• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Pengalaman Saham

Kami Kongsikan Pengalaman Dapat 16% Dalam Masa 3 Hari Guna Indikator Mudah

in Pengalaman Saham
A A
Kami Kongsikan Pengalaman Dapat 16% Dalam Masa 3 Hari Guna Indikator Mudah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Dalam analisa teknikal, terdapat banyak indikator yang boleh digunakan. Antara indikator yang sering digunakan oleh para pelabur dan pedagang dari seluruh dunia adalah seperti Moving Average, Bollinger Band, RSI, dan MACD. 

Mungkin tidak ramai yang menggunakan indikator Pivot Points tetapi sebenarnya indikator pivot banyak membantu pelabur yang tidak tahu melukis support & resistance.

Amacam, bunyi macam menarik bukan?

Berkaitan

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

Apa Itu Pivot Points Standard?

Indikator Pivot Points Standard secara asasnya terdiri daripada 3 garisan penting iaitu support, resistance dan juga pivot point. 

Garisan pivot adalah garisan yang berada antara garisan support dan resistance.

Setiap pivot yang terbentuk memberikan jangkaan untuk tempoh masa satu bulan. 

Nak tahu step by step masukkan indikator ini di ? Baca Lagi : Indikator Pivot Points : Buat Pelabur Yang Malas Cari Support Resistance

Dalam artikel kali ini, Bang Din nak kongsikan bagaimana Bang Din yang bekerja sepenuh masa di waktu siang tetap mampu menjana pulangan sebanyak 16% dalam masa 3 hari.

Kalau nak tahu Bang Din beli saham ini dibantu oleh indikator Pivot Point Standard.

Bang Din gunakan indikator ini kerana indikator ini mudah difahami dan memudahkan Bang Din membuat keputusan bila masa terbaik untuk beli dan jual.

Sumber:

Seperti yang diterangkan sebelum ini, garisan pivot (P) merupakan rintangan yang perlu dipecahkan oleh harga saham sebelum ianya bergerak ke paras yang lebih tinggi.

Garisan pivot boleh dijadikan sebagai paras sokongan dan juga rintangan bergantung kepada situasi harga semasa saham. Saham ini dibeli pada 16 Julai 2021 setelah candlestick berjaya memecahkan garisan pivot. 

Berdasarkan carta, garisan pivot terletak pada harga RM0.290. Bang Din telah mengesan saham ini membuat percubaan untuk memecahkan garisan pivot pada sehari sebelumnya tetapi tidak berjaya. 

Oleh itu, Bang Din beli saham ini pada 16 Julai setelah candlestick berjaya melepasi garisan pivot.

Harga saham ini dibeli pada harga RM0.295.

Bang Din juga mengesan resistance yang kuat pada harga RM0.350 dan paras resistance indikator (R1) berada pada harga RM0.360. 

Memandangkan Bang Din tak mempunyai masa untuk sentiasa memerhati pergerakan harga secara live, jadi Bang Din terus meletakkan order ‘sell’ pada 1 bid di bawah paras rintangan.

Sebabnya, Bang Din nak pastikan saham yang dimiliki ini berjaya dijual sebaik sahaja harga saham mencecah paras rintangan. Order tersebut dibuat pada harga RM0.345. 

Pada 21 Julai 2021, saham ini berjaya membuat breakout pada harga RM0.325 tetapi pergerakan harga terhenti 1 bid di bawah paras rintangan R1. 

Saham ini berjaya dijual pada hari tersebut kerana harga saham ini berjaya mencecah RM0.355. Tekanan jualan berlaku di sebelah petang lalu menyebabkan saham ini ditutup pada harga RM0.300. 

Ok tak tu?

Jika Bang Din yang bekerja di siang hari dan masih mampu meraih pulangan yang baik ketika pasaran yang tidak menentu ini, kalian juga pasti boleh. 

Mudah bukan gunakan indikator ni?

Signal beli adalah apabila candlestick melepasi garisan pivot dan anda boleh jadikan paras rintangan sebagai target price (TP) untuk mengambil keuntungan. 

Sebaiknya gabungkan beberapa indikator. Jangan hanya bergantung kepada satu indikator untuk membuat keputusan. 

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share1140ShareSend

Related Posts

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan
Pengalaman Saham

Pengalaman Swing Trading Sampai 40% Dalam Masa Sebulan

1 year ago
Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?
Pengalaman Saham

Pulangan Pelaburan Lebih 100% Setahun! Benar Atau Sebaliknya?

2 years ago
Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang
Pengalaman Saham

Bang Din Pun Rugi, Tapi Masih Tenang

4 years ago
Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?
Pengalaman Saham

Modal Bawah RM2,500 Boleh Melabur Saham?

4 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In