• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Technical Analysis

Cara Guna Kumo Cloud Sebagai Support Dan Resistance Yang Dinamik

in Technical Analysis
A A
Cara Guna Kumo Cloud Sebagai Support Dan Resistance Yang Dinamik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Satu indikator ada banyak kegunaan untuk membantu pelabur tegar!”

Ramai pelabur tegar tercari-cari gabungan indikator yang terbaik untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang lumayan sehingga ada yang sanggup menabur wang berpuluh ribu demi teknik ‘Holy Grail’. 

Dari menggunakan indikator yang paling asas seperti Moving Average sehinggalah ke indikator paling agung dan kesudahannya masih tidak mampu membuat keuntungan secara konsisten dalam pelaburan saham. 

Ingat, semua indikator hanya sebagai alat bantuan tambahan sahaja dalam pelaburan. Atau lebih dikenali sebagai signal confirmation sahaja, sebaliknya ilmu teknikal yang asas juga yang perlu dikuasai pelabur. 

Berkaitan

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

Artikel kali ini kami akan menerangkan salah satu cara penggunaan indikator Ichimoku Cloud. Tetapi bukan teknik belian dengan Ichimoku Cloud, sebaliknya bagaimana Ichimoku Cloud membantu pelabur dengan menentukan support dan resistance harga sesuatu saham. 

Dalam artikel sebelum ini, kita sedia maklum bahawa indikator Ichimoku Cloud ini mempunyai lebih daripada satu kegunaan berdasarkan elemen yang ada pada indikator tersebut. Kali ini kita akan fokus bagaimana Kumo Cloud yang merupakan salah satu elemen indikator Ichimoku Cloud ini boleh bertindak sebagai support dan resistance yang dinamik. 

Kepada yang terlepas artikel tentang indikator Ichimoku Cloud yang lepas, jemput baca dulu artikel di bawah untuk pemahaman asas tentang indikator ini. 

Baca: Cara Tingkatkan Winning Rate Dengan Ichimoku Cloud

Kumo Cloud Sebagai Support Yang Dinamik

Support harga sesuatu saham adalah julat paras harga sesuatu saham bertahan untuk beberapa tempoh tertentu. Apabila harga saham di paras support ini, ada dua kemungkinan akan terjadi, iaitu:-

  • Harga akan melantun semula dan membentuk support baharu di paras yang lebih tinggi
  • Harga akan bocor daripada support dan membentuk paras support yang lebih rendah

Support yang dinamik pula adalah apabila paras support tersebut berubah mengikut pergerakan harga sesuatu saham tersebut. Ianya membentuk seumpama trendline. 

Mari kita lihat contoh bagaimana Kumo Cloud ini bertindak sebagai support yang dinamik kepada dua saham di bawah. 

Sumber: TradingView

Seperti saham A ini di atas dilihat sedang membuat uptrend yang sihat dengan membentuk Higher High dan Higher Low seperti yang berlaku pada carta saham di atas. 

Jika kita perhatikan pada pergerakan harga saham A ini, setiap kali harga saham ini membuat Higher Low, ianya akan menyentuh Kumo Cloud dibawahnya sebelum harganya melantun semula membentuk Higher High dan proses ini terjadi berulang kali. 

Ini yang dimaksudkan dengan Kumo Cloud bertindak sebagai support yang dinamik kepada harga sesuatu saham. 

Mari kita lihat contoh yang seterusnya pula.  

Sumber: TradingView

Sama seperti saham A tadi, selepas harga saham B ini membuat breakout Kumo Cloud dan membentuk uptrend seperti di atas, harga saham ini berulang kali menyentuh Kumo Cloud di bawahnya sebelum melantun semula membentuk Higher High yang seterusnya. 

Jadi sebagai pelabur, kita juga  boleh gunakan Kumo Cloud yang berada di bawah harga sesuatu saham sebagai tanda saham sedang berada di fasa uptrend. 

Sekarang mari kita lihat pula bagaimana Kumo Cloud bertindak sebagai resistance yang dinamik untuk sesuatu saham. 

Kumo Cloud Sebagai Resistance Yang Dinamik

Paras resistance adalah julat paras yang menghalang harga sesuatu saham untuk terus naik. Apabila menyentuh paras resistance ini, harga saham akan cenderung untuk jatuh ke bawah semula. 

Resistance yang dinamik pula bermaksud julat resistance yang berubah mengikut pergerakan harga sesuatu saham. Kumo Cloud juga mampu bertindak sebagai resistance yang dinamik untuk sesuatu saham. 

Sumber: TradingView

Saham C di atas sedang membuat downtrend dan membentuk Lower High dan Lower Low yang berterusan seperti yang terjadi pada carta di atas. Jika kita perhatikan, setiap kali harga saham ini membuat Lower High dan menyentuh Kumo Cloud di atasnya, harga saham akan jatuh semula membuat Lower Low.

Proses ini terjadi berulang kali seperti carta di atas dan Kumo Cloud yang berada di atas harga saham bertindak sebagai paras resistance yang dinamik untuk saham C tersebut. 

Mari kita lihat satu lagi contoh Kumo Cloud bertindak sebagai resistance yang dinamik di bawah. 

Sumber: TradingView

Sama seperti saham C tadi, saham D ini membuat downtrend selepas harga saham ini menembusi Kumo Cloud di atas dan setiap kali harga membuat Lower High dan menyentuh Kumo Cloud yang berada di atasnya, harga saham akan melantun ke bawah semula dan membentuk Lower Low. 

Di sini kita nampak bahawaKumo Cloud ini berperanan menjadi sebagai paras resistance yang dinamik untuk pergerakan harga saham D ini. 

Sebagai pelabur, kita juga boleh jadikan Kumo Cloud yang berada di atas harga sesuatu saham sebagai tanda bawah saham sedang berada di fasa downtrend. 

Bukan itu sahaja, Kumo Cloud ini juga boleh bertindak sebagai signal belian juga tau. Nak tahu, jemput baca artikel dibawah. 

Baca: Saham Yang Berjaya Dalam Strategi Breakout Kumo Cloud

Sebenarnya banyak lagi fungsi indikator Ichimoku Cloud yang boleh diguna pakai pelabur ketika membuat analisis teknikal sesuatu saham. Penggunaan yang seterusnya kami akan kongsikan dalam artikel yang seterusnya. 

Selamat melabur dan teruskan mengikut kami untuk lebih banyak artikel-artikel saham yang menarik!

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa Malaysiakumo cloudtechnical analysis
Share321ShareSend

Related Posts

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High
Catalyst

Tatkala Ramai Mengeluh Bursa Sendu dan Putus Harapan, Dua Saham Ini Sedang Buat All Time High

1 year ago
Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)
Catalyst

Saham Kajian Hari Ini: Texchem Resources (25 April 2025)

1 year ago
Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025
Catalyst

Highlight Saham-Saham Bulan Mac 2025

1 year ago
Peningkatan Harga Sawit: Kerajaan Jangka Peroleh Keuntungan Cukai Lebih Rm348 Juta
Catalyst

Sektor Pilihan Hari Ini: Perladangan [5 Feb 2025]

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In