• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad

in Asas Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Jarang-jarang kita lihat syarikat Bumiputera menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia. Oleh itu, kita boleh berbangga melihat syarikat yang diberi nama Enproserve Group Berhad ini apabila ia bakal disenaraikan di Papan Ace Bursa Malaysia.

Enproserve Group Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kejuruteraan dan mekanikal, telah menetapkan harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 24 sen sesaham bagi penyenaraian di Pasaran Ace.

Nak tahu sama ada boleh mohon IPO ini ataupun tidak, jemput baca sampai habis artikel ini. Artikel ini akan berkongsi 10 maklumat penting untuk anda.

1. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGSI eIPO

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial

Sebagai pelabur, anda perlu peka dengan tarikh-tarikh penting IPO ini supaya tidak terlepas peluang. Permohonan dibuka pada 26 Jun 2025 dan akan ditutup pada 8 Julai 2025. Cukup masa untuk anda pertimbangkan sama ada hendak mohon ataupun tidak. Tapi jangan sampai terlepas pula.

Selepas itu, undian akan dijalankan pada 10 Julai 2025, dan saham akan diagihkan kepada pemohon yang berjaya pada 17 Julai 2025. Akhirnya, syarikat ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 18 Julai 2025. Pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup kerana selepas itu, anda hanya boleh membeli saham di pasaran terbuka.

2. Latar Belakang

Ditubuhkan pada tahun 2001 di Kemaman, Terengganu, syarikat ini memberi tumpuan utama kepada industri minyak dan gas serta petrokimia.

Enproserve merupakan penyedia perkhidmatan kejuruteraan yang berpengalaman lama kepada Petronas dan PRefChem, dengan operasi yang meliputi Johor, Melaka, Terengganu dan Putrajaya.

Pada masa ini, Enproserve mempunyai 19 kontrak aktif bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan pemulihan loji di Johor, Melaka, Terengganu dan Pahang. Kontrak-kontrak ini akan memastikan syarikat terus sibuk sehingga tahun 2029, dengan beberapa daripadanya disertakan pilihan untuk lanjutan tempoh kontrak.

3. Segmen Perniagaan

Ketika ini, Enproserve memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan loji dan kerja penyelenggaraan berkala (turnaround), kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), serta perkhidmatan pengurusan fasiliti. Syarikat ini turut menawarkan aktiviti berkaitan lain seperti penyewaan peralatan dan kenderaan, serta pembekalan tenaga kerja.

Sumber: Prospektus

Enproserve menyediakan perkhidmatannya terutama kepada sektor minyak & gas serta petrokimia bahagian downstream dan sektor Kerajaan.

Enproserve Group berjaya mengekalkan kekuatan dalam perniagaan teras sambil mempelbagaikan sumber hasil kepada bidang seperti EPCC dan perkhidmatan sokongan. Kepelbagaian ini bukan sahaja mengukuhkan daya tahan perniagaan tetapi juga menunjukkan potensi pertumbuhan jangka panjang, terutamanya dalam sektor minyak & gas serta petrokimia yang memerlukan penyelesaian menyeluruh.

4. Prestasi Kewangan & Keuntungan Syarikat 

Sumber: Prospektus

  1. Prestasi Kewangan Enproserve Group Berhad Kukuh Menjelang Penyenaraian

Enproserve Group Bhd menunjukkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi tempoh empat tahun kewangan berturut-turut dari FYE 2021 hingga FYE 2024, menurut ringkasan penyata pendapatan menyeluruh gabungan mereka yang telah diaudit.

  1. Pertumbuhan Pendapatan dan Keuntungan Konsisten

Pendapatan syarikat meningkat secara konsisten setiap tahun; daripada RM70.65 juta pada tahun kewangan berakhir 2021 (FYE 2021) kepada RM198.41 juta pada FYE 2024. Ini menunjukkan pertumbuhan hampir tiga kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Margin keuntungan kasar (GP margin) kekal sihat, meningkat daripada 24.88% kepada 30.31%, mencerminkan kecekapan operasi yang semakin baik.

