• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

in Asas Saham, Catalyst
A A
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Gambar: theborneopost

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) — Oxford Innotech Bhd mencatat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada harga 36 sen yang juga premium sebanyak tujuh sen atau 24 peratus lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 29 sen.

Firma kejuruteraan jitu yang berpangkalan di Pulau Pinang itu juga menyaksikan sejumlah 9.24 juta saham diniagakan pada pembukaan dagangan.

Pengarah Urusan Ng Thean Gin berkata penyenaraian itu menjadi platform untuk syarikat mengembangkan lagi kehadirannya, terutama dalam sistem binaan modular, elektrik dan elektronik serta sektor semikonduktor.

“Kami kini dalam proses membangunkan sebuah kemudahan baharu di Taman Sains Pulau Pinang dengan fasa pertama siap dua bulan lepas manakala fasa kedua akan bermula dalam suku pertama 2026.

“Pembangunan itu disasarkan siap dalam suku pertama 2027 dan memulakan operasi dalam suku ketiga pada tahun sama,” katanya pada sidang media bersempena dengan penyenaraian itu.

Fasa kedua itu melibatkan tambahan ruang pengeluaran seluas 67,722 kaki persegi, menjadikan keseluruhan kawasan pengeluarannya berkeluasan 192,896 kaki persegi.

Syarikat itu berjaya mengumpulkan sejumlah RM41.6 juta menerusi IPO itu dengan RM23.1 juta diperuntukkan bagi kilang baharu; RM11.2 juta bagi tujuan mesin dan pembiayaan semula; RM3.3 juta untuk modal kerja serta RM4 juta bagi perbelanjaan berkaitan penyenaraian.

Ditanya sama ada syarikat itu berhasrat melebarkan sayap ke luar negara, Ng berkata pihaknya tidak berhasrat memulakan operasi asing setakat ini.

Namun, syarikat itu sedang giat mendapatkan pelanggan antarabangsa menerusi penyertaan dalam pameran dan acara perdagangan.

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial

NG berkata Oxford Innotech juga menjangkakan prestasi lebih baik pada tahun depan, didorong oleh tarif lebih stabil serta kemungkinan pelanggan meningkatkan perbelanjaan modal.

“Permintaan dalam bidang seperti pemanduan autonomi, pusat data dan kecerdasan buatan terus memacu pertumbuhan jangka panjang dalam sektor berkaitan. Berikutan itu, kami optimis dengan peranan kami dalam menyokong permintaan berkenaan,” katanya.

Prestasi kukuh yang dicatatkan syarikat itu juga menyusuli keuntungan sama diraih IPO lain di tengah-tengah pemulihan sentimen pelabur selepas beberapa penyenaraian kurang memberangsangkan di Pasaran ACE.

Menjelang penyenaraiannya, permintaan awam terhadap Oxford Innotech juga melebihi peruntukan sedia ada sebanyak tiga kali ganda.

Pada jam 5 petang, saham OXB ditutup pada 38.5 sen.

— BERNAMA 

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM400 saham percuma dari pasaran US* 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran MY sehingga 31/12/2025
✅ 0.025% atau nin USD0.99 untuk pasaran US
✅ PERCUMA yuran platform!

  1. (Promo) RM0 commission for MY stocks until 31 December 2025
  2. US Stocks: 0.025%, minimum USD 0.99
  3. US Options: USD 0.35 per contract
  4. We remain committed to ZERO platform fees

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Tags: IPOoxford innotechpasaran ACE
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In