Peluang untuk Bumiputera dapatkan IPO lepas ini lebih mudah dengan permohonan secara online
Pada 6 Disember 2021 baru-baru ini, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menaiktaraf Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera versi 2.0 untuk memudahkan permohonan IPO yang dikhususkan untuk golongan bumiputera.
Penaiktarafan ini selari dengan norma baharu dan inisitiatif pendigitalan kerajaan Malaysia dan ianya juga akan memudahkan urusan pemohon untuk memohon IPO tersebut.
Baca: Mohon IPO Melalui MITI? Ini Cara-Caranya.
Jika sebelum ini untuk memohon IPO melalui MITI, prosesnya agak leceh kerana pemohon perlu mengisi borang fizikal dan sediakan banyak dokumen lain sebelum dihantar ke pejabat MITI. Oleh sebab itu, kurang golongan bumiputera yang sanggup melakukannya.
Siapa yang sanggup lalui proses yang renyah tersebut? Namun begitu, peluang untuk mendapat IPO melalui MITI agak cerah kerana persaingan yang tidak banyak.
Kepada yang dah pernah ada akaun MITI sebelum ini, apa yang anda perlu buat?
Reset Kata Laluan Untuk Pengguna MITI Sedia Ada
Perkara pertama, anda perlu log in ke website MITI terlebih dahulu. Kemudian anda masukkan ID pengguna anda yang biasanya adalah nombor IC anda.
Kemudian anda tekan butang terlupa kata laluan dan kata laluan sementara yang baru akan diberikan melalui emel anda. Sila semak di spam atau junk ya.
Selepas login dengan kata laluan sementara, kemas kini terlebih dahulu maklumat diri anda yang terkini. Yang paling penting jangan lupa tukar kata laluan yang anda mudah ingat pula nanti.
Selepas itu anda boleh mohon IPO syarikat yang bakal diterbitkan nanti yang telah berada di MITI. Peluang untuk mendapatkan IPO di MITI ini biasanya lebih cerah berbanding permohonan online biasa.
Baca: Farm Fresh Bakal Terbitkan IPO Tak Lama Lagi
Ini kerana permohonan IPO di MITI khas kepada golongan bumiputera sahaja. Jadi persaingan anda untuk mendapatkan IPO tersebut juga berkurangan.
Haa, dah boleh apply online ni, jangan lepaskan peluang anda untuk memohon nanti. Prestasi hari pertama IPO ini juga buat ketika ini jarang menghampakan.
Baca: Prestasi terkini IPO Bursa Malaysia (Edisi Ogos 2021)
Nak mohon IPO ini pun perlu ada strategi untuk meningkatkan peluang mendapatkan IPO tersebut. Maklumlah barang panas biasanya cepat habis.
Mari kita lihat beberapa kajian yang telah dibuat untuk melihat jumlah permohonan banyak mana yang mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapatkan IPO ini.
Baca: Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO Di Malaysia
Tapi jika terlepas daripada memohon di MITI, jangan terus mengalah. Cubalah juga memohon di bank biasa. Mana tahu rezeki anda sudah tertulis.
Baca: Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan Maybank2U
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 3 hari ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Tetapi jangan risau, yuran komitmen kami telah terbukti antara yang terendah di pasaran. Ramai terkejut dan susah nak percaya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik nanti. Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Senang Saham