fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad

in Asas Saham, Saham
A A
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Antara banyak IPO pada tahun ini, terdapat satu IPO yang menarik perhatian kerana perniagaannya yang lain daripada kebiasaannya.

IPO tersebut adalah Fibromat (M) Berhad.

Fibromat merupakan pembekal, pengilang & pemasang produk kawalan hakisan.

Berkaitan

Saham Kajian Hari Ini: UOA Development (9 Mei 2025)

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

Gambar sebahagian daripada produk jualan Fibromat. Sumber: Fibromat

IPO Fibromat ditawarkan pada harga RM0.55 seunit, dengan sasaran untuk meraih dana sebanyak RM17.8 juta. Harga IPO Fibromat telah ditentukan dan dipersetujui oleh Fibromat dan M&A Securities, selaku penasihat, penaja, penjamin dan ejen penempatan, selepas mengambil kira PE Multiple bagi harga IPO Fibromat ialah sebanyak 13.70x, yang dikira berdasarkan keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun kewangan berakhir 2024 iaitu sebanyak RM9.97 juta, dan permodalan pasaran sebanyak RM136.55 juta semasa penyenaraian.

1. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGS eIPO

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial

Sebagai pelabur, anda perlu peka dengan tarikh-tarikh penting IPO ini supaya tidak terlepas peluang. Permohonan dibuka pada 11 April 2025 dan akan ditutup pada 25 April 2025. Maka, bolehlah beraya terlebih dahulu sebelum buat keputusan nak mohon atau tidak.

Selepas itu, undian akan dijalankan pada 30 April 2025, dan saham akan diagihkan kepada pemohon yang berjaya pada 6 Mei 2025. Akhirnya, syarikat ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 8 Mei 2025. Pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup kerana selepas itu, anda hanya boleh membeli saham di pasaran terbuka.

2. Latar Belakang

Sejarah kumpulan Fibromat bermula pada 16 Ogos 1999 dengan penubuhan MTS Fibromat, anak syarikat milik penuh Fibromat, oleh Pengarah Eksekutif, Mohd Tarmim Bin Sidek, dan Noorliza Binti Ahmad (isteri kepada Mohd Tarmim Bin Sidek). Pada tarikh yang sama, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Fibromat, Ng Kian Boon, telah menyertai MTS Fibromat sebagai Pengurus Besar.

Fibromat memulakan operasi perniagaan dalam bidang pembuatan selimut kawalan hakisan (erosion control blanket) yang diperbuat daripada gentian semula jadi, iaitu jerami padi, dari sebuah kilang yang disewa di Sekinchan, Selangor dengan keluasan tanah seluas 21,780 kaki persegi. Fibromat turut menyediakan perkhidmatan hydroseeding sebagai pelengkap kepada produk selimut kawalan hakisan.

Untuk pengetahuan anda, Fibromat telahpun tersenarai di Pasaran LEAP sejak tahun 2019. 

3. Segmen Perniagaan

Sumber: Proskpektus

Kumpulan Fibromat secara asasnya terlibat dalam penyediaan penyelesaian geoteknikal bagi tujuan kawalan hakisan, penambahbaikan tanah, serta kawalan mendapan, penapisan dan pelapisan takungan. Penyelesaian geoteknikal Fibromat merangkumi reka bentuk, pembuatan dan pemasangan penyelesaian geoteknikal yang menggunakan bahan geosintetik, produk kawalan hakisan dan/atau produk berasaskan biojisim. Fibromat juga terlibat dalam aktiviti perdagangan produk geosintetik dan produk kawalan hakisan.

4. Pegangan Pasaran (Market Share)

Sumber: Proskpektus

Pada tahun 2024, saiz industri penyelesaian geoteknikal di Malaysia direkodkan sebanyak RM3.30 bilion. Kumpulan Fibromat mencatat perkongsian pasaran sebanyak 1.11%, berdasarkan sumbangan hasil sebanyak RM36.76 juta (tidak termasuk segmen pembuatan dan perdagangan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Berdasarkan laporan pihak ketiga yang disertakan dalam prospektus, Fibromat merupakan satu-satunya syarikat menawarkan perkhidmatan geoteknikal dan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Meskipun ada syarikat lain yang mempunyai hasil pendapatan yang lebih tinggi pada tahun 2023, namun Fibromat merupakan syarikat dengan peratusan margin keuntungan yang paling tinggi iaitu setinggi 13.21%.

