Selalu masuk kedai Eco-Shop? Kedai pilihan ramai rakyat Malaysia tersebut akhirnya bakal disenaraikan di Bursa Malaysia.
Kedai yang terkenal dengan barangannya yang murah ini bakal disenaraikan di Main Market Bursa Malaysia.

Eco-Shop mengendalikan 358 kedai di seluruh negara, menjual lebih 10,000 produk jenama pihak ketiga dan jenama sendiri, kebanyakannya berharga RM2.60, selebihnya di bawah RM20. Matlamat perniagaan kedai ini adalah untuk menyokong kehidupan harian pelanggan golongan B40.
Walaupun kebanyakan produk Eco Shop adalah RM2.60, harga IPO pula ditawarkan pada RM1.21 seunit.


1. Tarikh-Tarikh Penting

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial
IPO yang ditunggu-tunggu ini telah dibuka untuk permohonan bermula 29 April 2025 dan dibuka selama dua minggu sehingga 7 Mei 2025 (5 petang).
Cabutan undian bakal diadakan pada 9 Mei 2025. Eco Shop bakal disenaraikan di Papan Utama pada 23 Mei 2025.
2. Latar Belakang
Eco Shop diasaskan oleh Dato’ Sri Lee Kar Whatt yang juga merupakan pengarah urusan Eco-Shop kini. Eco-Shop bermula di Gemas, Negeri Sembilan pada Jun 2003. Setakat ini Eco Shop memiliki 358 buah kedai di seluruh negara.
Operasi kedai Eco-Shop disokong oleh sistem pengurusan inventori dan pengedaran yang diuruskan secara berpusat serta disambungkan kepada kedai-kedainya. Sistem ini membantu Eco-Shop untuk memastikan bahawa kedai-kedainya mempunyai stok yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Setakat ini, Eco Shop beroperasi dengan dua pusat pengedaran mereka yang terletak secara strategik di Jementah, Johor dan Klang, Selangor.
Produk Eco-Shop diedarkan:
- Ke kedai-kedai Eco Shop di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Langkawi, melalui lebih daripada 160 buah lori penghantaran
- Ke kedai-kedai Eco Shop di seluruh Malaysia Timur melalui penyedia perkhidmatan kargo pihak ketiga
3. Segmen Perniagaan

Eco-Shop mempunyai tiga buah subsidiari iaitu terdiri daripada Eco-Shop Plasticware, Eco Shop E-Commerce dan Eco Mall, masing-masing mempunyai peranan berbeza.
Eco-Shop Plasticware | Menjalankan perniagaan dalam bidang pembuatan, pengedaran, eksport, import, penjualan atau urusan produk plastik untuk kegunaan harian pengguna |
Eco Shop E-Commerce | Menjalankan perniagaan dan menyediakan perkhidmatan perdagangan perkakasan komputer, perisian dan peranti tambahan |
Eco Mall | Pelaburan hartanah dan pengurusan operasi pusat beli-belah |
4. Pegangan Pasaran (Market Share) & Pesaing
Menurut Laporan IMR, Eco-Shop merupakan peneraju pasaran dalam industri kedai dolar di Malaysia dari segi hasil pendapatan setakat 31 Disember 2024, dan dari segi bilangan cawangan serta liputan geografi di seluruh negara setakat 31 Mac 2025.
Anggaran pegangan pasaran dalam industri kedai dolar di Malaysia berdasarkan hasil pendapatan adalah sebanyak 67.8%, manakala pesaing terdekat Eco-Shop dianggarkan memiliki pegangan pasaran sebanyak 12.1%.
Ini menunjukkan Eco-Shop merupakan pemain utama dalam industri ini.
5. Prestasi Kewangan & Keuntungan Syarikat

Daripada laporan kewangan dalam Prospektus, Eco-Shop konsisten menjana pendapatan melebihi RM1 bilion setiap tahun. Untuk rekod, Eco-Shop telah menjana pendapatan RM2.4 bilion pada tahun kewangan yang berakhir 2024.
Margin keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI margin%) bagi Eco-Shop meningkat dari 1.7% kepada 5.3% dan seterusnya 7.4% dari tahun 2022, 2023, kepada 2024.
Ia menunjukkan Eco Shop berkembang dengan pesat dalam tiga tahun terakhir.
6. Saiz IPO & Pemilikan Saham
Sebanyak RM419.87 juta akan diperoleh melalui penerbitan awam 347 juta saham baharu. Selain itu, Eco-Shop turut menawarkan 675.37 juta saham kepada pelabur institusi.
Jumlah keseluruhan saham adalah sebanyak 862 juta saham.
Eco-Shop dijangka membuat debutnya dengan modal pasaran sebesar RM7 bilion.
7. Dana IPO Akan Digunakan Untuk Apa?
Eco-Shop bakal meraihkan dana sebesar RM419.9 juta daripada IPO ini.

Sebahagian besar dana IPO tersebut kelak iaitu RM200 juta (47.6%) bakal digunakan untuk mengembangkan rangkaian kedainya, khususnya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, serta melabur dalam infrastruktur logistik dan pengedaran.
Eco-Shop menyasarkan 70 cawangan setahun untuk lima tahun akan datang, dan pada masa ini, pasaran yang kurang diterokai adalah Lembah Klang serta Malaysia Timur.
Baki daripada dana akan digunakan untuk:
- RM100 juta (23.8%) untuk pembayaran balik pinjaman
- RM56.27 juta (13.4%) untuk membuka kedai baru
- RM28 juta (6.7%) untuk kos penyenaraian
- RM24.7 (5.9%) bagi modal kerja dan,
- RM10.9 juta (2.6%) untuk melabur dalam pelaburan dalam perkakasan dan perisian IT.
8. Polisi Dividen

Eco-Shop menyasarkan kadar pembayaran dividen sekitar 40% hingga 60% daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) bagi setiap tahun kewangan. Pelabur yang mencari peluang pelaburan dalam saham dividen mungkin akan tertarik dengan IPO ini.
Walaubagaimanapun, syarikat tidak terikat untuk membayar dividen.
9. Status Syariah

Berdasarkan carian di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Eco-Shop Marketing Berhad merupakan patuh syariah.
10. Info Penting
Penaja Jamin Bersama (joint bookrunner) telah berjaya mendapatkan 10 cornerstone investors yang secara keseluruhan telah melanggan 90.81 juta saham, iaitu 90.31% daripada tawaran kepada pelabur institusi (tidak termasuk bahagian Bumiputera di bawah MITI).
10 cornerstone investors tersebut adalah:
- AHAM Asset Management Bhd
- Albizia Capital Pte Ltd
- Areca Capital Sdn Bhd
- Eastspring Investments Berhad
- Kairous Equity Sdn Bhd
- Kenanga Investors Bhd
- Kenanga Islamic Investors Bhd
- Lion Global Investors Ltd
- RHB Asset Management Sdn Bhd
- RHB Islamic International Asset Management Bhd.
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.
Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran


Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?
Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.