anda.

Nama aplikasi tersebut adalah MIDF Invest. 

Sumber: MIDF

Anda boleh pergi ke bahagian FAQs dan kemudian klik Shariah Investing untuk segala perihal mengenai pelaburan syariah menggunakan aplikasi MIDF.

Sumber: MIDF

Untuk pengetahuan anda, panel syariah bagi broker MIDF untuk saham global adalah Ideal Ratings. Metodologi saringan Ideal Rating diadaptasi oleh panel syariah MIDF serta dikaji, diuji dan disahkan oleh ISRA International Consulting Sdn Bhd.

Sumber: MIDF

Status syariah di peringkat global ini dikemaskini 4 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember. 

BIMB SECURITIES

Sumber: BIMB

BIMB Securities  adalah satu-satunya syarikat broker saham Islamik sepenuhnya di Malaysia. Operasi, transaksi dan produk yang ditawarkan adalah patuh syariah dan disahkan oleh panel penasihat syariah. 

Sistem pengurusan perdagangan yang patuh syariah yang hanya membolehkan saham-saham patuh syariah didagangkan. 

Berikut merupakan perbualan kami dengan pihak BIMB. Berdasarkan maklum balas daripada pihak BIMB, pihaknya memaklumkan bahawa BIMB memiliki pasukan syariah sendiri yang akan menentukan sama ada saham global itu syariah ataupun tidak.

Kesimpulannya, broker-broker tempatan menawarkan platform patuh syariah dan juga membantu pelabur menyaring saham yang patuh syariah. Selepas ini, pelabur tidak usah pening bagaimana untuk mencari saham global patuh syariah.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu
  • Sifu Kami Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-

1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD

*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet

Share661ShareSend

Related Posts

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?
Saham Global

Kenapa Harga Saham Apple Jatuh?

2 months ago
Bagus Sangat Ke Saham Nike?
Saham Global

Bagus Sangat Ke Saham Nike?

6 months ago
Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun
Catalyst

Bukan Harga iPhone Je Diskaun, Harga Saham Apple Pun Tengah Diskaun

7 months ago
Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?
Saham

Kenapa Elon Musk Tak Jadi Beli Twitter?

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In