IPO sentiasa menjadi pilihan pelabur untuk menjana keuntungan dari pasaran saham.
Selain itu, sebelum sesebuah IPO disenaraikan syarikat juga wajib menyediakan prospektus sebagai rujukan para pelabur untuk mengetahui latar belakang syarikat, tujuan syarikat ke IPO, kegunaan dana IPO dan sebagainya.
Harga IPO syarikat yang bakal disenaraikan kebiasaannya belum lagi tinggi kerana belum ada aktiviti jual beli di pasaran sekunder (secondary).
Nak tahu bagaimana harga IPO ditentukan?
Bagaimana Harga IPO Ditentukan?
Bank pelaburan bertindak sebagai penaja jamin (underwriter), memainkan peranan penting dalam memberi nasihat mengenai harga IPO.
Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial
Harga IPO Mahal
Mungkin ramai yang mengelak untuk memohon sesebuah IPO sekiranya harganya mahal. Memandangkan harga IPO kebanyakannya di bawah 50 sen, harga IPO yang di atas RM1.00 biasanya dianggap mahal.
Jumlah terlebih langganan (oversubscribed) IPO Itmax pada ketika IPO ialah hanya sebanyak 18.20%. Ini menguatkan lagi pandangan di mana pelabur kurang memohon IPO berharga atas RM1.
ITMAX System Berhad
Itmax terlibat terutamanya dalam perniagaan pembekalan dan pemasangan serta penyediaan sistem rangkaian ruang awam, penyelidikan dan pembangunan (R&D) perisian sistem dan aplikasi, reka bentuk dan pemasangan pengawal, pembekalan dan pemasangan sistem pengurusan trafik rangkaian, serta penyediaan perkhidmatan penyewaan dan pengurusan sistem pengawasan video serta analitik.
Syarikat ini telah disenaraikan pada 13 Disember 2022.
Harga IPO Itmax yang disenaraikan pada tahun 2022 adalah RM1.07 sesaham.
Semasa penyenaraian, Itmax dibuka pada harga RM1.52.
Kini harganya sudah mencecah RM4.03 RM3.85, bahkan cecah RM4 sesaham pada awal Mac yang lalu. Ia merupakan kenaikan sebanyak 259% sejak IPO.
Ramai yang mungkin tidak menyangka harga Itmax akan berjaya naik sehingga RM4 dalam tempoh yang singkat.
Kenapa Harga Saham Itmax Naik?

Tidak hairan kenapa harga sahamnya naik dengan tinggi.
Pendapatan yang dijana meningkat untuk enam suku berturut-turut. Pada suku kedua 2023, Itmax menjana pendapatan sebanyak RM33.4 juta dan naik sehingga RM58 juta pada suku ketiga 2024.

Meskipun margin keuntungan selepas cukainya semakin menurun, setiap suku Itmax tetap mengekalkan margin keuntungan di atas 35%.
Syarikat ini berkembang pesat di kawasan utama, memperoleh kontrak besar di KL, Johor, dan Pulau Pinang sambil memajukan teknologinya. Ia sedang membangunkan model bahasa visi untuk disepadukan ke dalam platform bandar pintarnya yang sedia ada, dengan menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) secara masa sebenar.
ITMAX memperoleh kontrak tambahan dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 2024 (3Q24) untuk memasang 5,000 CCTV bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10,000 CCTV di KL.
Penganalisis Hong Leong Investment Berhad (HLIB Research) menyatakan bahawa syarikat ini telah mencapai kemajuan yang ketara di Johor, memperoleh kontrak bernilai RM373.2 juta daripada empat majlis bandaraya untuk pusat kawalan pintar, pengawasan video, dan sistem lampu isyarat pintar.
Status Syariah

Saham Itmax System Berhad adalah patuh syariah setakat kemaskini terkini yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kesimpulan
Sebagai pelabur, anda tidak semestinya harus menjauhi IPO yang harganya lebih tinggi daripada kebiasaan.
Penafian: Segala perkongsian adalah untuk sebagai contoh dan untuk tujuan pendidikan sahaja. Ini BUKAN nasihat atau cadangan pelaburan. Keputusan untuk melabur saham adalah tanggungjawab sendiri. Trade at your own risk.
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.
Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran


Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?
Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.