• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Ini 5 Rahsia Harian Seorang Pelabur Saham Yang Berjaya

in Asas Saham
A A
Ini 5 Rahsia Harian Seorang Pelabur Saham Yang Berjaya
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Bro, apa rahisa kau berjaya dalam pelaburan saham ni?”

Pernahkah anda menonton filem Rocky Balboa yang dibintangi oleh Sylvester Stallone?

Filem ikonik sepanjang zaman yang diterbitkan pada tahun 1970an ini mengisahkan tentang seorang peninju hebat bernama Rocky Balboa dalam mengharungi dunia sukan tinju. 

Sumber Gambar: IMDb

Filem ini bukan sahaja penuh dengan babak pertarungan, malah filem ini juga penuh dengan  nilai positif dan motivasi yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita.

Dalam hidup sebagai seorang peninju profesional, Rocky Balboa wajib berlatih setiap pagi secara konsisten tanpa cuti sebelum memasuki gelanggang tinju.

Rutin yang dijalankan Rocky Balboa untuk menjadi peninju hebat adalah:

  • Bangun jam 4.00AM setiap hari
  • Bersarapan dengan telur mentah
  • Jogging dengan jarak yang jauh

Itu rutin beliau sebelum masuk dalam gelanggang latihan. Selepas tamat rutin pagi tersebut Rocky Balboa akan memanaskan badan menggunakan skipping rope pula.

Jadi, semasa latihan di dalam gelanggang tinju, fizikal dan mental beliau berada dalam keadaan optimum untuk memberikan yang terbaik dalam latihan tersebut sebelum memasuki gelanggang tinju yang  sebenar.

Itu rutin harian sebagai peninju profesional, bagaimana pula rutin kita sebagai pelabur saham?

Adakah anda sebagai seorang pelabur saham mempunyai rutin harian? 

Untuk menjadi seorang pelabur saham yang berjaya anda perlu mencipta rutin dan proses terlebih dahulu. 

Nak tahu apa rutin yang seorang pelabur saham patut buat? Jom rujuk info di bawah. 

1. Lihat Pasaran Amerika Syarikat

Sumber: Investing.com

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara ekonomi gergasi yang mampu memberi impak kepada ekonomi dan kewangan global.

Sebagai seorang pelabur, rutin harian setiap pagi yang perlu anda lakukan adalah menyemak :-

  • Indeks S&P 500
  • Indeks Dow Jones
  • Indeks Nasdaq
  • Indeks VIX

Baca: Dow Jones, Nasdaq, S&P 500 Membuat Kenaikan, Namun Vix Juga Membuat Kenaikan

Indeks pasaran saham di Amerika sangat besar, jadi dengan kenaikan atau penurunan sebanyak 1% pada indeks pasaran sahaja mampu memberi impak langsung kepada indeks pasaran saham di negara lain.

Baca: Sektor teknologi Dijangka naik Kesan Daripada Nasdaq Yang Membuat All-Time High

Contoh yang nyata dilihat apabila kemenangan Joe Biden sebagai Presiden baru Amerika Syarikat yang dilihat sangat mesra kepada tenaga boleh diperbaharui.

Selepas sahaja kemenangan beliau, syarikat yang terlibat dengan solar di Malaysia dilihat mendapat sambutan yang menggalakan oleh pelabur. 

Baca: Apa Itu Volatility Index (VIX)

2. Lihat Harga Komoditi Dunia

Sumber: OilPrice.com

Perubahan harga komoditi global sangat penting kepada pasaran saham Malaysia terutamanya harga minyak mentah dunia.

Hal ini kerana, Malaysia merupakan antara pengeluar minyak mentah terbesar di Asia.

Sumber: Stastista

Syarikat domestik yang terlibat dengan minyak mentah seperti Petronas Chemicals Group, Petronas Dagangan Berhad dan juga Petronas Gas Berhad merupakan antara syarikat yang membentuk indeks FBM KLCI.

Jadi, sebarang perubahan harga minyak dunia sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pasaran saham tempatan.

3. Lihat Nilai Tukaran Matawang Ringgit Malaysia Dan US Dolar

Sumber: Investing.com

Sebagai tambahan, nilai pertukaran matawang Ringgit Malaysia dan US Dollar juga sangat penting untuk diperhatikan oleh pelabur saham.

Pertukaran nilai matawang ini akan memberi impak secara tidak langsung kepada pendapatan syarikat tempatan yang menjalankan perniagaan di peringkat global.

Kelemahan matawang sesebuah negara juga menjadi kayu pengukur terhadap kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara.

Oleh itu, sebagai pelabur yang bijak kita perlu cakna akan perubahan matawang Ringgit Malaysia berbanding US Dollar.

4. Ambil Tahu Berita Terkini

Setiap hari, media antarabangsa dan tempatan akan menyajikan berita – berita terkini berkaitan ekonomi, politik, saham dan kewangan.  

Sebagai seorang pelabur, anda wajib mengikuti perkembangan terkini di peringkat antarabangsa dan tempatan sebagai indikator untuk menilai dan membuat jangkaan pasaran. 

“Tahukah anda, pelabur saham membuat kajian Top-Down Approach berdasarkan perkembangan semasa berita global dan tempatan.”

Baca: Top-Down Approach Seorang Pelabur Saham

Berita ini boleh didapati daripada pelbagai sumber contohnya, analyst report daripada broker dan portal pelaburan seperti Investing.com, The Edge Market dan banyak lagi. 

5. Lihat Peta Finviz

Sumber: Finviz.com

Finviz adalah screener yang membantu pelabur menyaring saham mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pelabur.

Screener ini hanya boleh digunakan untuk menyaring saham di Amerika Syarikat sahaja. Selain daripada fungsi saringan, Finviz juga juga membekalkan berita terkini dan peta pasaran saham Di Amerika Syarikat.

Peta Finviz ini menunjukkan ringkasan kepada keadaan pasaran saham di Amerika Syarikat mengikut sektor tertentu. 

Dengan merujuk kepada peta ini, kita boleh mendapat gambaran jelas apa yang terjadi kepada pasaran saham di Amerika Syarikat pada sehari sebelum. 

Jika trend warnanya hijau, kemungkinan besar pasaran tempatan juga akan mengikut trend kemeriahan pasaran di Amerika Syarikat.

Akan tetapi, jika trend peta ini berwarna merah, ini merupakan satu amaran kepada pelabur untuk lebih berhati-hati di dalam pasaran. 

Majoriti pelabur saham yang berjaya mengamalkan rutin – rutin yang dikongsikan di atas.  Agak-agak boleh follow tak?

Kalau rasa banyak benda belum faham, jangan risau. Jika anda “ZERO” dan belum berani nak terlibat dalam dunia pelabran saham, baca buku ini dahulu.

Kami yakin buku ini dapat membantu.

Jika anda juga ingin belajar asas pelaburan saham, anda digalakkan untuk membeli buku ini sebagai rujukan utama.

Buku ini sesuai untuk semua lapisan umur, dan jenis pekerjaan kerana gaya penulisan yang santai disulami dengan infografik berwarna untuk memudahkan anda membuat gambaran secara visual akan saham.

Dapatkan buku ini sekarang!

Klik BELI BUKU MALAYSIA MELABUR SAHAM

Share730ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In