• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Cuckoo International (Malaysia) Berhad

in Saham
A A
Cuckoo Malaysia Sasar Kumpul RM184.8 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

TERKINI (10 April 2025) – Permohonan IPO syarikat berkenaan masih terbuka dan akan ditutup pada 5 Jun 2025, dengan penyenaraian di pasaran utama dirancang menjelang 24 Jun depan.

Baca lanjut: Cuckoo International Tangguh Penyenaraian Sehingga Jun

Anda semua perasan tak trend sekarang di mana hampir semua rumah mempunyai mesin penapis air. Hal ini kerana, ia memudahkan orang ramai tanpa perlu memasak air serta menjamin kebersihan air minuman.

Salah satu jenama yang biasa kita nampak pula adalah Cuckoo.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, duta Cuckoo Malaysia turut hadir ke majlis pelancaran prospektus Cuckoo

Tahukah anda hari ini Cuckoo International (Malaysia) Berhad bakal disenaraikan di Bursa Malaysia dan telah dibuka untuk permohonan.

Anda ingin menjadi sebahagian daripada syarikat ini? 

Sebelum itu, kami jemput anda baca dahulu 10 perkara anda perlu tahu sebelum memohon IPO Cuckoo ini.

1. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGSI eIPO

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial

Sebagai pelabur, anda perlu peka dengan tarikh-tarikh penting IPO ini supaya tidak terlepas peluang. Permohonan dibuka pada 26 Mac 2025 dan akan ditutup pada 10 April 2025. Maka, bolehlah beraya terlebih dahulu sebelum buat keputusan nak mohon atau tidak.

Selepas itu, undian akan dijalankan pada 17 April 2025, dan saham akan diagihkan kepada pemohon yang berjaya pada 28 April 2025. Akhirnya, syarikat ini akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 30 April 2025. Pastikan anda memohon sebelum tarikh tutup kerana selepas itu, anda hanya boleh membeli saham di pasaran terbuka.

2. Latar Belakang

CEO Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon, telah mengasaskan perniagaan syarikat ini pada tahun 2014 untuk menjalankan pengedaran periuk nasi dan penapis air jenama Cuckoo di bawah segmen jenama Cuckoo di Malaysia.

Beliau mula mengenali jenama Cuckoo di lapangan terbang Korea Selatan sedekad lalu. Beliau melihat ramai pelancong berjalan dengan membawa periuk nasi jenama Cuckoo dan ia menangkap perhatian beliau. Pada ketika itu, ia adalah normal untuk orang dari negara jiran seperti Jepun dan China yang sanggup untuk terbang ke Korea Selatan untuk beli produk ini.

Pada tahun 2015, beliau bekerjasama dengan Cuckoo Korea untuk menubuhkan Cuckoo International di Malaysia sebagai syarikat usaha sama luar negara pertama jenama tersebut.

Menjelang tahun 2016, syarikat ini telah berkembang ke luar negara, termasuk Singapura dan Brunei, dan pada tahun 2018, ia menjadi hab rasmi serta pengedar tunggal bagi Asia Tenggara. Hari ini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 450 cawangan di seluruh Malaysia.

3. Segmen Perniagaan

Perniagaan Cuckoo terdiri daripada empat segmen, iaitu:

Segmen PerniagaanAktiviti Perniagaan
1. Jenama CuckooPenyewaan dan penjualan peralatan rumah serta barangan isi rumah
2. CUCKOO Co-CreatedPenyewaan dan penjualan peralatan rumah serta barangan isi rumah
3. WonderLab dan WonderDewiPenjualan produk penjagaan kulit dan makanan berkhasiat
4, WonderKleanPenyediaan perkhidmatan penjagaan rumah
Sumber: Prospektus

4. Pegangan Pasaran (Market Share)

Berdasarkan kajian Frost & Sullivan, Cuckoo Malaysia mempunyai bilangan outlet yang terbesar berbanding pesaingnya termasuklah Coway (Malaysia) Sdn Bhd dan SK Magic Retail Malaysia Sdn Bhd.

Setakat ini, Cuckoo Malaysia mempunyai 263 outlet di seluruh Malaysia.

Menurut Frost & Sullivan, jualan penapis air di Malaysia oleh semua jenis peruncit dianggarkan sekitar 934 ribu unit pada tahun 2024. Cuckoo dianggarkan memegang 19.1% pegangan pasaran (market share) berdasarkan jumlah penapis air yang disewa dan dijual di Malaysia pada tahun 2024, menjadikannya sebagai salah satu pemain utama dalam industri ini.

Walaubagaimanapun, ia jauh ditinggalkan oleh pesaing utamanya iaitu Coway yang memiliki pegangan pasaran sebesar 54.5%.

Dalam industri penyewaan peralatan rumah serta barangan isi rumah, Cuckoo:

  • Memiliki jumlah outlet terbesar di Malaysia 
  • Kedudukan kedua terbesar dari segi pendapatan 
  • Kedudukan kedua terbesar dari segi pesanan aktif 
Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan tidak lupa juga kepada Jaclyn Victor merupakan duta jenama ini di Malaysia.

