Banyak syarikat yang berimpian untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Apabila sesebuah syarikat berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia, secara tidak langsung jenama syarikat tersebut akan meningkat, lebih ramai orang yang akan mengenali syarikat tersebut dan sudah tentu tahap keyakinan orang ramai terhadap syarikat juga meningkat.
Mana tidaknya kerana bukan mudah bagi mana-mana syarikat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Banyak proses audit yang perlu dilalui oleh mana-mana syarikat yang mahu disenaraikan di Bursa Malaysia. Proses yang ketat ini dilakukan agar setiap syarikat yang tersenarai menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Pada tahun ini sahaja (2022) sudah banyak syarikat yang baru disenaraikan. Ada IPO yang didagangkan pada harga premium pada hari pertama dan ada juga yang didagangkan pada harga diskaun.
Walaupun banyak syarikat yang berjaya bertahan di Bursa Malaysia untuk berpuluh tahun lamanya, tetapi terdapat juga beberapa syarikat yang dinyahsenaraikan (delisted) dari pasaran saham itu.
Anda mungkin akan terkejut kerana antara syarikat yang telah delisted dari Bursa Malaysia adalah syarikat yang mempunyai nama yang gah dan dikenali ramai di negara ini.
Syarikat-syarikat ini dinyahsenaraikan kerana tidak menepati piawaian minimum kewangan atau syarikat tersebut telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Sebelum dinyahsenaraikan, sudah tentulah Bursa ada memberi peluang kepada syarikat-syarikat ini untuk mengemukakan laporan kewangan serta syarikat tersebut perlu berkongsi pelan tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah kewangan syarikat.
Sepanjang tempoh ini, syarikat yang dianggap bermasalah ini akan dikategorikan sebagai PN17/GN3.
Baca: Apa Itu PN17 Dan Kenapa Pedagang Bijak Menjauhinya
Oleh itu anda sebagai pelabur bijak jangan gatal tangan untuk membeli saham-saham PN17 kerana risikonya sangat tinggi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah pelabur perlu lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan saham. Kami tidak melarang anda untuk membeli mana-mana saham.
Baca: Saham PN17 Bukan Untuk Semua Orang?
Terdapat hampir 1,000 saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia, 751 daripadanya patuh syariah jadi kenapa syarikat bermasalah juga yang anda nak beli? Tepuk dada tanya selera.
Ini syarikat terbaharu yang dikategorikan di bawah PN17.
Ivory Properties Group Bhd telah diklasifikasikan sebagai syarikat yang mengalami masalah kewangan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), menurut kumpulan itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Senarai saham PN17 dan GN3
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Bursa Malaysia, setakat 5 Oktober 2022 terdapat 25 syarikat kategori PN17 dan 1 syarikat GN3.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Maksudnya di sini adalah sekiranya anda risau dengan sesuatu risiko janganlah mendekati bahaya tersebut. Apa yang ingin disampaikan di sini adalah sekiranya anda tidak mahu risiko untuk saham anda dinyahsenarai dari Bursa Malaysia, maka jangan dekati saham tersebut.
Baca: Apa Terjadi Pada Saham Yang Delisted?
Baca artikel-artikel di bawah untuk memantapkan ilmu anda dalam pelaburan. Kami sentiasa berharap pembaca setia kami mampu membuat keputusan yang tepat ketika melabur.
Baca: Elakkan 6 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Pelabur Saham
Anda juga mungkin berminat: 3 Risiko Pelaburan Saham Yang Pelabur Baru Patut Tahu
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami akan kongsikan cara guna strategi Swing dalam saham.
• 9 – 10 Sept 2023 (Sabtu – Ahad)
• 9 AM – 5 PM
• Melalui ZOOM
Daftar Sekarang!
Klik link: https://thekapital.my/swingtrading