  1. Keuntungan Bersih kepada Pemilik dan EPS Kukuh

Keuntungan bersih (PAT) yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat turut meningkat daripada RM2.13 juta kepada RM20.22 juta. Ini menterjemah kepada pertumbuhan dalam Pendapatan Sesaham (EPS) daripada 0.20 sen kepada 1.93 sen. EPS dikira berdasarkan 1.05 bilion saham selepas IPO.

Sumber: Prospektus

Rajah di atas merupakan pecahan pendapatan dari segi industri.

5. Saiz IPO & Pemilikan Saham

IPO ini melibatkan tawaran sebanyak 315 juta saham, bersamaan 30% daripada jumlah modal saham selepas pembesaran kepada 1.05 bilion saham.

Daripada 210 juta saham terbitan baharu, sebanyak 139.18 juta saham akan diperuntukkan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian, 52.5 juta saham akan ditawarkan kepada orang awam di Malaysia melalui proses undian, manakala 18.32 juta saham diperuntukkan kepada pengarah, kakitangan dan penyumbang yang layak.

Sementara itu, 105 juta saham tawaran untuk jualan akan diagihkan melalui penempatan persendirian.

KAF Investment Bank bertindak sebagai penasihat utama, penaja, ejen penempatan tunggal dan penaja jamin bagi penyenaraian IPO ini. 

6. Dana IPO Akan Digunakan 

Sumber: Prospektus

Jumlah kutipan kasar dari IPO ini adalah RM50.40 juta. Sebahagian besar dana IPO (46.97%) akan digunakan untuk perbelanjaan modal.

  • 46.97% tersebut merangkumi RM23.675 juta dan berikut merupakan pecahan kegunaan dana tersebut:
    • Pembelian mesin, peralatan dan kenderaan baharu (RM9.16 juta,18.17%)
    • Pembelian lori dan kren mudah alih baharu (RM9.015 juta, 17.89%)
    • Penubuhan fasiliti depot kren (RM5.5 juta, 10.91%)
    • Manakala, RM11.65 juta atau 23.12% bakal digunakan untuk bayaran balik pinjaman bank
    • RM10.045 juta atau 19.93% bakal digunakan untuk modal kerja
    • Baki RM5.03 juta atau 9.98% untuk perbelanjaan penyenaraian

    Kutipan kasar sebanyak RM25.20 juta daripada tawaran untuk dijual akan sepenuhnya diperoleh oleh pihak penawar, dan syarikat tidak akan menerima hasil tersebut.

    7. Kelebihan Daya Saing dan Kekuatan Utama

    1. Mempunyai rekod pengalaman selama 24 tahun
    2. Syarikat kini mempunyai 19 kontrak aktif yang berjalan sehingga tahun 2029
    3. Enproserve telah berkhidmat sebagai penyedia perkhidmatan kepada syarikat-syarikat utama seperti Petronas dan PRefChem sejak 2001
    4. Rangkaian operasi strategik di seluruh Malaysia
    5. Memiliki lesen dan pendaftaran Petronas di bawah beberapa kod SWEC, yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas di Malaysia
    6. Kemampuan menjana aliran pendapatan berulang yang memberikan aliran tunai yang stabil, disokong lagi oleh kontrak kadar unit induk dengan pesanan belian yang dikeluarkan

    8. Polisi Dividen

    Sumber: Prospektus

    Enproserve tidak mempunyai polisi dividen yang formal. Berdasarkan rekod beberapa tahun terkini, Enproserve membayar dividen kepada pemegang saham pada tahun 2023 & 2024. Pada tahun 2024, dividen yang dibayar adalah sebanyak RM5 juta yang mana nisbah pembayaran dividen tersebut adalah setinggi 23.67%.

    Nota Penting:

    • Dividen yang dibayar dalam FYE 2023 merangkumi RM1.5 juta dividen interim untuk 2023 dan RM0.5 juta dari tahun FYE 2022 yang dibayar pada 2023.
    • Semua dividen dibiayai sepenuhnya daripada dana dalaman syarikat.

