“ Dengar cerita, ada lebih RM3 bilion Nilai IPO yang bakal diterbitkan untuk suku tahun kedua 2022.”
Topik Initial Public Offering (IPO) ini mula menjadi topik yang hangat pada kalangan pelabur dan semakin ramai juga masyarakat kita cakna tentang terbitan IPO ini.
Kebanyakan IPO yang diterbitkan sejak tahun lepas akan terlebih langganan, ini menunjukan bahawa semakin ramai orang mula mengambil bahagian untuk melanggan IPO ini.
Mana tidaknya, berdasarkan prestasi IPO tahun 2021, 10 daripada 13 IPo yang didagangkan meraih keuntungan. Malah setakat bulan Ogos 2021 sahaja, ada IPO yang telah memberikan pulangan lebih daripada 120%.
Baca: Top 5 Prestasi IPO Untuk Tahun 2021
Kepada anda yang masih belum berpeluang untuk melanggan IPO sebelum ini, jangan risau, masih banyak IPO yang bakal diterbitkan pada suku tahun kedua ini.

Mengikut laporan akhbar The Edge di atas, pihak Maybank Investment Bank menyatakan bahawa ada sekitar RM3 billion nilai IPO yang bakal diterbitkan untuk suku tahun kedua 2022 ini.
Nampaknya masih ada peluang untuk kita mencuba nasib untuk melanggan IPO yang bakal diterbitkan tahun ini.
Tapi bagaimana nak tahu IPO apa yang bakal diterbitkan ini?
Artikel kali ini kami akan tunjukan kepada anda cara untuk melihat IPO-IPO yang bakal diterbitkan di Bursa Malaysia. Jom teruskan membaca.
1. Buka Laman Bursa Malaysia

Pertama sekali, anda perlu buka laman sesawang Bursa Malaysia seperti yang di atas. Pilih pilihan pertama yang tertulis “Bursa Malaysia”. Tekan pilihan tersebut dan anda akan dibawa ke laman utama Bursa Malaysia.

Berikut merupakan laman utama laman sesawang Bursa Malaysia.
2. Klik ‘Bursa Malaysia’ dan pilih ‘Listing’

Jika kita perhatikan di bahagian atas laman Bursa Malaysia ini, ada beberapa pilihan untuk dipilih. Untuk mencari IPO-IPO yang bakal diterbitkan, pilih pilihan Listing seperti dalam petak merah gambar diatas.

Langkah seterusnya, klik IPO seperti gambar di atas. Anda akan dibawa ke laman IPO Summary seperti gambar dibawah.

Di sini, anda akan melihat senarai syarikat yang bakal menerbitkan IPO mereka. Bukan itu sahaja, malah anda dapat tahu bila tarikh ianya mula dibuka untuk permohonan dan juga harga terbitan setiap IPO-IPO tersebut.
Jika anda berminat untuk membaca prospektus syarikat tersebut, tekan sahaja nama syarikat tersebut dan anda akan dibawakan ke laman untuk membaca dengan lebih mendalam tentang syarikat tersebut.
Lepas ini pasti anda tidak akan terlepas daripada memohon IPO lagi. Mana tahu mungkin prestasi IPO yang akan datang juga boleh naik sama banyak macam IPO sebelum-sebelum ini. Itulah rezeki namanya.
Baca juga
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami akan kongsikan tips-tips guna strategi Swing dalam saham.

• 25 Jun 2022, SABTU
• 9.30 pagi – 1 Tengah Hari
• Melalui ZOOM
Try dulu join kelas Percuma ini.
Cuma perlu daftar berdua untuk dapatkan akses secara percuma.
Cepat ajak kawan! Klik link di bawah.
https://bit.ly/SwingTradingReloaded
Macam biasa, benda Free mestilah TERHAD. Kuota untuk 70 orang terawal sahaja.
Cepat daftar!
https://bit.ly/SwingTradingReloaded