5. Aktiviti Perniagaan dan Pendapatan

Cuckoo Malaysia menjana pendapatan terutamanya daripada penyewaan dan penjualan terus produk serta penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan selepas jualan di bawah segmen jenama Cuckoo dan ‘Ccukoo Co-Created’. Bagi 2021, 2022, dan 2023, penyewaan dan penjualan terus menyumbang masing-masing 64.6%, 59.2%, dan 61.4% daripada jumlah pendapatan, manakala perkhidmatan penyelenggaraan selepas jualan menyumbang 34.0%, 39.6% dan 37.8%. Sumbangan pendapatan mengikut aktiviti perniagaan bagi tahun kewangan yang dikaji adalah seperti berikut:

TahunSumbangan penyewaan dan penjualan terus
202164.6%
202259.2%
202361.4%
TahunSmbangan perkhidmatan penyelenggaraan selepas jualan
202134.0%
202139.6%
202337.8%

6. Prestasi Kewangan & Keuntungan Syarikat

Hasil pendapatan Cuckoo kekal kukuh sepanjang 2021 – 2023, melebihi RM1,000 juta (RM1 bilion).

Majoriti pendapatan tersebut disumbang daripada produk jenama Cuckoo. Manakala, segmen ‘Cuckoo Co-Created’ juga sedang berkembang.

Peratusan margin keuntungan selepas cukai Cuckoo bagi tahun 2023 adalah 7.8%. Jika anda perasan, PAT margin bagi tahun 2022 adalah sangat rendah iaitu 0.2%. Hal ini kerana, perbelanjaan pentadbiran Cuckoo meningkat sebanyak RM149.7 juta dalam 2022 berbanding 2021, disebabkan oleh skim ESOS sebanyak RM137.5 juta yang diberikan kepada pengarah dan barisan pengurusan pada tahun 2022.

7. Saiz IPO & Pemilikan Saham

Pihak Cuckoo akan menerbitkan 143.28 juta saham baharu pada harga IPO sebanyak RM1.29 sesaham.Penyenaraian syarikat yang dijadualkan pada 30 April 2025 itu dijangka memiliki modal pasaran sebanyak RM1.85 bilion.

8. Dana IPO Akan Digunakan Untuk Apa

Cuckoo International (Malaysia) Berhad akan mengumpul RM184.8 juta daripada IPO ini, dan dana tersebut akan digunakan untuk pelbagai tujuan strategik.

  • 56.7%: Pembelian produk untuk pengembangan perniagaan sewaannya
  • 21.6%: Pembayaran balik pinjaman bank
  • 10.6%: Kos penyenaraian
  • 5.7%: Pembukaan kedai jenama (Brandshops) & penambahbaikan sistem teknologi maklumat 
  • 5.4%: Pengembangan Cuckoo International (S) Pte Ltd (Singapura)

9. Polisi Dividen

Cuckoo Malaysia menyasarkan untuk menggunakan 20% daripada keuntungan bersih selepas cukai kepada para pemegang saham. Memandangkan Cuckoo Malaysia mempunyai pinjaman fasiliti daripada beberapa bank, Cuckoo Malaysia perlu mendapat kelulusan bertulis daripada bank-bank tersebut sebelum membuat keputusan untuk memberi dividen.

Pada tahun 2021 & 2022, tiada dividen diagihkan kepada pelabur. Pada tahun 2023 pula, dividen sebanyak RM73.4 juta telah diagihkan. Untuk pengetahuan anda, nisbah pembayaran dividen tersebut adalah setinggi 84.1%!

10. Status Syariah

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Salah satu kelebihan utama IPO ini ialah status patuh Syariah. Saham Cuckoo International Malaysia Berhad telah disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Shariah-compliant, menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur Muslim yang ingin melabur dalam sektor ini tanpa ragu-ragu mengenai status halal pelaburan mereka.

Kesimpulan: Patutkah Anda Memohon IPO Ini?

Terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum memohon IPO ini terutamanya seperti harga, nilai PE, market share dalam pasaran, pelan masa hadapan serta paling penting adalah kegunaan dana IPO tersebut. Malah sentimen IPO semasa juga perlu diambil kira.

Kesemua ini akan dijadikan pemberat bagi para pelabur sama ada ingin melabur di dalam syarikat ini ataupun tidak.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM400 saham percuma dari pasaran US* 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran MY sehingga 31/12/2025
✅ 0.025% atau nin USD0.99 untuk pasaran US
✅ PERCUMA yuran platform!

  1. (Promo) RM0 commission for MY stocks until 31 December 2025
  2. US Stocks: 0.025%, minimum USD 0.99
  3. US Options: USD 0.35 per contract
  4. We remain committed to ZERO platform fees

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Share320ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In