Pelabur biasanya menggunakan indikator ekonomi ini untuk merebut peluang membuat keuntungan dan juga untuk membuat penilaian tentang kekuatan keadaan ekonomi sesebuah negara secara keseluruhannya. Pelbagai perkara boleh dijadikan sebagai indikator ekonomi, namun para pelabur biasanya akan lebih cenderung untuk memilih data-data yang dikeluarkan oleh kerajaan sesebuah negara itu sendiri.
Di antaranya adalah seperti data Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP), kadar pengangguran dan juga harga bahan tenaga seperti harga minyak mentah dunia.
Indikator ekonomi ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu petunjuk ekonomi terdahulu (Leading economic indicators), petunjuk ekonomi secara kebetulan (Coincident economic Indicators) dan petunjuk ekonomi yang terkemudian (Lagging economic indicators). Pelabur yang cekap akan menggunakan indikator-indikator ini untuk merancang pelaburan mereka dan menjana keuntungan daripada maklumat yang diperolehi ini.
1. Leading Economic Indicators
Leading economic indicators adalah satu titik perubahan yang mendahului keadaan sesebuah ekonomi secara keseluruhannya. Pelabur percaya bahawa indikator ini mampu meramal keadaan ekonomi yang bakal berlaku dalam tempoh sederhana panjang. Terdapat beberapa jenis leading economic indicators yang sering digunakan seperti berikut.
A. Indeks Saham Sesebuah Negara
Indeks saham menggambarkan keadaan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, indeks saham sesebuah negara boleh dijadikan sebagai titik perubahan kepada kitaran ekonomi sesebuah negara sama ada keadaan ekonominya adalah baik atau sebaliknya.
Dengan pergerakan indeks saham sesebuah negara, pelabur sebenarnya boleh meramalkan keadaan ekonomi sesebuah negara pada masa akan datang.
B. Purata Masa Perniagaan Beroperasi
Pada kebiasaanya, sesebuah perniagaan akan memendekkan masa mereka beroperasi apabila ekonomi dalam keadaan gawat. Apabila kegawatan berlaku, hasil jualan syarikat akan berkurangan dan bagi menjimatkan kos operasi, waktu operasi akan dipendekkan sebelum syarikat membuat keputusan untuk mengurangkan jumlah pekerja.
Perkara yang sebaliknya berlaku apabila ekonomi negara berada dalam keadaan baik, syarikat akan memanjangkan waktu operasi mereka untuk menampung permintaan pelanggan yang meningkat.
C. Purata Tuntutan Perlindungan Pengangguran
Tuntutan Perlindungan Pengangguran ini juga lebih dikenali sebagai perlindungan pendapatan (income replacement) yang dicarum syarikat insurans dan takaful ini amat sensitif kepada keadaan ekonomi semasa.Apabila ekonomi dalam keadaan gawat, kadar pengangguran akan meningkat dan mereka yang kehilangan pekerjaan akan menuntut pendapatan gantian daripada syarikat perlindungan yang mereka carum seperti Perkeso dan syarikat-syarikat perlindungan swasta lain yang menawarkan perlindungan sebegini.
2. Coincident Economic Indicators
Coincident economic indicators atau indikator ekonomi kebetulan ini pula merujuk kepada tanda-tanda yang sedang berlaku kepada sesebuah ekonomi berkenaan secara langsung dan indikator ini digunakan untuk menetukan pergerakan ekonomi yang seterusnya sama ada semakin baik atau dalam keadaan gawat. Di antara petunjuk ekonominya adalah seperti berikut.
A. Pendapatan Sebenar Individu
Pendapatan sebenar individu biasanya akan selari dengan keadaan ekonomi semasa. Seperti contoh, apabila ekonomi dalam keadaan yang sangat baik, syarikat biasanya akan memperoleh keuntungan dan pekerja mereka biasanya akan diberikan imbuhan atau kenaikan gaji.
