• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS-CIMB iTrade (TERKINI)

in Asas Saham, Saham
A A
Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Guna CGS-CIMB iTrade (TERKINI)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Saham IPO merupakan saham yg pre-list di papan Bursa Malaysia.

IPO untuk tawaran awam boleh dimohon melalui online banking seperti Maybank2u dan CIMBClicks sebelum ini. Sekarang dah tak boleh guna CIMBClicks, tapi kena guna laman web baharu CGS-CIMB iTrade yang khusus untuk mohon IPO secara online. Yang penting kena ada akaun CDS bersama CGS-CIMB yang aktif untuk memohon.

Kita semua boleh rebut peluang untuk membeli IPO syarikat semasa ianya diumumkan. Jadi, panduan ini akan menerangkan dengan ringkas cara membeli saham IPO dengan mudah menggunakan CGS-CIMB iTrade.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Cara Mohon IPO Guna CGS-CIMB iTrade 

Sebelum itu, pastikan anda telah mempunyai akaun pelaburan yang dikenali sebagai central depository system (CDS) bersama CGS-CIMB terlebih dahulu. Pastikan juga CDS akaun anda adalah direct account dan bukannya nominee account.

Baca: Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGS-CIMB Secara PERCUMA? Jom Ikut Tutorial Ini

Jangan risau, anda boleh ada lebih daripada satu akaun pelaburan. Jadi boleh buka akaun trading dengan CGS-CIMB walaupun dah pernah buka dengan broker / bank pelaburan lain. Ada banyak kelebihan bila buka dengan CGS-CIMB seperti caj brokerage antara yang terendah, dapat kajian saham padu daripada pakar penganalisis dan lain-lain lagi. Nak buka pun PERCUMA khas untuk pembaca setia kami.

  • 1. Layari laman web www.eipocimb.com

Langkah pertama sekali yang perlu anda buat adalah dengan melayari laman web www.eipocimb.com dan log masuk ke akaun anda.

Sekiranya anda sudah ada akaun Trading bersama CGS-CIMB sebelum ini, boleh gunakan User ID dan Password yang sama untuk log masuk.  

  • 2. Pilih IPO

Anda akan dapat lihat pelbagai jenis IPO yang sedang dibuka permohonannya. Pilih IPO yang anda inginkan.

Selain itu, yang best di laman web ini akan akan dapat akses terus ke prospektus IPO. Boleh terus klik dan baca prospektus. Mudah dan teratur, tak perlu tercari-cari prospektus pada laman web lain lagi. 

Prospektus dalam bahasa Melayu turut disediakan di sini.

Kajian dari penganalisis juga boleh didapati dari laman web ini. Memang terbaik!

  • 3. Semak maklumat IPO yang dipilih

Lepas pilih IPO, semak maklumat IPO berkenaan. Semak juga tarikh-tarikh penting seperti tarikh tutup permohonan dan tarikh penyenaraian IPO terbabit.

  • 4. Baca terma dan syarat

Baca terma dan syarat sehingga habis, kemudian tanda jika anda setuju dan klik ‘Yes’.

  • 5. Baca terma dan syarat selanjutnya

Anda akan dibawa ke laman terma dan syarat seterusnya. Baca sehingga habis, kemudian tanda klik ‘Accept’.

  • 6. Isi kuantiti IPO yang ingin dimohon

Masukkan kuantiti IPO yang ingin dimohon kemudian pilih mod pembayaran. Boleh bayar menggunakan online bankingseperti CIMB Clicks dan Maybank2u.com. Cuma perlu masukkan nombor akaun bank berkenaan sahaja.

  • 7. Masukkan Trading PIN

Setelah selesai, masukkan Trading PIN anda. Penting untuk diingat bahawa anda perlu tutup Pop-Up Blocker sebelum klik ‘Confirm’.

Untuk bantuan tutup Pop-Up Blocker boleh klik pada bahagian kanan skrin.

  • 8. Log masuk online banking

Anda akan dibawa ke laman Pop-Up online banking pilihan anda. Log masuk dan ikut semua langkah sehingga pembayaran berjaya.

  • 9. Semak status permohonan IPO

Setelah pembayaran berjaya, anda boleh semak status permohonan IPO tadi. Boleh juga semak laman web online bank anda untuk pastikan duit berjaya ditolak.

  • 10. Status permohonan IPO

Pending Balloting bermaksud permohonan berjaya diproses dan sedang menunggu keputusan pengundian IPO nanti. Sekiranya proses pembayaran tadi tidak berjaya, anda boleh klik Pending Payment dan cuba bayar sekali lagi.

Anda boleh semak status permohonan anda selepas tarikh pengundian tamat atau pada keesokkan harinya.

Jika permohonan anda gagal, duit anda akan dipulangkan sepenuhnya ke akaun bank anda.

Baca: Rahsia Buat Keuntungan Dengan Membeli IPO

Soalan : Berapa minima perlu beli?
Minima hanya 100 unit dan tiada had maksimum.

Soalan : Bolehkah saya memohon satu-satu IPO itu banyak kali?
Tak boleh. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pemohon.

Soalan : Kalau sudah ada akaun CDS di RHB Investment, boleh buka CDS di CGS-CIMB?
Boleh, tiada masalah.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: IPOsaham
Share440ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In