5. Aktiviti Perniagaan & Pendapatan

Sumber: Proskpektus

  • Jumlah hasil syarikat telah meningkat secara konsisten dari RM45.79 juta pada FYE 2021 kepada RM75.46 juta pada FYE 2024.
  • Sumbangan terbesar kepada hasil datang daripada aktiviti reka bentuk dan pemasangan penyelesaian geoteknikal, yang meningkat daripada RM18.32 juta (40.0%) pada FYE 2021 kepada RM36.76 juta (48.7%) pada FYE 2024.
  • Diikuti oleh aktiviti perdagangan geosintetik dan produk kawalan hakisan yang menyumbang RM25.56 juta (33.9%) pada FYE 2024.
  • Walaupun hasil daripada pembuatan dan penjualan produk dalaman menurun pada FYE 2023, ia meningkat semula kepada RM13.15 juta (17.4%) pada FYE 2024. 

Dari segi pasaran geografi, Malaysia kekal sebagai penyumbang utama dengan lebih 96% daripada jumlah hasil setiap tahun, menunjukkan fokus pasaran domestik yang kukuh. Pasaran luar negara seperti Singapura menunjukkan peningkatan, tetapi masih menyumbang sebahagian kecil iaitu hanya 3.8% pada FYE 2024.

6. Prestasi Kewangan & Keuntungan Syarikat

Sumber: Proskpektus

Berdasarkan penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir (FYE) 2021 hingga 2024, syarikat telah mencatatkan pertumbuhan yang konsisten dari segi pendapatan dan keuntungan kasar. Pendapatan syarikat meningkat daripada RM45.79 juta pada FYE 2021 kepada RM75.46 juta pada FYE 2024, menunjukkan pertumbuhan hampir 65%. 

Selari dengan peningkatan pendapatan, keuntungan kasar juga meningkat dengan ketara daripada RM11.80 juta pada FYE 2021 kepada RM20.71 juta pada FYE 2024. 

Ini mencerminkan kecekapan operasi yang semakin baik dengan peningkatan margin keuntungan kasar daripada 25.8% kepada 27.4% dalam tempoh yang sama. 

Selain itu, margin keuntungan selepas cukai, iaitu keuntungan bersih berbanding pendapatan, turut menunjukkan peningkatan positif daripada 12.6% pada FYE 2021 kepada 13.2% pada FYE 2024, walaupun mengalami sedikit penurunan pada FYE 2022. Secara keseluruhan, prestasi kewangan syarikat menunjukkan arah aliran yang sihat dan mampan.

7. Saiz IPO & Pemilikan Saham

Jumlah saham selepas diperbesarkan kelak adalah sebanyak 248,276,000 unit.

Sumber: Proskpektus

Selepas IPO, pengarah urusan serta ketua pegawai eksekutif syarikat iaitu Ng Kian Boon akan menjadi pemegang saham terbesar dengan 63.9% saham secara keseluruhan.

A diagram of a graph

AI-generated content may be incorrect.
Sumber: Proskpektus

Fibromat adalah pemegang saham tunggal bagi anak syarikatnya MTS Fibromat.

8. Dana IPO Akan Digunakan Untuk Apa?

Sumber: Proskpektus

Penyenaraian Fibromat (M) Berhad tidak meraih dana yang begitu besar kerana IPO ini hanya akan meraih dana IPO sebanyak RM17.8 juta. Dana ini kelak bakal digunakan untuk membeli mesin baru, modal kerja serta kos penyenaraian.

  • Pembelian mesin (RM7.56 juta; 42.6%)
  • Modal kerja (RM6.712 juta; 37.8%)
  • Kos penyenaraian (RM3.48 juta; 19.6%)

9. Polisi Dividen

Sumber: Proskpektus

Fibromat (M) Berhad tidak mempunyai polisi dividen yang formal dan sebarang keputusan memberi dividen adalah tertakluk kepada Lembaga pengarah Syarikat. Untuk rekod, Fibromat (M) Berhad telah memberi dividen kepada pemegang saham dari tahun 2021 sehingga 2024.

10. Status Syariah

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Salah satu kelebihan utama IPO ini ialah status patuh Syariah. Saham Fibromat (M) Berhad telah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai patuh Syariah menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur Muslim yang ingin melabur dalam sektor ini tanpa ragu-ragu mengenai status halal pelaburan mereka.

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaIPO
Share221ShareSend

Related Posts

Saham Kajian Hari Ini: UOA Development (9 Mei 2025)
Saham

Saham Kajian Hari Ini: UOA Development (9 Mei 2025)

3 days ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

3 days ago
10 Perkara Anda Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Fibromat (M) Berhad
Catalyst

Fibromat Dibuka Pada 46 Sen, Turun 16% Ketika Penyenaraian

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In