• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 16, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Cara Untuk Meningkatkan Peluang Dapat IPO

in Saham
A A
Cara Untuk Meningkatkan Peluang Dapat IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Selalu juga apply IPO ni tapi tak pernah sekali pun dapat

Pembelian IPO merupakan pelaburan di Primary Market yang semakin mendapat minat pelabur untuk meraih keuntungan yang besar dalam masa yang singkat dan sederhana. 

Sumber: The Kapital

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Jika kita lihat keuntungan untuk top 5 syarikat yang menerbitkan (Initial Public Offering) IPO pada tahun 2020, kesemuanya berjaya membuat keuntungan lebih daripada 40% dalam masa kurang daripada setahun selepas ianya didagangakan di Bursa Malaysia. 

Saham syarikat MR DIY yang baru didagangkan tahun lepas juga baru-baru ini telah menjadi komponen FBMKLCI yang baru setelah dikemas kini.

Baca: FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?

Permohonan IPO ini juga sering oversubscribe atas sebab terlalu banyak permintaan sementara jumlah unit yang hendak disenaraikan sangat terhad. 

Jadi, bagaimana untuk kita meningkatkan peluang bagi mendapatkan IPO ini? 

Fahami Proses Permohonan IPO

Sumber: Facebook Asri Ahmad Academy

Semasa syarikat hendak menerbitkan IPO mereka di Primary Market,  syarikat akan melantik bank pelaburan sebagai penasihat dan juga underwriter untuk membuat penilaian tentang syarikat tersebut. 

Sebelum IPO syarikat tersebut dibuka untuk permohonan, prospektus syarikat akan dikeluarkan untuk bacaan bakal pelabur. Prospektus ini boleh didapati di laman web Bursa Malaysia atau di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Perkara yang penting untuk pelabur tahu adalah tarikh-tarikh yang terlibat seperti:-

  • Tarikh permohonan dibuka
  • Tarikh permohonan ditutup 
  • Tarikh undian
  • Tarikh saham disenaraikan

Untuk mengetahui permohonan IPO ini berjaya atau tidak adalah semasa tarikh undian tersebut, konsepnya sama seperti peraduan cabutan bertuah. Nama pemohon akan dimasukkan ke dalam satu balang dan mereka yang bertuah sahaja akan menang atau mendapat IPO tersebut.

Jadi bagaimana kita nak meningkatkan peluang untuk mendapatkan IPO yang dimohon ini? Mari kita lihat cara untuk kita meningkatkan potensi mendapatkan IPO yang dimohon. 

Mohon Gunakan Lebih Daripada Satu CDS

Untuk memohon IPO ini, kita perlu mempunyai akaun pelaburan atau dikenali sebagai akaun CDS. Pastikan juga CDS akaun tersebut adalah direct account dan bukannya nominee account. 

Baca: Buka Akaun CDS MPlus Secara Online & Mula Melabur

Seperti kita tahu, proses undian untuk mendapatkan IPO ini seakan-akan sama dengan proses cabutan bertuah. Jika kita bertuah nama kita akan dicabut sebagai pemenang.

Oleh itu untuk meningkatkan peluang kita untuk menang, kita boleh memohon IPO ini menggunakan lebih daripada satu akaun CDS yang kita ada. Dengan ini, kita akan meningkatkan kebarangkalian nama kita untuk dicabut semasa proses pengundian dijalankan. 

Mohon Dengan Jumlah Yang Besar

Satu lagi cara untuk meningkatkan potensi bagi mendapatkan IPO ini adalah dengan memohon dalam jumlah yang besar. 

Ini kerana walaupun proses pengundian seperti proses cabutan bertuah, namun cabutan ini bukan menggunakan satu balang sahaja.

Sumber: Tricor

Proses pengundian ini dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut status bumi dan juga dibahagikan mengikut tier atau jumlah permohonan. 

Contoh keputusan permohonan IPO CTOS bagi status bumi diatas, permohonan telah dibahagikan kepada 16 tier seperti yang ditunjukkan diatas. 

Jika kita perhatikan, peratus kejayaan permohonan untuk jumlah yang banyak lebih tinggi berbanding jumlah yang sedikit atas sebab jumlah persaingan yang rendah. 

Contohnya, jika anda memohon untuk 400 lot atau bersamaan dengan 40,000 unit. Anda akan bersaing dengan 2005 permohonan dan jumlah permohonan yang berjaya hanyalah 353 permohonan sahaja. Peratus kejayaan adalah hanya sebanyak 17.6% sahaja.

Berbanding jika anda memohon untuk 500,000 unit, anda hanya perlu bersaing dengan 54 pemohon dan daripada 54 pemohon tersebut, 22 daripadanya berjaya. Peratus kejayaan adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 40.7%.

Apatah lagi jika anda memohon lebih daripada 10 juta unit seperti diatas, anda tidak mempunyai pesaing dalam permohonan anda dan kejayaan memperolehi IPO tersebut adalah 100%.

Satu lagi perkara yang anda perlu ingat adalah walaupun anda terpilih untuk menerima IPO tersebut, namun belum tentu anda akan mendapat jumlah yang dipohon. Kebiasaannya anda akan mendapat jumlah yang lebih sedikit berbanding apa yang dipohon mengikut pembahagian yang telah ditentukan. 

Baca: Tutorial Cara Mohon IPO Menggunakan Maybank2U

Walaupun pembelian IPO ini sering ditunjukkan berjaya meraih pulangan yang besar dalam masa yang singkat, pastikan anda mengambil masa untuk mengenali syarikat tersebut dengan membaca prospektus syarikat.

Pastikan syarikat tersebut merupakan syarikat yang telah disahkan patuh syariah, mempunyai risiko yang kita sanggup terima dan tahu serba sedikit latar belakang syarikat tersebut.

Kita melabur dengan membeli nilai sesebuah syarikat dan bukannya berjudi mengharapkan nasib harga saham tersebut akan naik pada hari pertama dagangan. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Share1917ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In