    9. Status Syariah

    Salah satu kelebihan utama IPO ini ialah status patuh Syariah. Saham Enproserve Group Berhad telah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai patuh Syariah, menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur Muslim yang ingin melabur dalam sektor ini tanpa ragu-ragu mengenai status halal pelaburan mereka.

    Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

    10. Perbandingan 

    Sumber: Prospektus

    Dalam industri penyelenggaraan sektor hiliran minyak dan gas (O&G) yang kompetitif, Enproserve Group Bhd muncul sebagai antara pemain terkemuka dengan prestasi kewangan yang kukuh dan pertumbuhan yang mantap.

    Daripada laporan IMR (Independet Market Research) dalam prospektus, Enproserve Group mencatatkan pendapatan sebanyak RM198.4 juta bagi tahun kewangan berakhir Disember 2024, menjadikannya antara enam syarikat teratas daripada 11 yang disenaraikan. Walaupun tidak berada di tempat teratas dari segi jumlah pendapatan, prestasi margin dan kadar pertumbuhan menjadikannya menonjol.

    Enproserve merekodkan margin kasar tertinggi iaitu 30.3%, jauh melepasi purata industri sebanyak 13.2%. Ini mencerminkan kecekapan operasi dan kos yang optimum. Malah, pertumbuhan keuntungan kasar (GP growth) adalah 49.3%, antara yang tertinggi dalam kalangan pesaing.

    Enproserve juga mencatat keuntungan bersih sebanyak RM21.1 juta, dengan margin keuntungan bersih 10.6%, hampir 2.5 kali ganda berbanding purata industri (4.4%). Ini menunjukkan keupayaan syarikat menjana pulangan yang baik kepada pemegang saham walaupun dalam industri yang mencabar.

    Kesimpulan

    Trend pertumbuhan positif dari segi hasil, margin keuntungan, dan keuntungan bersih menunjukkan bahawa Enproserve Group berada di landasan yang kukuh menjelang penyenaraiannya. Prestasi ini mencerminkan keupayaan pengurusan untuk membina operasi yang mampan dan menguntungkan dalam industri penyelenggaraan dan kejuruteraan, khususnya dalam sektor minyak dan gas serta petrokimia.

    Gambar: NST

    Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
    Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

    Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
    Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

    Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

    Nikmati bonus berikut:
    ✅ RM400 saham percuma dari pasaran US* 🎁
    ✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
    ✅ 0% yuran komisen untuk pasaran MY sehingga 31/12/2025
    ✅ 0.025% atau nin USD0.99 untuk pasaran US
    ✅ PERCUMA yuran platform!

    1. (Promo) RM0 commission for MY stocks until 31 December 2025
    2. US Stocks: 0.025%, minimum USD 0.99
    3. US Options: USD 0.35 per contract
    4. We remain committed to ZERO platform fees

    Klik & Buka Akaun Secara Online

    Nak tutorial, boleh klik sini.

    Tags: 10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group BerhadBursa MalaysiaEnproserveIPOpasaran ACEtenaga
    Share288ShareSend

    Related Posts

    Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
    Asas Saham

    Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

    3 months ago
    IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
    Asas Saham

    IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

    3 months ago
    PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
    Asas Saham

    PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

    4 months ago
    Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
    Asas Saham

    Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

    4 months ago
    No Result
    View All Result

    Follow Kami

    Facebook Telegram Youtube
    ADVERTISEMENT

    Follow Kami

    Telegram Facebook Twitter Youtube

    Penafian

    Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

    Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

    Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

    Kategori

    • Advertorial
    • Asas Saham
    • Aset Digital
    • Berita
    • Catalyst
    • Fundamental Analisis
    • Hebahan
    • Indikator
    • Inspirasi
    • Market Update
    • Pengalaman Saham
    • Produk
    • Saham
    • Saham Global
    • Technical Analysis
    • Trading Idea
    • Uncategorized

    Hubungi Kami

    Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

    Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

    No Result
    View All Result
    • Asas Saham
    • Fundamental Analisis
    • Teknikal Analisis
    • Saham Global
    • Pengalaman Saham
    • Inspirasi
    • Produk

    Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

    Welcome Back!

    Login to your account below

    Forgotten Password?

    Retrieve your password

    Please enter your username or email address to reset your password.

    Log In