Adakah anda salah seorang pelabur IPO yang telah berjaya mendapat IPO di MITI, tetapi tidak pasti bagaimana nak bayar? Sebenarnya masih ramai pelabur yang masih tidak tahu proses nak membayar IPO yang diperoleh di MITI.
Prosesnya yang agak panjang mungkin menjadi cabaran buat ramai pelabur terutamanya yang kurang arif menggunakan komputer. Kalau nak tolak pula tak boleh kerana akan dikenakan moratorium. Jangan risau!
Dalam artikel kali ini, penulis ingin membantu anda semua yang mungkin mengalami masalah ini. Artikel ini akan menunjukkan langkah demi langkah untuk terima IPO tersebut dan membuat pembayaran.
Mula-mula sekali pastikan dahulu sekiranya anda berjaya dapat IPO yang dimohon.
Tak pernah mohon IPO MITI? Sekarang dah boleh mohon secara dalam talian. Baca: Cara Mohon IPO MITI Secara Online.
Cara Semak Keputusan IPO MITI
- Layari laman sesawang MITI di https://sahamonline.miti.gov.my/
- Nama IPO yang telah dibuka keputusan akan tertera

- Log masuk menggunakan ID Pengguna & Kata Laluan

- Klik MySaham

- Status permohonan IPO akan tertera. Status akan tertera sekiranya “Berjaya” atau “Gagal”. Klik pada butang hijau untuk meneruskan tindakan sama ada menerima atau menolak IPO tersebut.

- Kemas kini jumlah unit yang ingin diterima. Klik simpan.

Cara Daftar Akaun Registrar (Boardroom)
- Selepas itu semak Registrar bagi IPO tersebut. Sebagai contoh Registrar bagi Jati Tinggi adalah Boardroom. Daftar akaun di Registrar tersebut.

- Pendaftaran anda akan disemak dalam 1-2 hari bekerja. Setelah akaun anda telah berjaya diluluskan, anda akan menerima emel notifikasi seperti di bawah untuk memberitahu anda bahawa akaun anda telah diluluskan.

Cara Buat Pembayaran IPO MITI di Registrar
- Log masuk akaun Registrar menggunakan alamat emel dan kata laluan yang telah ditetapkan.

- Anda akan dibawa ke halaman utama. Klik pada ‘Enter‘ pada IPO yang telah berjaya dipohon..

- Klik ‘Select’

- Masukkan maklumat anda



- Pilih kaedah pembayaran. Kemudian, muat naik dokumen seperti:
- Surat aku terima
- Salinan kad pengenalan
- Borang deklarasi
Boleh muat turun dokumen yang diperlukan, kemudian muat naik dokumen-dokumen tersebut setelah diisi, klik ‘Submit Form’.

.
- Klik ‘Confirm & Proceed to Pay’ untuk membuat pembayaran caj pengendalian. Caj yang dikenakan oleh BoardRoom adalah sebanyak RM5.00.

- Seterusnya muat naik slip pembayaran sebagai bukti pembayaran.

- Status akan menjadi ‘Pending Acceptance‘ untuk pihak Registrar menyemak pendaftaran, dokumen serta pembayaran anda.

- Anda akan menerima emel notifikasi bahawa borang MITI anda telah diterima pihak Registrar.

Semoga bermanfaat. Sebelum mohon IPO, baca dulu Cara Nak Bersedia Awal Untuk IPO Seterusnya.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




