Berapa pulangan yang anda harapkan daripada pelaburan saham? Nak konsisten dapatkan lebih banyak untung dari rugi haruslah ada sasaran.
Pengalaman dapat untung daripada saham sememangnya menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila untung saham tadi kita boleh gunakan untuk membeli bahagia.
Berbalik kepada pulangan tadi, berapakah pulangan (ROI) yang dianggap realistik?
Di sini, kami ingin kongsikan pengalaman mendapat pulangan 5% daripada beberapa saham yang dibeli.
Majoriti daripada kita ada kerja hakiki.
Jadi jika dalam sebulan mampu trade saham 2 kali, maka sebulan boleh dapat pulangan sebanyak 10%.
Cukup tak pulangan 10% sebulan?
Jangan terlampau excited sehingga menyebabkan anda asyik nak tekan buy buy buy.
Perihal Modal Yang Bersesuaian
Sasaran pulangan anda haruslah bersesuaian dengan modal.
Sekiranya modal besar, peratusan yang rendah pun sudah mampu memberikan pulangan yang berbaloi.
Namun, sekiranya modal kecil, jangan susah hati…pulangan yang kecil dan konsisten juga baik.
Ada juga yang sangka dia dah untung tetapi rupanya kos brokerage pun tak lepas.
Nasihat kami, pastikan anda buat pengiraan terlebih dahulu sebelum jual saham masing-masing dan kira sama ada anda untung atau rugi setelah menjual saham tersebut.
Sumber: pxfuel
Jom kita cuba buat beberapa pengiraan. Berikut merupakan pulangan yang anda akan dapat berdasarkan modal yang tertera.
Oleh itu, boleh dikatakan modal RM1,000 tidak sesuai sekiranya anda menyasarkan 5% kerana kos-kos ketika beli dan jual saham mungkin hampir dengan RM50 atau mungkin lebih.
Pengiraan tersebut adalah pengiraan secara kasar sahaja tanpa mengambil kira kos-kos yang akan dikenakan.
Teknik Compounding
Untuk pengetahuan pembaca, teknik compounding merupakan satu teknik menggandakan wang pelaburan dengan syarat anda laburkan kembali modal serta keuntungan yang dijana dan ulang dalam satu jangka masa sehingga mencapai sasaran.
Sumber: Moneychimp.com
Tahukah anda, dengan bermodalkan RM5,000 ianya boleh dikembangkan menjadi RM93,395.93?
Apa yang anda perlukan adalah :
- Modal sebanyak RM5,000
- Pulangan ROI 5%
- Labur kembali modal & keuntungan tersebut
- Ulang buat keuntungan secara konsisten sebanyak 60 kali atau 60 bulan.
Benar, bukan mudah untuk mendapat 5% secara konsisten sebanyak 60 kali tanpa gagal.
Dalam proses tersebut, pastinya sekali sekala kita tak berjaya buat untung.
Perkara yang penting adalah minimakan kerugian dan teruskan matlamat anda sehingga berjaya.
Bagi kebanyakan orang, tujuan terlibat dalam pasaran saham bukanlah untuk memiliki Lamborgini atau jet peribadi, tetapi adalah untuk memantapkan kewangan dan kebebasan untuk memilih gaya hidup yang mereka inginkan.
Usah lepaskan peluang yang sedia ada walaupun dalam keadaan persekitaran ekonomi yang memang tidak dinafikan berada dalam keadaan tidak menentu pada ketika ini.
Namun sekiranya anda berminat untuk mendalami pelaburan saham, TheKapital ada sediakan kelas khusus asas pelaburan saham buat newbie.
Kelas Saham Premium TheKapital Kembali!
Pelaburan saham memerlukan ilmu, skil, pengalaman dan disiplin.
Selain ilmu fundamental dan teknikal, salah satu cara untuk kita pendekkan masa belajar adalah dengan belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah dibuat.
Kelas premium 3 hari ini yurannya ribu-ribu di luar sana.
Tetapi jangan risau, yuran komitmen kami telah terbukti antara yang terendah di pasaran. Ramai terkejut dan susah nak percaya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Daftar sekarang untuk menempah seat anda dengan tawaran harga yang sangat mampu milik nanti. Nak tahu topik-topik yang bakal dikongsi nanti? Pra-Daftar sekarang di Webinar Senang Saham