Sumisaujana Group Berhad. Nama Syarikat ini mungkin tidak ramai yang kenal, malah mungkin ada yang tidak pernah mendengar nama ini. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang daripada syarikat ini mengapungkan syarikatnya.
Modal pasaran SumiSaujana dijangka mencecah RM346.5 juta, meletakkan penilaian syarikat pada 11 kali ganda pendapatan sejarahnya. Pada tahun 2023, SumiSaujana mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM30.62 juta dengan hasil berjumlah RM198.78 juta.

1. Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan
Sejarah SSTCM bermula dengan penubuhannya pada 7 Julai 2010 oleh Norazlam Bin Norbi dan seorang individu, di mana masing-masing memegang 50% kepentingan ekuiti dalam syarikat. Pada tahun yang sama, kedua-dua pemegang saham asal telah melepaskan keseluruhan kepentingan ekuiti mereka, dan Atreon Holdings Sdn Bhd serta TCM Chemicals Inc menjadi pemegang saham baharu dengan pegangan sebanyak 60% dan 40% masing-masing.
Kemudian, pada 21 Mac 2022, TCM Chemicals Inc telah melepaskan keseluruhan 40% kepentingan ekuitinya dalam SSTCM kepada Atreon, menjadikan Atreon sebagai pemilik penuh dengan pegangan 100% dalam syarikat. Pada 30 Januari 2023, empat pelabur telah memperoleh secara kolektif 5% kepentingan ekuiti dalam SSTCM daripada Atreon. Selepas pemerolehan tersebut, pemegang saham SSTCM terdiri daripada Atreon dengan pegangan 95% dan empat pelabur dengan pegangan kolektif 5%.
Sehingga hari ini, pemegang saham Atreon terdiri daripada Norazlam Bin Norbi, Toh Chee Seng, dan Ramli Bin Mohamad. Norazlam Bin Norbi, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, dan Ramli Bin Mohamad, selaku Ketua Pegawai Operasi, telah terlibat dalam pengedaran bahan kimia khas dan industri O&G sejak permulaan operasi SSTCM pada tahun 2011. Manakala, Toh Chee Seng, yang merupakan Pengarah Eksekutif, telah menyertai SSTCM sejak tahun 2014.

Sumisaujana terlibat dalam pembuatan dan perdagangan bahan kimia khas untuk industri minyak dan gas (O&G), termasuk bahan kimia untuk cecair penggerudian serta penapisan. Selain itu, ia turut menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal serta membekalkan bahan kimia industri dan khas.
Operasi Sumisaujana tertumpu di pasaran serantau seperti Asia Pasifik dan Timur Tengah, dengan saluran pengedaran utama merangkumi pengedaran langsung kepada penyedia perkhidmatan minyak & gas, syarikat pengeluaran dan penapisan, serta pengeluar bahan kimia, manakala pengedaran tidak langsung melibatkan syarikat perdagangan.
Sumisaujana merupakan pengeluar bahan kimia khas minyak & gas berlesen Petronas sejak tahun 2016. Sebagai pengeluar berlesen Petronas, Sumisaujana layak untuk menyertai tender kumpulan Petronas bagi pembekalan bahan kimia khas minyak & gas mengikut kod SWEC yang didaftarkan.
2. Tarikh-Tarikh Penting

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial
IPO Sumisaujana akan dibuka selama hampir 2 minggu dari 13 Mac 2025 sehingga 25 Mac 2025.
Cabutan undian bakal dilakukan pada 28 Mac 2025 dan disenaraikan pada 9 April 2025.
3. Berapa Banyak Saham Akan Ditawarkan?
IPO ini merangkumi penerbitan 310 juta saham baharu dan penawaran sehingga 90 juta saham sedia ada, yang secara kolektif mewakili 27.71% daripada modal saham terbitan SumiSaujana yang diperbesarkan.
Dalam proses pengagihan saham, sebanyak 72.5 juta saham baharu akan diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera, manakala 24.4 juta saham disediakan untuk pengarah, pekerja, serta individu yang layak.
Sementara itu, sebanyak 122.6 juta saham akan diagihkan kepada pelabur institusi terpilih, termasuk 90.5 juta saham yang telah mendapat kelulusan daripada MITI.
4. Siapa Pemegang Saham Terbesar?

Selepas IPO, pemegang saham terbesar adalah Atreon yang memegang sebanyak 64.95%.
Sebanyak 26.02% pegangan saham bakal dimiliki oleh pelabur awam, institusi dan pelabur terpilih. Anak Syarikat Sumisaujana adalah SSTCM, yang mana ia terlibat dalam pembuatan bahan kimia khas minyak & gas, perdagangan bahan kimia khas dan industri minyak & gas, serta penyediaan perkhidmatan sokongan berkaitan.
5. Dana IPO Akan Digunakan Untuk Apa?

Daripada terbitan tersebut, sejumlah RM40.2 juta atau 54% daripada hasil diperuntukkan bagi pengambilalihan gudang dan pejabat korporat baharu di Puncak Alam, bertujuan menyatukan kemudahan operasi serta pergudangan.
Selain itu, sebanyak RM18.9 juta atau 25.4% digunakan untuk pemerolehan kilang sedia ada di Puncak Alam bagi menyokong kelestarian operasi jangka panjang.
Sejumlah RM2.1 juta atau 2.8% lagi diperuntukkan untuk perbelanjaan modal bagi penambahbaikan kemudahan, RM7.6 juta bagi pengembangan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta RM5.6 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.
6. Bagaimana Prestasi Kewangan Sumisaujana Group Berhad?