Perkara sebaliknya terjadi apabila ekonomi dalam keadaan gawat, gaji berkemungkinan besar akan dipotong dan tiada bonus akan diberi kepada para pekerja.
B. Pengeluaran Industri
Pengeluaran Industri ini bermakna berapa jumlah pengeluaran produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Jumlah pengeluaran ini juga selari dengan keadaan ekonomi semasa.
Apabila ekonomi dalam keadaan baik, jumlah permintaan juga meningkat dan syarikat berusaha untuk memenuhi permintaan dengan meningkatkan pengeluara. Perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila ekonomi dalam keadaan gawat, jumlah pengeluaran akan semakin berkurangan.
3. Lagging Economic Indicators
Lgaging economic indicators pula adalah petunjuk yang terjadi selepas keadaan ekonomi telah pun berlaku. Petunjuk ini lebih kepada untuk memastikan keadaan sesuatu ekonomi itu telah pun berlaku.
A. Nisbah Hutang Kepada Pendapatan Pengguna
Pengguna biasanya hanya akan membuat pinjaman yang banyak ketika mereka yakin mampu untuk menyelesaikan hutang mereka. Petunjuk sebegini adalah petunjuk yang lewat sama ada dalam keadaan ekonomi yang baik atau pun dalam keadaan ekonomi yang gawat. Ini kerana pengguna biasanya akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan sumber pendapatan mereka sama ada lebih baik atau sebaliknya.
Jika pengguna hilang punca pendapatan ketika keadaan ekonomi sedang gawat misalnya, pengguna yang mempunyai hutang yang banyak akan menghadapi masalah untuk melangsaikan hutang mereka disebabkan oleh pendapatan yang terjejas. Nisbah ini hanya akan dapat dikesan apabila keadaan ekonomi gawat itu sudah berlaku. Oleh itu, nisbah hutang kepada pendapatan pengguna ini adalah petunjuk yang lewat dan hanya berlaku sebagai kepastian tentang keadaan ekonomi itu sendiri.
B. Indeks Harga Pengguna
Indeks harga pengguna atau lebih dikenali sebagai Consumer Price Index (CPI) ini adalah petunjuk kepada purata harga perkhidmatan dan penggunaan sesebuah negara seperti harga makanan, tambang pengangkutan, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Pengiraan perubahan ini akan mengambil masa, selalunya data-data seperti kadar inflasi atau deflasi ini hanya akan lengkap selepas sesuatu keadaan ekonomi itu berlaku.
Oleh itu, indeks harga pengguna adalah lebih kepada tanda kepastian untuk sesuatu keadaan ekonomi itu berlaku sama ada dalam keadaan baik atau kegawatan ekonomi sedang berlaku.
C. Purata Jumlah Pengangguran
Keputusan untuk mengambil dan memberhentikan perkerja akan mengambil masa oleh syarikat. Sebagai contoh ketika keadaan ekonomi sedang gawat, kebanyakan syarikat masih cuba untuk meneruskan operasi perniagaan mereka sehingga mereka merasakan bahawa pendapatan syarikat semakin berkurangan dan terpaksa untuk mengurangkan kos operasi mereka dengan membuang pekerja. Ini akan menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, data pengangguran ini juga akan mengambil masa untuk muncul di dalam statistik.
Oleh itu, apabila data jumlah pengganguran ini dikeluarkan, data ini hanyalah memastikan bahawa kegawatan ekonomi telah pun berlaku.
Rumusan
Sekarang kita sudah tahu serba sedikit tentang beberapa indikator ekonomi yang ada, namun perlu diingat bahawa ini adalahlah sekadar indikator dan tidaklah semestinya tepat 100%. Sebagai seorang pelabur, indikator ini boleh membantu kita merancang pelaburan anda dan membuat keputusan dengan lebih cekap.
Bukan ekonomi sahaja mempunya indikator leading dan lagging ini, dalam saham juga terdapat saham yang leading dan juga saham yang lagging bagi setiap sektor tertentu.
Sumber rujukan: CFA Institute Resources
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)