• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Pengalaman Saham

Cukuplah 25% Dalam Masa 2 Hari

in Pengalaman Saham
A A
Cukuplah 25% Dalam Masa 2 Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Baru-baru ini, Bang Din berjaya buat pulangan 25% dalam masa 2 hari. Saham ini adalah daripada sektor pengangkutan & logistik. Bang Din akan kongsikan portfolio daripada trade olok-olok yang dilakukan. 

Bang Din membeli saham ni sebanyak 4,800 unit pada harga RM0.87. 

Bagaimanakah cara dan apa yang menyebabkan Bang Din membeli saham ini?

Berkaitan

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

Caranya mudah sahaja. Pada 7 Oktober 2021, indeks pengangkutan & logistik Bursa Malaysia dilihat menghampiri ketinggian 52 minggu tertinggi. Terdapat juga percubaan untuk melepasi paras rintangan. Candlestick yang telah berada di atas EMA9, EMA50, dan EMA200 menandakan sektor ini sedang berada dalam fasa uptrend. 

Walaubagaimanapun, indeks pengangkutan & logistik gagal melepasi paras rintangan pada hari tersebut.

Sumber :

Pada 8 Oktober 2021, sebelum pasaran saham dibuka pada jam 9 pagi, Bang Din melihat terlebih dahulu prestasi indeks-indeks di Bursa Malaysia. Indeks tersebut termasuk indeks FBM KLCI dan kesemua sektor di Bursa Malaysia.

Indeks yang tetap menarik perhatian Bang Din adalah indeks pengangkutan & logistik Bursa Malaysia. Sebaik sahaja pasaran dibuka, indeks pengangkutan & logistik membuat breakout dan membentuk Higher High yang baru. 

Ini sekaligus memberi keyakinan kepada pelabur yang sektor pengangkutan & logistik sudah mula ke arah fasa bullish.

Sumber :

Setelah indeks memberi breakout confirmation, Bang Din pun mencari saham-saham dari watchlist pengangkutan & logistik.

Daripada watchlist tersebut, terdapat satu saham yang menarik perhatian Bang Din iaitu saham ‘X’. 

Nama saham terpaksa dirahsiakan untuk mengelak pembaca daripada tersalah tafsir sebagai saranan belian. 

Sumber :

Sehari sebelumnya, saham X telah berjaya keluar daripada zon trading range yang dibuat sepanjang bulan September. Pedagang yang agresif mungkin akan mengambil peluang entry di situ. 

Bang Din melihat peluang yang sama lalu membeli pada harga RM0.87.

Esoknya, saham ini membuat gap up di awal pagi. 

Volume yang tinggi juga masuk ke dalam pasaran dan minat belian yang tinggi menyebabkan beberapa rintangan berjaya ditembusi.

Meskipun harga tertinggi saham X berjaya mencecah RM1.13, Bang Din berjaya menjual saham tersebut pada RM1.09 lalu memberi pulangan sebanyak 25%.

Jadilah, 25% ini pun dah dikira cukup dan banyak. Semoga belajar sesuatu dari perkongsian ini.

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share376ShareSend

Related Posts

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan
Pengalaman Saham

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

1 year ago
Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?
Pengalaman Saham

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

2 years ago
Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang
Pengalaman Saham

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

4 years ago
Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?
Pengalaman Saham

Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In