Dengar sahaja saham tersebut berstatus PN17, mesti ramai yang takut nak beli kan? Tidak salah anda beranggapan begitu kerana saham PN17 sememangnya bukan saham yang berkualiti.
Perkara yang menyedihkan adalah masih ramai pelabur newbie yang membeli saham PN17 tanpa mengetahui maksud di sebalik PN17 tersebut.
Apa Itu PN17?
Practice Note 17/2005 atau lebih dikenali sebagai PN17 adalah peraturan ketat yang dikenakan terhadap syarikat yang disenaraikan di Papan Utama (Main Market). Syarikat-syarikat yang bermasalah dari segi kewangan biasanya akan dikenakan PN17.
Pihak Bursa akan meminta syarikat ini untuk menyediakan laporan pelan perancangan untuk memperbaiki kewangan syarikat. Sekiranya syarikat lambat atau tidak mampu menyediakan pelan perancangan tersebut, syarikat berisiko untuk digantung dan seterusnya dinyahsenaraikan.
Jika anda mahu baca lebih lanjut mengenai kriteria PN17, anda boleh dapatkan di sini.
Baca juga : Apa Itu PN17 Dan Kenapa Pedagang Bijak Menjauhinya
Keratan akhbar bertarikh 5 Mac 2019 di bawah merupakan antara contoh syarikat yang dikenakan status PN17. Pada ketika itu, Brahims dilaporkan mahu tamatkan status PN17 secepat mungkin. Namun sehingga kini, Brahims masih gagal untuk keluar daripada status tersebut.
Sumber: Sinar Harian
Prestasi Kewangan Tahunan Brahims
Sumber: malaysiastock.biz
Pada pandangan anda, kenapa Brahims boleh terjerumus ke PN17? Gambar rajah di atas menunjukkan prestasi kewangan tahunan yang dilaporkan Brahims.
Sejak tahun 2014, Brahims sentiasa merekodkan kerugian yang berpanjangan. Maka, tidak hairanlah pihak Bursa meletakkan Brahims di bawah kategori PN17.
Adakah anda melabur wang anda ke dalam syarikat seperti ini? Logik akal, sudah tentu kita mahu melaburkan wang kita ke dalam syarikat yang membuat keuntungan.
Senarai Syarikat PN17
Sumber: Bursa Malaysia
Ada 19 syarikat yang dikategorikan syarikat PN17. Bukan kata tak boleh beli saham PN17 tetapi sebaik-baiknya elakkan saham seperti ini. Buat apa kita beli saham berisiko tinggi sedangkan terdapat beratus saham lain yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
BRAHIMS Berisiko Untuk Dinyahsenaraikan
Sumber: malaysiastock.biz
Menurut maklumat di atas, pihak Bursa mempunyai hak untuk menggantung aktiviti jual beli Brahims dan Brahims juga berisiko untuk dinyahsenaraikan sekiranya:
- Syarikat gagal menyerahkan pelan kawal selianya kepada pihak berkuasa pada atau sebelum 27 Februari 2022.
- Syarikat gagal mendapatkan persetujuan daripada mana-mana pihak berkuasa yang diperlukan untuk pelaksanaan pelan kawal selia.
- Syarikat gagal melaksanakan pelan kawal selianya dalam jangka waktu yang ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan.
Saham Brahims Menjadi Saham Spekulasi
Sumber :
Kenapa saya mengatakan saham Brahims merupakan saham spekulasi? Seperti yang kita baca di atas, Brahims tidak mempunyai prestasi kewangan yang positif. Malah, Brahims turut bergelut untuk keluar dari status PN17 setelah beberapa tahun.
Pada 13 Oktober 2021, kita boleh lihat bagaimana Brahims naik mendadak sehingga mencecah harga RM0.765 iaitu harga tertinggi pada hari tersebut. Rupa-rupanya, sesi sebelah petang pedagang mula menjual saham masing-masing sehingga ia ditutup pada RM0.525.
Bayang-bayang candlestick di sebelah atas yang panjang memberitahu kita bahawa tekanan jualan terhadap saham tersebut setelah ianya naik dengan tinggi.
Dua hari selepas itu, saham ini melonjak naik sekali lagi sehingga mencecah harga tertinggi pada hari tersebut pada RM0.62.
Pada kali ini, tekanan jualan yang lebih dahsyat terjadi pada saham ini. Berlaku pengambilan untung lalu ia menolak harga Brahims jatuh sehingga RM0.240. Tahukah anda, apa yang berlaku sekiranya pelabur membeli saham Brahims pada RM0.62 dan masih memegang saham tersebut sehingga ia jatuh ke paras terendah hari tersebut? Pelabur tersebut rugi sebanyak -61.29%.
Sekiranya anda tidak cekap dari segi teknikal, sebaiknya anda elak sahaja saham seperti ini. Saham PN17 bukan untuk anda.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)