• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

3 Jenis Saham Yang Pelabur Perlu Tahu

in Asas Saham
A A
3 Jenis Saham Yang Pelabur Perlu Tahu
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Saya baru mula melabur saham, nak pilih saham yang mana ya?

Di Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 900 syarikat yang tersenarai di pasaran saham dan lebih daripada 700 saham syarikat ini adalah saham patuh syariah. 

Saham-saham syarikat  ini pula dikategorikan kepada kepada 13 sektor utama mengikut latar belakang perniagaan syarikat tersebut. Sektor utama di Bursa Malaysia adalah seperti berikut:-

  1. Pembinaan
  2. Produk dan Perkhidmatan Pengguna
  3. Tenaga
  4. Perkhidmatan Kewangan
  5. Penjagaan Kesihatan
  6. Produk dan Perkhidmatan Industri
  7. Perladangan
  8. Hartanah
  9. Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)
  10. Teknologi
  11. Telekomunikasi dan media
  12. Pengangkutan dan logistik
  13. Utiliti

Daripada 13 sektor ini pula, saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia terbahagi kepada 3 kategori seperti :-

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

  • Saham defensif (Defensive Stock)
  • Saham kitaran (Cyclical Stock)
  • Saham spekulatif (Speculative Stock)

Pelabur perlu tahu kategori-kategori ini untuk membuat pilihan saham yang tepat untuk berada dalam portfolio pelaburan kita. 

Mari kita lihat secara terperinci tentang tiga kategori saham yang pelabur perlu tahu sebelum membelinya. 

Apa Itu Saham Defensif (Defensive Stocks)?

Saham dalam kategori defensif ini adalah saham yang lebih stabil berbanding saham-saham lain dan harga saham ini tidak begitu sensitif dengan keadaan ekonomi semasa. Saham defensif ini juga dikenali sebagai saham non-cyclical. 

Apa Ciri-Ciri Saham Defensif ini?

Saham-saham syarikat yang bersifat defensif ini mempunyai beberapa ciri yang sama seperti:

  • Memberikan dividen yang konsisten
  • Pendapatan syarikat yang stabil
  • Tidak terkesan dengan keadaan ekonomi semasa
  • Syarikat yang sudah matang dan kukuh
  • Produknya mempunyai permintaan yang berterusan

Antara kelebihan memiliki saham-saham defensif adalah saham ini mempunyai risiko dan volatility yang rendah serta sangat sesuai kepada pelabur jangka masa panjang dan pelabur yang mencari syarikat yang memberikan dividen secara konsisten. 

Antara sektor yang tergolong dalam kategori ini adalah seperti:-

  • Utiliti
  • Penjagaan Kesihatan
  • Produk dan perkhidmatan konsumer
  • Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)

Itu baru saham defensif, bagaimana pula dengan saham kitaran?

Apa Itu Saham Kitaran (Cyclical Stocks)?

Saham kitaran ini pula adalah saham yang sensitif dengan perubahan kitaran ekonomi semasa. Harga saham ini juga biasanya mempunyai hubung kait yang positif (positive correlation) dengan keadaan ekonomi. 

Jika ekonomi dalam keadaan baik, harga saham ini biasanya akan turut naik dan sebaliknya jika keadaan ekonomi meleset. 

Apa Ciri-Ciri Saham Kitaran ini?

Saham kitaran ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan saham dalam kategori defensif. Antara cirinya adalah seperti:

  • Sensitif dengan perubahan ekonomi semasa
  • Permintaan produknya mengikut kitaran ekonomi
  • Pendapatan syarikat bergantung kepada kitaran ekonomi

Risiko melabur saham kitaran ini lebih tinggi berbanding saham defensif kerana pelabur perlu lebih peka dengan perubahan ekonomi semasa. 

Sebarang perubahan kepada keadaan ekonomi semasa akan menggerakkan harga saham syarikat yang berkaitan. 

Untuk membuat keuntungan capital gains yang cepat, saham ini sangat sesuai berbanding saham defensif lebih-lebih lagi apabila ekonomi sedang mula pulih daripada kemelesetan. 

Bagaimana pula dengan saham spekulatif? Mari kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan saham spekulatif.

Baca: 3 Indikator Ekonomi Seorang Pelabur Perlu Tahu

Apa Itu Saham Spekulatif (Speculative Stock)?

Pernah dengar saham kena ‘goreng’? Saham yang digoreng itulah yang kita kenali sebagai saham spekulatif. Saham spekulatif ini sering menjadi sasaran spekulator untuk mendapatkan keuntungan dalam pasaran saham. 

Saham spekulatif mempunyai volatility yang sangat tinggi dan berisiko tinggi. Ini kerana sebarang kenaikan dan penurunan harga saham ini tidak berasas dan hanya bergantung kepada rumours semata. 

Apa Ciri-Ciri Saham Spekulatif?

Saham spekulatif mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, seperti:

  • Harga saham yang sangat murah
  • Jumlah dagangan tidak banyak
  • Pendapatan syarikat yang tidak konsisten

Saham spekulatif mampu memberikan pulangan yang berganda-ganda dalam masa yang singkat. Tetapi, jika menjadi mangsa spekulator, anda juga boleh rugi berlipat kali ganda!

Kajian untuk saham ini boleh dilakukan dengan menggunakan analisis teknikal dan sentimen semasa tanpa menghiraukan kajian fundamental syarikat. 

Nak Pilih Saham Kategori Yang Mana?

Dunia pelaburan saham ini tidak menjanjikan pulangan keuntungan semata-mata. Ramai juga pelabur telah rugi besar dalam dunia pelaburan ini. 

Sebagai pelabur, anda perlu tentukan sendiri tahap penerimaan risiko anda dan pilih saham mengikut tahap penerimaan risiko anda.

Seluk poket, lihat modal.

Baca: 4 Jenis Trader Dalam Saham. Anda Yang Mana Satu?

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share614ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

10 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In