Bagi yang tinggal di negeri Johor mungkin anda biasa melihat bas berwarna kuning dengan nama Causeway Link seperti gambar di atas. Syarikat yang berpangkalan di Johor tersebut dioperasikan oleh Handal Indah Sdn Bhd.
Handal Indah Sdn Bhd pula merupakan anak syarikat kepada Hi Mobility Berhad.
Untuk pengetahuan anda, HI Mobility Berhad bakal ke Bursa Malaysia dan kini IPOnya sedang dibuka untuk permohonan kepada para pelabur.
Anda juga berpeluang untuk menjadi salah seorang pemegang saham syarikat pengangkutan ini kelak.


1. Latar Belakang Syarikat & Model Perniagaan

Model perniagaan syarikat ini fokus kepada perkhidmatan bas rentas sempadan dan tempatan yang terbahagi kepada dua kategori utama:
- Perkhidmatan bas berjadual (merangkumi perjalanan rentas sempadan, antara bandar, dan dalam bandar)
- Perkhidmatan bas sewaan khas
Pasaran utama syarikat meliputi Lembah Klang, Melaka, Johor, dan Singapura, dengan ibu pejabat dan operasi utama terletak di Johor.
Syarikat ini menyasarkan pelbagai segmen pelanggan, termasuk orang awam, kerajaan, dan syarikat korporat, menunjukkan model perniagaan yang menyeluruh dan menyokong mobiliti di rantau ini.
Buat masa ini, HI Mobility beroperasi dengan 616 buah bas dan 53 daripadanya adalah bas berkuasa elektrik.
Terdapat beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai pengasas dan ketua pegawai eksekutif HI Mobility, iaitu:
- Pengasas Hi Mobility Berhad ialah Lim Han Weng.
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hi Mobility Berhad ialah Lim Chern Chuen.
Siapakah kedua-dua individu tersebut?
Encik Lim Han Weng merupakan pengasas kepada Yinson Holdings Berhad dan juga pengasas kepada Hi Mobility Berhad.
CEO Hi Mobility Berhad iaitu Encik Lim Chern Chuen pula adalah abang sulung kepada Encik Lim Chern Yuan CEO kepada Yinson.

Ini bermakna keluarga Lim menguruskan perniagaan pengangkutan darat & laut.
2. Tarikh-Tarikh Penting

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial
- IPO HI Mobility Berhad mula ditawarkan kepada pelabur awam bermula 7 Mac 2025 sehingga 19 Mac 2025, 5 petang.
- Cabutan undian bakal dibuat pada 21 Mac 2025 dan akan dikreditkan ke dalam akaun CDS pemohon yang berjaya pada 27 Mac 2025.
- HI Mobility Berhad bakal disenaraikan pada 28 Mac 2025.
3. Berapa Banyak Saham Akan Ditawarkan?
Selepas IPO ini, jumlah saham syarikat akan meningkat kepada 500 juta unit saham. Ini termasuk 95 juta saham baharu yang diterbitkan untuk IPO ini. Daripada jumlah ini, sebahagian saham akan diperuntukkan kepada pelabur runcit, pelabur institusi, serta pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.
4. Siapa Pemegang Saham Terbesar?
Selepas IPO, pemegang saham terbesar adalah pengasasnya sendiri iaitu Encik Lim Han Weng sebanyak 53.75%. Isteri beliau iaitu Puan Bah Kim Lian pula memegang sebanyak 6.48%.
Bumi Mampan, sebuah syarikat Bumiputera akan memiliki saham sebesar 13.77%. Bumi Mampan dimiliki oleh Dato Syed Naqiz Shahabuddin Bin Syed Abdul Jabbar dan encik Mohd Azmir Bin Rahmani.
Pelabur institusi akan memegang sebanyak 13.50% saham dalam HI Mobility.
5. Dana IPO Akan Digunakan Untuk Apa?

Syarikat yang baru disenaraikan ini merancang untuk menggunakan hasil kutipan sebanyak RM115.9 juta daripada IPO bagi memperkukuh operasi dan mempercepatkan peralihan ke mobiliti hijau.
Sebahagian besar dana RM70juta, 60.4% akan diperuntukkan kepada pengembangan serta elektrifikasi bas, mencerminkan komitmen terhadap kelestarian dan pengurangan jejak karbon.
Selain itu, RM15juta, 12.9% daripada dana akan digunakan untuk memperluaskan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV), manakala RM17.9juta, 15.4% akan disalurkan kepada modal kerja bagi memastikan kelancaran operasi harian. Syarikat juga akan melabur dalam peningkatan teknologi RM5juta, 4.4% untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Sejumlah RM8juta, 6.9% diperuntukkan bagi menampung yuran dan perbelanjaan berkaitan penyenaraian IPO.
6. Bagaimana Prestasi Kewangan HI Mobility Berhad?

