• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Mohon IPO Melalui MITI? Ini Cara-Caranya.

in Asas Saham
A A
Mohon IPO Melalui MITI? Ini Cara-Caranya.
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Apply IPO dekat bank asyik tak dapat je, macam mana nak mohon IPO melalui MITI ya?

Apabila syarikat hendak menyenaraikan saham syarikatnya di pasaran saham untuk mendapatkan dana tambahan, syarikat tersebut akan menerbitkan Initial Public Offering (IPO) di primary market terlebih dahulu. 

Pihak underwriter dan penganalisa pasaran akan menilai dan memberikan fair value bagi seunit saham syarikat yang akan dijual di primary market.

Berkaitan

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

Untuk memohon IPO ini, kita perlu mempunyai direct CDS account terlebih dahulu. Jika masih belum mempunyai akaun CDS, boleh buka secara online je sekarang. 

Baca: Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur

IPO ini boleh dimohon secara online dengan menggunakan bank simpanan kita sahaja seperti Maybank2u atau CIMB Click. 

Baca: Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan Maybank2u

Di Malaysia pula, ada sedikit keistimewaan untuk golongan bumiputera memohon IPO lebih cepat sebelum ianya diterbitkan kepada umum melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). 

Peluang ini diberikan bagi meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dan memberi peluang yang lebih tinggi untuk kaum bumiputera memiliki IPO ini. 

Tapi bagaimana caranya untuk memohon IPO melalui MITI ini?

Berita baik kepada anda, artikel kali ini akan menerangkan tentang cara untuk memohon IPO melalui MITI. Lepas ni boleh la cuba untuk mohon IPO melalui MITI.

Cara Mohon IPO Melalui MITI

Sumber: MITI Saham Online

Merujuk gambar diatas, syarikat pembekal alatan elektrik yang terkenal di Malaysia menawarkan terbitan IPO mereka di MITI untuk dimohon oleh pelabur bumiputera. 

Kepada yang sudah mempunyai akaun CDS, perkara pertama yang pelabur perlu buat adalah pergi ke laman sesawang  MITI dan daftar permohonan anda.

1. Layari Website MITI Dan Daftar

Untuk melayari website MITI terus kebahagian pendaftaran IPO ini, anda boleh search MITI Saham Online seperti gambar diatas. 

Kemudian pilih MITI Saham Online yang kepada yang sudah mempunyai akuan atau tekan pendaftaran individu untuk mendaftar. 

Anda akan dibawa ke laman seterusnya untuk mendaftar permohonan anda. Anda perlu mengisi semua maklumat yang diminta di dalam borang secara online seperti di bawah dan anda akan menerima email untuk pendaftaran saham online MITI anda. 

Sumber: MITI Saham Online

Dalam borang permohonan ini, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat akaun CDS anda sekurang-kurangnya satu atau tidak melebihi tiga. 

Anda diingatkan agar memasukan maklumat akaun CDS yang lengkap dan dapatkan kepastian maklumat tersebut dengan remisier  atau dealer masing-masing. 

Untuk kad pengenalan pula, pastikan anda memuat naik kad pengenalan tersebut mengikut panduan yang telah diberikan oleh MITI atau anda boleh rujuk Ringkasan Manual Muatnaik Kad Pengenalan. 

Selepas siap, semak email anda untuk ID pengguna dan kata laluan untuk masuk ke portal permohonan IPO ini. 

2. Login Ke Portal Dan Mohon

Sumber: MITI Saham Online

Selepas ID pengguna dan kata laluan telah diterima, anda perlu login ke portal Saham Online MITI dan pergi ke bahagian maklumat saham untuk melihat saham syarikat terkini yang ditawarkan di MITI. 

3. Tentukan Jumlah Permohonan

Sumber: MITI Saham Online

Untuk permohonan IPO melalui MITI ini, jumlah minimum permohonan adalah sekurang-kurangnya 1,000 unit. Berbeza dengan permohonan di bank yang membenarkan untuk memohon sekurang-kurangnya 100 unit sahaja. 

Anda juga dinasihatkan untuk membuat keputusan yang muktamad semasa mengisi jumlah permohonan ini kerana jumlah ini tidak boleh diubah selepas permohonan telah dibuat. 

Jika tidak pasti jumlah unit yang hendak dimohon, anda boleh memohon dengan jumlah yang besar kerana anda boleh memohon untuk mengurangkan jumlah tersebut selepas permohonan anda berjaya. 

4. Cetak Borang Permohonan

Sumber: MITI Saham Online

Selepas memasukkan jumlah yang ingin dipohon, anda akan melihat status permohonan sedang diproses seperti gambar diatas. Klick pada butang cetak seperti yang tertera pada gambar diatas.

Di peringkat ini, anda sebenarnya sudah berjaya untuk memohon saham pilihan anda dan anda boleh semak status permohonan dengan melihat butang pohon bertukar menjadi “ sudah dipohon”.

5. Lengkapkan Borang Permohonan

Permohonan yang dibuat tadi hanya permohonan secara online, pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan menghantar borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos dokumen anda ke pejabat pengarah MITI sebelum tarikh yang dinyatakan pada borang tersebut. 

Penghantaran melalui email atau faks tidak akan diterima. 

6. Sediakan Dokumen Tambahan

Selepas borang permohonan lengkap diisi, anda perlu menyediakan dokumen tambahan dan ianya perlu disertakan sekali semasa anda menghantar permohonan saham ke MITI. Antara dokumen tambahan yang diperlukan adalah seperti:-

  1. Cetakan Borang Permohonan
  2. Penyata Kewangan Terkini ( Bank dan ASNB atau Tabung Haji)
  3. Surat kebenaran rasmi Ketua Jabatan/Bahagian/ Seksyen (Bagi pegawai Kerajaan)
  4. Cetakan atau salinan Penyata Akaun Depositori Pusat (CDS) yang terkini dari Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd
  5. Salinan Kad Pengenalan atau sijil kelahiran atau surat pengesahan status Bumiputera yang jelas dan disahkan
  6. Senarai semak perlu dicetak dan dikepilkan bersama-sama Borang Permohonan

Pemohon perlu memastikan untuk dapat membuktikan memiliki penyata kewangan yang mencukupi dalam butiran (2) Penyata Kewangan atau permohonan anda berkemungkinan besar akan ditolak. 

Keputusan permohonan ini biasanya akan diumumkan antara 30 hingga 40 hari selepas tarikh permohonan ditutup dan anda boleh kembali ke portal Saham MITI Online ini untuk menyemak status permohonan anda. 

Jika permohonan anda gagal, tiada sebarang rayuan boleh dibuat, namun anda masih boleh memohon IPO yang sama melalui bank.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

https://www.youtube.com/embed/v21VKzZiUHo

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share2189ShareSend

Related Posts

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?
Asas Saham

Ada Ke Saham Syarikat Kategori Mega-Cap?

2 weeks ago
Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022
Asas Saham

Syarikat Yang Memberikan Dividen Yang Banyak Untuk Tahun 2022

3 weeks ago
Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?
Asas Saham

Lepas Dapat Dividen, Harga Jatuh. Macam Mana Nak Untung?

2 months ago
Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Asas Saham

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In