• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Apa Itu Volatility Index (VIX)?

in Asas Saham
A A
Apa Itu Volatility Index (VIX)?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

CBOE Volatilty Index atau juga dikenali sebagai VIX, telah dibangunkan oleh Cboe Global Markets yang pada awalnya dikenali sebagai Chicago Board Options Exchange (CBOE). Cboe Volatility Index adalah indeks pasaran yang mewakili jangkaan turun naik pasaran untuk 30 hari yang akan datang. Input data yang diambil bagi menghasilkan indeks ini adalah daripada Indeks S&P 500.

VIX memberikan ukuran risiko pasaran dan sentimen para pelabur. Maka tidak hairanlah VIX juga dikenali dengan nama lain seperti ‘Fear Gauge’ atau ‘Fear Index’.

Para pelabur, penganalisis penyelidikan dan pengurus portfolio melihat nilai VIX ini sebagai cara untuk mengukur risiko, ketakutan dan tekanan pasaran sebelum mereka membuat sebarang keputusan pelaburan.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Apa yang akan dibuat ketika pelabur mengalami ketakutan?

Sudah tentu para pelabur akan menjual pegangan masing-masing dan ini menyebabkan kejatuhan pasaran saham. Emosi manusia ini mudah, cukuplah hanya sebilangan orang yang panik maka ia boleh berjangkit dengan cepat sehingga menyebabkan lebih ramai orang yang akan panik. Kesudahannya, semakin ramai orang yang akan menjadi takut sehingga menjual saham mereka.

Sumber: Financial Times

Carta VIX

Sumber: Trading View

Pada bulan Mac 2020, dapat dilihat satu ‘spike’ yang sangat tinggi pada carta Indeks VIX. Apakah maksudnya?

Seperti yang diberitahu awal tadi, indeks ini mengukur emosi dan tahap ketakutan para pelabur. Para pelabur berada dalam ketakutan pada ketika itu kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan semua orang menjangkakan akan berlakunya kegawatan ekonomi yang dahsyat. Oleh itu, ‘spike’ yang sangat tinggi ini memberitahu kita bahawa para pelabur sedang berada dalam ketakutan.

Pada 16 Mac 2020, VIX ditutup pada 82.69 mata dan ia merupakan paras tertinggi VIX sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1990.

Sumber: Investing.com

Apa Kesannya Kepada Pasaran Saham?

Sumber: Trading View

Daripada carta Indeks S&P 500, kita dapat lihat bahawa Indeks S&P 500 membuat kejatuhan yang amat dahsyat pada sekitar Mac dan April 2020. Mudah sahaja untuk kita melihat hubungkait di antara indeks VIX dan S&P500. Jika VIX naik, maka S&P 500 akan cenderung untuk mengalami kejatuhan.

Begitu juga sebaliknya, apabila VIX turun, maka S&P 500 pula akan naik.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share683ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

10 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In