“Meriah bulan Januari dengan tawaran IPO”
Bulan Januari tahun 2024 dihujani dengan tawaran IPO daripada enam syarikat. Tarikh tawaran juga dekat-dekat. Buat tak keruan mereka yang nak mohon IPO pada bulan Januari lepas. Daripada enam IPO yang ditawarkan, tiga daripadanya juga disenaraikan pada bulan Januari ini.
Jom kita lihat apa jadi pada pergerakan harga tiga IPO ini untuk 30 minit pertama didagangkan.
Baca: Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS-CIMB iTrade (TERKINI)
KJTS Group Ditawarkan Pada Harga RM0.27 Seunit
KJTS Group, IPO pertama yang disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia. Minit pertama IPO ini menunjukan harga saham ini melonjak ke paras RM0.465 sebelum harganya melonjak untuk kali kedua pada minit ketiga pada paras RM0.480.
Untuk minit seterusnya, harga saham ini berlegar-legar sekitar RM0.465 ke RM0.470. Jika pelabur jual IPO ini sekitar RM0.475, untung sekitar 70%.
Master Tec Ditawarkan Pada Harga RM0.39 Seunit
IPO kedua pula yang didagangkan di Bursa adalah IPO daripada syarikat Master Tec. IPO ini dibuka pada harga yang sama ianya ditawarkan, iaitu pada RM0.390. Kemudian pada minit kedua, harga IPO ini naik ke paras RM0.40 sebelum harganya jatuh keparas RM0.390 dan seterusnya ke paras RM0.380.
Jika dapat unit yang kecil, susah juga nak balik modal jika jual pada RM0.40 atau RM0.35. Yang pasti, siapa yang masih tak jual, ketika ini sedang rugi.
HE Group Ditawarkan Pada Harga RM0.28 Seunit
Sumber: TradingView
IPO yang ketiga pula, adalah IPO HE Group. Harga IPO ini naik mencecah sehingga lebih 50% pada minit pertama didagangakan. Kemudian harga saham ini mula jatuh pada minit-minit seterusnya dan hanya berlegar-legar pada paras RM0.405 hingga RM0.400.
Jika jual pada harga RM0.40 pun, dapat untung sekitar 40%! Mana nak dapat kan?
Kehangatan IPO Sudah Semakin Suram?
Melihat kepada tiga IPO diatas, nampaknya kehangatan IPO tahun 2024 sudah semakin suram. Tidak serancak dulu. Jika dulu, IPO yang didagangkan pada awal tahun beratus-ratus peratus pulangannya. Ada juga yang boleh beli motor baru hasil keuntungan daripada IPO.
Kali ini, masih untung tetapi tidak serancak dulu. Adakah IPO-IPO yang mendatang bakal kembalikan kehangatan IPO seperti dulu?
Baca juga: Cara Bayar IPO MITI Dengan Pihak Registrar
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!




