Kita sebagai pelabur di pasaran saham Malaysia amat bertuah kerana terdapat banyak screener, aplikasi, laman web dan trading platform yang dapat membantu kita mengenal pasti status patuh syariah saham sesebuah syarikat. Yang menariknya, kesemuanya adalah percuma untuk digunakan. Di antara contoh screener yang membolehkan kita mengaktifkan mod syariah adalah Bursa Marketplace dan juga KLSE Screener.
Tapi itu cerita di dalam negara. Bagaimana pula dengan saham-saham di peringkat global? Bagaimana kita ingin tahu status patuh syariah saham di peringkat global? Maka di sinilah pentingnya untuk kita mengenali aplikasi seperti Islamicly.
Apa Itu Islamicly?

Islamicly hadir dalam bentuk aplikasi telefon pintar dan juga dalam bentuk lawan web untuk dilayari menggunakan komputer atau laptop. Islamicly merupakan platform yang menawarkan pelabur beragama Islam dengan maklumat yang tepat dan kajian yang berterusan untuk status saham patuh syariah yang didagangkan di seluruh dunia.
Mereka juga menyatakan bahawa aplikasi Islamicly adalah aplikasi pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan aplikasi patuh syariah untuk saham sedunia. Pihak Islamicly berkongsi contoh-contoh saham patuh syariah di 93 buah negara secara percuma. Namun, hanya beberapa saham sahaja yang dikongsikan.
Contoh status saham syarikat di pasaran global yang dikongsikan percuma oleh Islamicly

Gambar rajah di atas adalah contoh saham di Hang Seng Index beserta dengan status syariahnya. Pengguna hanya mendapat akses kepada beberapa contoh saham bagi setiap negara.
Sekiranya para pelabur ingin menyemak lebih banyak status syariah saham global, maka kita boleh melanggan screener Islamicly. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyemak status patuh syariah saham global di Islamicly.
Sekiranya kita melanggan aplikasi Islamicly tidak kira secara bulanan, tiga bulan atau secara tahunan, berikut merupakan langkah-langkah untuk menyemak status saham pilihan kita.
7 Langkah Mudah Menyemak Status Saham Menggunakan Islamicly
1. Langkah Pertama
Pergi ke laman carian dan masukkan Islamicly

2. Langkah Kedua
Klik ikon di atas sebelah kanan.

3. Langkah Ketiga
Masukkan emel dan kata laluan. Kemudian, log masuk.

4. Langkah Keempat
Pilih pasaran negara yang dikehendaki

5. Langkah Kelima
Masukkan nama atau kod saham yang ingin disaring

6. Langkah Keenam
Pastikan anda pilih saham yang betul dan klik pada saham tersebut.

7. Langkah Ketujuh
Status syariah saham tersebut akan terpapar di laman web setelah anda klik saham itu tadi.

Sekiranya saham pilihan kita tidak dijumpai, kita sebagai pengguna boleh membuat permintaan kepada pihak Islamicly untuk membantu membuat saringan ke atas saham tersebut.

Screener ini amatlah mesra pengguna dan sangat mudah untuk digunakan. Saham-saham di seluruh dunia disaring mengikut empat kriteria yang ketat. Kriteria-kriteria tersebut adalah aktiviti perniagaan, pematuhan hutang, pematuhan tunai dan pematuhan piutang.
Aktiviti perniagaan : Untuk saringan patuh syariah terhadap aktiviti perniagaan, pendapatan yang diperoleh dari aktiviti perniagaan yang tak dibenarkan harus kurang daripada 5% daripada jumlah pendapatan.
Pematuhan Hutang : Untuk saringan patuh syariah terhadap hutang syarikat, syarikat perlu mempunyai jumah keseluruhan faedah pembiyaan berbanding purata nilai pasaran selama tiga tahun lebih rendah daripada 33%.
Pematuhan Tunai : Bagi syarikat untuk melepasi nisbah pematuhan tunai, jumlah deposit tunai & cair harus kurang dari 33% bagi tempoh 3 tahun purata modal pasarannya.
Pematuhan Piutang : Untuk syarikat melepasi nisbah pematuhan piutang, jumlah piutang perniagaan bagi nilai purata modal pasaran untuk tempoh 3 tahun harus kurang dari 49%.
Berapa Harga Islamicly Premium?
Pilih pasaran bergantung kepada pasaran negara yang dipilih.


Di atas adalah harga untuk kita menyemak status saham di Amerika sahaja. Harga adalah berlainan untuk setiap negara. Kita juga boleh langgan lebih daripada satu pasaran mengikut kehendak dan pilihan masing-masing.
Mulakan Pelaburan Saham Anda di Wall Street
Saham-saham Wall Street tak mahal manapun. Dengan USD250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:
- KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
- ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
- EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
- LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
- MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%
Di Wall Street, tiada HAD keuntungan mahupun kerugian.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street?
Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dapatkan sekarang E-BOOK – Dari Malaysia Ke Wall Street