HI Mobility Berhad menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh dengan pertumbuhan pesat dalam pendapatan, pemulihan keuntungan, dan kawalan kos yang baik. Dalam tempoh dari FYE 2022 hingga FPE 2025, syarikat ini mengalami perubahan ketara yang mencerminkan pengukuhan operasi dan strategi perniagaan yang berkesan.
Dari segi pendapatan (revenue), syarikat mencatat peningkatan drastik daripada RM31.5 juta pada FYE 2022 kepada RM204.3 juta dalam FPE 2025.
Selain itu, PAT margin menunjukkan pemulihan ketara. Pada FYE 2022, syarikat mengalami kerugian besar dengan margin -101.8%, namun berjaya bangkit dan mengekalkan keuntungan pada paras sekitar 16% selepas FYE 2023. Ini menunjukkan keupayaan syarikat untuk menguruskan kos dan meningkatkan kecekapan operasi bagi memastikan keuntungan yang stabil.
Walaupun kos operasi langsung meningkat seiring dengan pertumbuhan pendapatan – daripada RM36.2 juta (FYE 2022) kepada RM146.5 juta (FPE 2025) – syarikat masih berjaya mengekalkan margin kasar sekitar 28-30%. Ini membuktikan bahawa walaupun perbelanjaan bertambah, syarikat masih mampu mengurus kos dengan baik untuk mengekalkan keuntungan.
Secara keseluruhan, HI Mobility Berhad berada dalam trajektori pertumbuhan yang positif. Dengan peningkatan pendapatan, pemulihan keuntungan, dan pengurusan kos yang cekap, syarikat ini mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dalam industri pengangkutan bas.
Nisbah PE HI Mobility Berhad ialah kira-kira 18.4x.
7. Segmen Pendapatan

HI Mobility Berhad merupakan sebuah syarikat pengangkutan yang menjana pendapatannya daripada tiga segmen utama:
- Perkhidmatan bas berjadual
- Perkhidmatan bas sewa khas
- Lain-lain perkhidmatan seperti penyewaan ruang iklan dan penyelenggaraan bas.

Perkhidmatan Bas Berjadual: Penyumbang Utama Pendapatan
Segmen ini merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan syarikat, meningkat secara signifikan daripada RM23.6 juta pada FYE 2022 kepada RM191.8 juta dalam FPE 2025, mewakili 93.9% daripada jumlah keseluruhan pendapatan. Perkhidmatan bas berjadual terbahagi kepada tiga kategori utama:
- Bas rentas sempadan (cross-border) – Segmen ini berkembang pesat, daripada RM4.0 juta pada FYE 2022 kepada RM122.3 juta pada FPE 2025, menyumbang hampir 59.9% daripada jumlah pendapatan. Ini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan bas yang menghubungkan negara-negara jiran.
- Bas intrakota (intracity) – Segmen ini juga berkembang dengan ketara, dari RM19.6 juta pada FYE 2022 kepada RM66.3 juta dalam FPE 2025. Ini menunjukkan peningkatan penggunaan perkhidmatan bas dalam bandar, mungkin disebabkan oleh pertumbuhan populasi bandar dan peningkatan kesedaran terhadap pengangkutan awam.
- Bas antara bandar (intercity) – Walaupun masih menjadi segmen terkecil, ia mencatat pertumbuhan daripada RM37,000 pada FYE 2022 kepada RM3.1 juta dalam FPE 2025, menunjukkan peningkatan dalam perjalanan antara bandar yang menggunakan perkhidmatan syarikat ini.
Perkhidmatan Bas Sewa Khas: Penurunan Selepas Peningkatan Awal
Perkhidmatan bas sewa khas menyumbang sebahagian kecil daripada pendapatan syarikat. Ia meningkat daripada RM5.7 juta pada FYE 2022 kepada RM13.5 juta pada FYE 2024, tetapi mengalami sedikit penurunan kepada RM10.7 juta dalam FPE 2025. Penurunan ini mungkin disebabkan oleh perubahan dalam permintaan pelanggan atau peningkatan persaingan dalam segmen ini.
Pendapatan Lain-lain: Perkhidmatan Tambahan yang Semakin Mengecil
Kategori lain-lain, yang terdiri daripada perkhidmatan penyelenggaraan bas dan penyewaan ruang iklan, menunjukkan trend penurunan. Ia meningkat sedikit dari RM2.1 juta pada FYE 2022 ke RM3.5 juta pada FYE 2024, tetapi menjunam kepada RM1.7 juta dalam FPE 2025. Ini mungkin menunjukkan peralihan fokus syarikat kepada operasi utama mereka, iaitu perkhidmatan bas berjadual.
8. Strategi Perniagaan
HI Mobility Berhad merancang untuk mengembangkan perniagaan melalui tiga strategi utama:
- Menambah jumlah bas & mengembangkan fasiliti depoh
- Pengukuhan infrastruktur digital
- Pengembangan rangkaian geografi
9. Polisi Dividen HI Mobility Berhad

Menurut prospektus HI Mobility Berhad, buat masa ini syarikat tiada polisi dividen yang formal. Pembayaran dividen tertakluk kepada persetujuan ahli Lembaga pengarah syarikat. Namun berdasarkan rekod tahun-tahun sebelumnya, pihak syarikat pernah mengagihkan dividen kepada pemegang saham syarikat.
10. Status Syariah HI Mobility Berhad

Bagi pelabur Muslim, status patuh syariah sesebuah saham adalah faktor utama sebelum melabur. Berita baiknya, HI Mobility Berhad telah disahkan sebagai saham patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sekurang-kurangnya sehingga semakan seterusnya. Ini bermakna pelabur Muslim boleh melabur dalam IPO ini dengan yakin tanpa ragu-ragu mengenai kesahihan pelaburan dari segi prinsip Islam.
Kesimpulan
Dengan pengukuhan program seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, Hi Mobility menjangkakan peningkatan dalam perdagangan dan kerjasama rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.
Melalui pelbagai inisiatif serta insentif kerajaan, Hi Mobility optimis terhadap pertumbuhan perniagaan yang stabil dan berterusan pada masa hadapan.
Maybank Investment Bank Bhd ialah penasihat utama, ejen penempatan tunggal dan penaja jamin tunggal untuk IPO.
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout