
Dow Jones Industrial Average
Don Jones Industrial Averange (DJIA) yang juga dikenali sebagai Dow 30 ialah indeks pasaran saham Amerika Syarikat yang mengesan 30 saham syarikat Blue Chip yang didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) dan pasaran NASDAQ. Antara contoh-contoh saham dalam Dow 30 ini adalah Boeing, Cisco, ExxonMobil, General Electric, McDonald’s dan lain-lain lagi syarikat gergasi di Amerika Syarikat.
Carta DJIA menunjukan aliran menaik sejak bulan April 2020 sehingga ke hari ini.

S&P 500
Indeks S&P 500 atau Standard & Poor’s pula ialah indeks yang mengambarkan market capitalisation (Market Cap) 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat yang didagangkan kepada awam. Indeks ini juga dianggap sebagai indikator unjuran terbaik untuk ekuiti Amerika Syarikat. Antara contoh-contoh saham yang tersenarai dalam S&P 500 ini adalahApple Inc, Berkshire Hataway Inc, Johnson & Johnson, Visa Inc dan lain-lain lagi.
Sama seperti Dow 30, indeks S&P juga merekodkan kenaikan sejak daripada bula April hingga kini.

Nasdaq Composite
Nasdaq Composite merupakan pasaran saham yang hanya fokus kepada 3,000 saham syarikat global yang terlibat dalam sektor elektronik termasuk syarikat gergasi seperti Apple, Google, Microsoft, Oracle, Amazon, dan Intel. Nasdaq Composite juga tidak terkecuali mengalami fasa kenaikan sejak bulan April yang lalu.
Pasaran global terutamanya Dow Jones Industrial Average meneruskan kenaikan sebanyak 1.59% atau +454.45 mata, S&P 500 pula meningkat sebanyak 1.54% atau +54.19 mata, begitu juga dengan Nasdaq Composite yang meningkat sebanyak 0.98% atau +116.78 mata.
Peningkatan ini dipercayai disebabkan oleh pengumuman data-data ekonomi yang memberansangkan:
- ADP National Employment Report mengumumkan kenaikan gaji dan peluang pekerjaan bagi sektor swasta menunjukkan pasaran mula membuat pemulihan
- Peningkatan permintaan bagi sektor pembuatan
Namun begitu, pelabur dan pedagang dinasihatkan untuk berhati-hati, dan sebaiknya menunggu fasa pullback tamat dan disertai dengan kemunculan buy signal kerana indeks VIX juga turut meningkat melebihi 20 mata.

Indeks Volatiliti CBOE(VIX) adalah unjuran turun naik harga pasaran saham berdasarkan Indeks S&P 500 selama 30 hari mendatang. Indeks VIX sering digunakan untuk mengukur tahap ketakutan dan kerisauan perdagang dan pelabur untuk melabur saham dalam sesuatu tempoh tertentu.
Sumber: Reuters
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street




