Keratan akhbar dibawah ada menyebut tentang status syarikat terkemuka makanan sejuk beku, Brahim’s yang cuba keluar daripada PN17, dan berita ini dilihat sebagai sesuatu yang besar sehingga diletakkan sebagai headline utama akhbar tersebut.

Syarikat Brahim’s yang mencatatkan kerugian selama tiga tahun berturut-turut telah disenaraikan sebagai syarikat dalam kategori PN 17 (Sumber: theedgemarkets.com)
Apa Yang Dimaksudkan Dengan PN17?
Secara ringkasnya, Practice Note 17/2005 (PN17) adalah peraturan ketat yang dikenakan oleh Bursa Malaysia terhadap syarikat-syarikat yang bermasalah daripada segi kewangan, berisiko tinggi untuk terkeluar daripada papan Bursa Malaysia (delisted), manipulasi laporan kewangan syarikat dan juga pelbagai aspek lain. Pucuk pangkalnya, syarikat tersebut gagal memenuhi syarat atau peraturan minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.
Jika berterusan menghadapimasalah dalam pembayaran semula hutang syarikat secara berturut-turut selama beberapa tahun akan disenaraikan sebagai syarikat kategori PN 17.
Syarikat-syarikat ini disenaraikan sendiri oleh Bursa Malaysia, dan ia ada dipaparkan dalam laman web mereka untuk tatapan umum.


PN17 tertakluk kepada syarikat di papan utama, manakala GN3 tertakluk kepada syarikat di papan ACE (Sumber: bursamalaysia.com)
Para pedagang pada kebiasaannya akan berasa resah sekiranya melihat saham-saham syarikat yang mereka pegang bertukar kepada status PN17. Dilema, sama ada mahu terus cut loss, atau terus memegang saham syarikat tersebut dengan harapan bahawa harga saham syarikat akan “rebound” semula.
Berikut merupakan beberapa sebab utama mengapakah sesebuah syarikat itu disenaraikan sebagai kategori PN17;
- Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar mereka
- Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
- Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
- Juruaudit telah memberikan kenyataan buruk tentang syarikat
- Ingkar faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
- Syarikat-syarikat tersebut telah menangguhkan atau menghentikan operasi mereka
- Syarikat tidak mempunyai perniagaan ataupun operasi yang signifikan.
Pelabur yang bijak akan mencari saham-saham syarikat yang memiliki asas fundamental yang baik sebelum melaburkan wang mereka. Namun, ada kalanya para pedagang tidak memandang kepada syarikat-syarikat yang memiliki fundamentalkukuh ini kerana mahu membuat wang dengan cepat melalui pasaran saham.
Mereka lebih memilih untuk mendengarkhabar angin dan membeli saham syarikat tanpa asas fundamental yang kukuh, juga hanya berlandaskan kepada spekulasi semata-mata. Para pedagang terdedah kepada risiko yang tinggi apabila gagal melakukan analisis fundamental dan amat merisaukan jika tersalah beli kaunter saham syarikat yang berada dalam kategori PN17 ini.
Mungkin kita tertanya-tanya, mengapakah sesuatu syarikat itu boleh disenaraikan sebagai syarikat PN17, bukan? Jika ditelitikan semula, kita akan sedar persamaan syarikat-syarikat ini pada kebiasaannya memiliki struktur pengurusan yang lemah serta tidak memiliki rekod kewangan yang baik.
Antara sebab utama seseorang pelabur itu boleh memilih untuk terus memegang saham syarikat yang berada dalam kategori PN17 adalah, sekiranya syarikat tersebut sering menyimpan rekod catatan yang baik berkenaan prestasi kewangan syarikat mereka. Kelebihan ini yang sering menjadi pemerhatian pelabur dana besar untuk menyokong syarikat yang sedang bergelumang dengan masalah kewangan.
Berbeza dengan situasi di atas, ada sesetengah pedagang tidak sedar bahawa mereka memegang saham syarikat dalam kategori PN17 ini, malahan ada pedagang yang tidak menyedari bahawa saham syarikat yang mereka pegang itu telahpun dinyah-senaraikan dari pasaran Bursa Malaysia sekalipun!
Harus diingat, kesemua modal pelaburan kita akan hangus begitu sahaja jika saham syarikat yang telah dinyah-senarai dari Bursa Malaysia!. Maka, adalah amat penting untuk para pedagang sentiasa mengambil berat berkenaan status syarikat-syarikat yang ada di Bursa Malaysia ini dari semasa ke semasa.
Selain daripada mendapatkan maklumat melalui laman web Bursa Malaysia, kita juga boleh mengenali saham syarikat berstatus PN 17 ini melalui trading platform, dengan simbol tanda seru (!) di hujung namanya, seperti di dalam platform Mplus yang ditunjukkan di bawah ini.

Platform Mplus menunjukkan simbol tanda seru di hujung nama saham bagi mengingatkan pengguna bahawa syarikat tersebut adalah syarikat yang bermasalah
Syarikat yang telah diumumkan berstatus PN17 perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk membetulkan semula operasi syarikat dan pengurusan syarikat. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat terbabit boleh mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia untuk menarik balik status PN17 ini.
Sekiranya syarikat gagal berbuat demikian, Bursa Malaysia boleh menggantung urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.
Kita perlu faham bahawa perbezaan utama di antara pedagang yang bijak dan pedagang biasa adalah peka terhadap pemilihan saham syarikat yang mahu mereka dagangkan. Pedagang bijak akan sentiasa berhati-hati dan berterusan membuat pemantauan ke atas prestasi saham syarikat yang mereka laburkan.
Apabila mereka mendapati bahawa syarikat yang mereka laburkan itu sedang mengalami penurunan prestasi atau ada menunjukkan tanda awal kepada krisis kewangan, misalnya disenaraikan sebagai kategori PN17, maka mereka akan cepat-cepat membuat cut loss.


Saham Brahim’s jatuh serendah 73.75% hanya disebabkan berita PN17! Sumber : tradingview
Malangnya tidak kesemua pedagang mempunyai keberanian untuk mengakui kesilapan mereka, malahan mereka mahu terus memegang saham syarikat yang rugi ini. Apa yang lebih teruk lagi, mereka sangat yakin bahawa mereka tidak akan pernah membuat kesilapan dalam pemilihan saham syarikat dan keadaan prestasi buruk ini hanyalah sesuatu yang bersifat sementara.
Pedagang sebegini pada akhirnya akan tersangkut kepada saham-saham syarikat yang memiliki prestasi yang tidak memberangsangkan dan tidak akan memperoleh keuntungan yang diharapkan.
Jadi, setelah mengetahui tentang saham syarikat dalam kategori PN 17 ini, janganlah pula kita nak gatal tangan nak beli ya!
Memang kita sedia maklum bahawa harga saham syarikat ini akan naik semula suatu hari nanti, namun persoalannya adalah bila? Dan mampukah kita tunggu sehingga keadaan pulih seperti sediakala? Atau nak cari peluang lain?
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Dapat banyak ilmu dan mudah faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Memang berbaloi……
Pra-Daftar sekarang di Webinar Swing Trading >> thekapital.my/pradaftarswingtrading
