Saham A berharga 10 sen dan harga saham B adalah RM1.00. Saham mana yang anda akan beli?
Bila ditanya pada pelabur baru, sudah pasti jawapan yang diberi adalah saham A. Hal ini tidak lain tidak bukan kerana harganya yang lebih rendah.
Pelabur baru biasanya akan fikir bahawa saham murah boleh beli dalam kuantiti yang banyak manakala tak banyak boleh dibeli jika saham tersebut mahal.
Sekiranya anda ada mindset seperti ini, kami ingin membantu anda untuk betulkan mindset anda tersebut.
Saham A yang berharga 10 sen membuat kenaikan sebanyak 1 sen boleh memberi pulangan sebanyak 10% kepada pelabur. Harus diingatkan yang penurunan sebanyak 1 sen juga mampu menyebabkan pelabur rugi 10%.
Sebenarnya anda juga boleh untung besar dengan saham yang mahal. Kita sebenarnya harus tumpu kepada Return On Investment (ROI) daripada pembelian saham yang dibuat.
Jom Bang Din nak kongsikan pengalaman Bang Din untung 29% dari saham berharga lebih dari RM1.
Untung 29% Dengan Saham Atas RM1.00

Daripada portfolio di atas, Bang Din beli saham X ketika harganya masih RM1.62. Kuantiti yang dibeli adalah sebanyak 3,100 unit lalu menjadikan kos kasarnya adalah sebanyak RM5,022.
Tak lama pun Bang Din hold saham ini, baru hold 2 bulan sahaja pun dah dapat pulangan 29%. ROI sebanyak 29% dalam masa 2 bulan siapa nak bagi kan? Kita biasanya menyasarkan untuk dapatkan 10% sebulan saja.
Sebenarnya saham ni Bang Din beli pada hari pertama saham ini disenaraikan. Kenapa beli pada hari pertama? Bukankah tidak ada apa-apa yang boleh dirujuk pada carta kerana baru sahaja disenaraikan?
Memang benar tidak banyak maklumat yang boleh diperoleh daripada carta sekiranya anda membeli saham berdasarkan teknikal. Lagipun Bang Din beli sebab tak berjaya dapatkan saham ini ketika IPO.
Tapi itu rezeki masing-masing. Bukan setiap kali IPO kita akan berjaya dapat saham yang kita inginkan. Tapi kalau anda nak tips untuk tingkatkan peluang dapat IPO, Bang Din boleh kongsikan.
Baca : Cara Untuk Meningkatkan Peluang Dapat IPO
Bang Din beli saham ni kerana perniagaan syarikat ini yang unik iaitu menyediakan data dan analisis kepada pelanggan tentang status kredit mereka.
Di samping itu, saham X ini merupakan market leader dalam industrinya. Syarikat X menguasai market share dalam penyediaan data kredit dengan market share lebih daripada 70% berbanding pesaing lain.
Penguasaan market share ini yang menjadikan syarikat ini mempunyai kelebihan yang unik. Ini bukan saranan belian ya. Bang Din tidak membuat sebarang saranan belian di sini. Bang Din beli saham ini lebih 2 bulan yang lalu. Oleh itu, situasi sekarang mungkin berbeza.
Bang Din nak nasihatkan agar berikan lebih perhatian kepada saham atas RM1.00 berbanding saham penny. Saham penny jatuh 1 sen pun boleh membuatkan anda terciduk.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……




