Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar untuk kebanyakan perniagaan akibat daripada penularan wabak Covid-19. Banyak perniagaan mencatatkan kemerosotan pendapatan terutamanya sektor pelancongan, Oil and Gas dan pengangkutan. Namun, kemelesatan ekonomi ini tidak menghalang syarikat untuk menerbitkan Initial Public Offering (IPO) mereka.
Hampir 12 syarikat yang menerbitkan IPO mereka untuk papan Utama dan Ace di Bursa Malaysia. Mari kita lihat top 5 IPO paling untung sepanjang tahun 2020.
1. Samaiden Group Berhad (Samaiden) (0223)
Samaiden ini merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan Renewable Energy seperti panel solar photovoltaic (PV) dan guna merupakan penjana tenaga hijau di Malaysia. Syarikat ini membekalkan solar penal pada skala yang besar seperti untuk penjana kuasa dan juga membekalkan panel pada skala yang kecil seperti bumbung untuk perumahan atau perindustrian kecil.
Syarikat ini mula disenaraikan di papan Ace pada 15 Oktober 2020.

Harga semasa IPO-nya diterbitkan adalah RM0.48 dan setakat 20 November 2020, harga seunit saham Samaiden adalah RM1.50. Dalam masa kurang daripada dua bulan, kenaikan harga sejak saham ini diterbitkan adalah sebanyak 212.5%.
2. Optimax Holding Berhad (Optimax) (0222)
Optimax merupakan syarikat yang mempunyai kepakaran perkhidmatan mata. Syarikat ini meawarkan pelbagai perkhidmatan dalam bidang kesihatan ophthalmology di specialist centers nya. Syarikat ini tersenarai di Ace market pada 18 Ogos 2020.

Harga IPO yang diterbitkan adalah RM0.30 seunit dan pada 20 November 2020 harga saham Optimax adalah sekitar RM0.785. Dalam masa kurang daripada empat bulan, harga saham Optimax telah meningkat sebanyak 161.67%.
3. Ocean Vantage Holding Berhad (OVH) (0220)
OVH ini merupakan syarikat yang menyokong aktiviti upstream dan downstream industri oil and gas dengan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, procument dan pembinaan, menediakan tenaga kerja dan lain-lain lagi. Syarikat ini mula tersenarai di Ace market pada 22 Julai 2020.

IPO untuk OVH diterbitkan pada harga RM0.26 pada Julai 2020, harga terkini untuk seunit saham OVH pada 20 November 2020 adalah sekitar RM0.58. Ini merupakan peningkatan sebanyak 123.0% untuk tempoh kurang daripada 5 bulan.
4. TCS Group Holding Berhad (TCS) (0221)
TCS merupakan syarikat yang terlibat dalam sektor pembinaan seperti bangunan, infrastruktur, sivil dan plebagai lagi. Syarikat ini juga terlibat dalam pembinaan sektor hartanah, kedai lot dan rawatan air melalui dua anak syarikatnya iaitu TCS Construction Sdn Bhd dan TCS Bina Sdn Bhd. Syarikat ini mula tersenarai di Ace market pada 17 Julai 2020.

TCS menerbitkan IPO nya pada harga RM0.23 seunit pada Julai 2020 dan harga seunit saham ini pada 20 November 2020 adalah sekitar RM0.46. TCS mencatatkan peningkatan sebanyak 100% dalam tempoh masa kurang lima bulan.
5. MR D.I.Y Group Berhad (MRDIY) (5296)
Syarikat Mr D.I.Y. Group (MRDIY) merupakan syarikat menjual kelengkapan dan perkakasan rumah seperti alat pertukangan, barangan elektrik, peralatan menulis dan banyak lagi. Syarikat ini mula disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 26 Oktober 2020.

IPO terbitan syarikat ini adalah pada RM1.6 sesaham pada 14 Oktober 2020 dan harga sahamnya pada 20 Oktober 2020 adalah sekitar RM2.33 sesaham. Dalam masa kurang daripada dua bulan, saham ini telah meningkat sebanyak 45%.
Jika kita lihat pada keuntungan untuk mereka yang membeli IPO saham-saham di atas, keuntungan untuk top 5 IPO yang diterbitkan ini sangat memberangsangkan untuk tempoh masa yang pendek. Tetapi bukan semua IPO yang berjaya meraih keuntungan yang banyak seperti saham-saham di atas.
Kalau nak tahu, siapa yang berjaya dapat IPO dan menjual pada hari pertama pun dah boleh untung banyak. Jemput baca Prestasi IPO Bagi Tahun 2019, Ada Yang Harganya Naik 115% Selepas Sehari.
Tapi katanya susah jugak nak dapat IPO ni? Nak tahu rahsianya? Izinkan kami berkongsi Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.
Berikut merupakan senarai prestasi 12 IPO yang diterbitkan pada tahun 2020 untuk pasaran utama dan Ace di Bursa Malaysia.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)