Berdasarkan data kewangan yang diberikan, berikut adalah ringkasan berkaitan Revenue (Pendapatan), PAT (Keuntungan Selepas Cukai), dan PAT Margin:
- Revenue (Pendapatan)
- Pendapatan syarikat menunjukkan pertumbuhan ketara dari RM95.73 juta pada 2021 kepada RM198.78 juta pada 2023.
- Walau bagaimanapun, bagi tempoh kewangan berakhir (FPE) 2023 dan 2024, pendapatan menurun kepada sekitar RM131.49 juta dan RM130.71 juta. Ini mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi atau perubahan dalam permintaan pasaran.
- PAT (Keuntungan Selepas Cukai)
- PAT meningkat dari RM9.09 juta (2021) kepada RM30.62 juta (2023), mencerminkan pertumbuhan keuntungan yang baik.
- Namun, PAT bagi FPE 2024 menunjukkan penurunan kepada RM10.50 juta, yang boleh berpunca daripada kos operasi yang lebih tinggi atau margin keuntungan yang lebih rendah.
- PAT Margin (%)
- Margin PAT meningkat dari 9.50% (2021) kepada 15.40% (2023), menunjukkan kecekapan operasi yang semakin baik.
- Namun, PAT margin menurun kepada 8.03% (FPE 2024), yang mungkin disebabkan oleh kenaikan kos atau tekanan harga dalam pasaran.
7. Segmen Pendapatan

Sumbangan hasil daripada segmen pembuatan bahan kimia khas minyak & gas Sumisaujana menyumbang sebanyak 88.53%, 84.62%, 78.68%, dan 86.33% daripada jumlah keseluruhan hasil pendapatan bagi FYE 2021, FYE 2022, FYE 2023, dan FPE 2024.
Hasil pendapatan Sumisaujana datangnya daripada segmen pembuatan terutamanya diperoleh daripada dua kategori utama bahan kimia khas minyak & gas berikut:
- Bahan Kimia Cecair Penggerudian: Terdiri daripada 8 kumpulan produk yang menyokong dan meningkatkan proses penggerudian, termasuk emulsifier, agen pembasahan, pengubah reologi, aditif kehilangan cecair, cecair penanda, pelincir, penipis lumpur penggerudian, dan bahan kimia pembersihan lubang telaga.
- Bahan Kimia Pengeluaran dan Penapisan: Terdiri daripada 4 kumpulan produk untuk meningkatkan proses pengeluaran dan penapisan, termasuk penjerap (scavenger), bahan penghambat kakisan, penurun takat tuang (pour point depressant), dan bahan kimia pengagregatan pasir.
- Pendapatan dari sudut Geografi
Lebih 70% daripada hasil SumiSaujana datang daripada pasaran antarabangsa termasuk Asia Pasifik, Asia Barat, Afrika, Eropah dan rantau Amerika.
8. Strategi Perniagaan
- Pengembangan kemudahan operasi di Malaysia
- Pemerolehan Kilang Puncak Alam: Syarikat merancang membeli kilang yang kini disewa sejak 2011 dengan harga RM19.50 juta, dibiayai melalui IPO dan dana dalaman. Pembelian dijangka selesai pada Ogos 2025.
- Pemasangan Sistem Solar PV: Sistem solar 374 kWp akan dipasang di kilang ini pada suku kedua 2025 dengan kos RM1.50 juta.
- Pemerolehan Gudang & Pejabat Korporat Baru: Dua bangunan baru di Puncak Alam akan dibeli dengan anggaran kos RM40.20 juta bagi memperluas kemudahan pengeluaran dan menyatukan keperluan penyimpanan.
- Makmal R&D Baru: Sebuah makmal R&D akan ditubuhkan di Pejabat Korporat Baru untuk menyokong operasi bahan kimia khusus minyak & gas.
- Pengembangan perniagaan di Malaysia
- Meneroka peluang dalam sektor bahan kimia industri untuk menambah produk, perkhidmatan, dan meningkatkan pendapatan.
- Pengembangan pasaran antarabangsa
- Menyasarkan Amerika Utara dan Timur Tengah dengan menubuhkan kemudahan pengeluaran melalui pelaburan atau usaha sama dengan rakan kongsi tempatan. Kajian dan penilaian lokasi akan dilakukan sebelum mendapatkan kelulusan pihak pengurusan dan lembaga.
9. Polisi Dividen

Sumisaujana mempunyai perancangan untuk mengagihkan 30% daripada keuntungan bersih selepas cukai kepada para pemegang saham.
10. Status Syariah

Bagi pelabur Muslim, status patuh syariah sesebuah saham adalah faktor utama sebelum melabur. Berita baiknya, Sumisaujana Group Berhad telah disahkan sebagai saham patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga semakan seterusnya. Ini bermakna pelabur Muslim boleh melabur dalam IPO ini dengan yakin tanpa ragu-ragu mengenai kesahihan pelaburan dari segi prinsip Islam.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.