Pelaburan dalam IPO memang sesuatu yang menarik. Bayangkan dapat membeli saham pada harga awal sebelum ia disenaraikan di Bursa Malaysia—banyak pelabur mencari peluang ini untuk mendapatkan keuntungan lebih awal.
Salah satu IPO yang bakal menarik perhatian pelabur ialah Lim Seong Hai Capital Berhad (LSH Capital). Syarikat ini sedang dalam proses berpindah dari LEAP Market ke ACE Market, memberikan lebih ramai pelabur runcit peluang untuk memiliki saham ini.
Tapi sebelum anda tergesa-gesa untuk memohon IPO ini, ada 10 perkara penting yang anda perlu tahu! Baca sampai habis supaya anda boleh buat keputusan yang lebih bijak.
1. IPO Ini Patuh Syariah – Sesuai Untuk Pelabur Muslim


Bagi pelabur Muslim, berita baiknya ialah LSH Capital telah disahkan sebagai saham patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini bermakna syarikat ini tidak terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan prinsip Islam seperti riba, perjudian, atau alkohol. Jadi, bagi mereka yang mencari pelaburan selamat dan halal, IPO ini boleh dimasukkan dalam senarai pertimbangan.
Pelabur perlu ambil perhatian terhadap beberapa tarikh utama berkaitan IPO ini.
- Permohonan IPO akan dibuka pada 28 Februari 2025.
- Permohonan ditutup pada 6 Mac 2025.
- Tarikh pengundian balloting akan dibuat pada 10 Mac 2025.
- Saham yang berjaya akan diperuntukkan kepada pemohon pada 19 Mac 2025.
- Saham akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 21 Mac 2025.
- Harga saham dibuka pada RM0.88 seunit
Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial
2. Siapa Sebenarnya Lim Seong Hai Capital Berhad?

LSH Capital bukanlah nama asing dalam industri pembinaan dan pembangunan hartanah. Ditubuhkan pada 1966, syarikat ini mempunyai tiga segmen utama dalam perniagaannya:
- Pembinaan & Kejuruteraan
- Produk pembinaan
- Pembangunan hartanah.
Selain menjalankan projek pembinaan, mereka juga membekalkan bahan binaan dan jentera pembinaan, menjadikan mereka syarikat yang lebih lengkap dalam industri ini.
Baru-baru ini, LSH Capital memperluaskan sayap ke dalam pembangunan hartanah selepas mengambil alih Astana Setia Sdn Bhd dan Lim Seong Hai Ventures Sdn Bhd. Ini menunjukkan syarikat sedang berkembang dengan agresif dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
3. Berapa Banyak Saham Akan Ditawarkan?

Selepas IPO ini, jumlah saham syarikat akan meningkat kepada 838 juta unit saham. Ini termasuk 132 juta saham baharu yang diterbitkan untuk IPO ini. Daripada jumlah ini, sebahagian saham akan diperuntukkan kepada pelabur runcit, pelabur institusi, serta pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.
IPO ini boleh dikategorikan sebagai IPO berskala sederhana ke besar, menunjukkan keyakinan syarikat terhadap pertumbuhan masa depan mereka.
4. Siapa Pemegang Saham Terbesar?

Sebelum IPO, pemegang saham utama ialah LSH Resources (76.94%), diikuti oleh individu utama seperti Tan Sri KC Lim, DLKG, Lim Pak Lian, dan Lim Keng Hun yang masing-masing memegang sekitar 4.16% saham.
Selepas IPO, LSH Resources masih memegang 64.65% saham, bermakna pemilik asal masih yakin dengan masa depan syarikat. Ini petanda baik kerana mereka tidak menjual saham dalam jumlah besar untuk keluar dari syarikat.
5. Bagaimana Prestasi Kewangan LSH Capital?

Dari segi kewangan, PAT Margin syarikat berada dalam julat 16.46% hingga 20.55% dalam tempoh tiga tahun terakhir, menunjukkan keuntungan yang stabil.
Dari segi current ratio, ia berada di sekitar 2.93, bermaksud syarikat mempunyai aset yang mencukupi untuk menampung liabiliti jangka pendek. Gearing ratio juga sangat rendah pada 0.08, menunjukkan syarikat tidak terlalu bergantung kepada hutang untuk beroperasi.
Secara keseluruhan, kewangan syarikat kelihatan kukuh dan stabil, satu faktor penting dalam menentukan sama ada IPO ini berbaloi atau tidak.
6. Ke Mana Perginya Duit IPO Ini?

Dana IPO sebanyak RM116.16 juta akan digunakan untuk beberapa perkara penting:
- RM108.86 juta (93.72%) akan digunakan untuk modal kerja dalam projek pembinaan dan hartanah.
- RM7.3 juta (6.28%) pula akan digunakan untuk perbelanjaan berkaitan dengan penyenaraian saham.
Ini bermakna hampir keseluruhan dana IPO ini akan digunakan untuk pengembangan perniagaan, bukan sekadar untuk perbelanjaan pentadbiran atau membayar hutang lama.
7. Polisi Dividen – Ada Ke Tidak?

LSH Capital telah menetapkan polisi dividen sebanyak 30% daripada keuntungan bersih, menjadikannya antara syarikat yang menawarkan pulangan tunai kepada pelabur. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka juga telah mengekalkan pembayaran dividen sekitar 30% secara konsisten.
Bagi pelabur yang sukakan dividen, IPO ini mempunyai potensi untuk memberikan pendapatan pasif yang menarik.
8. Perbandingan Dengan Pesaing – Kuat Atau Tidak?

Jika dibandingkan dengan pesaing dalam industri pembinaan seperti MGB Berhad, Kitacon, dan Gamuda, LSH Capital mempunyai margin keuntungan lebih tinggi berbanding beberapa pesaingnya.


Dari segi PE Ratio, syarikat ini berada pada 9.92x, lebih rendah daripada purata industri 16.47x. Ini menunjukkan IPO ini masih boleh dianggap murah berbanding syarikat lain dalam sektor yang sama.
9. Industri Pembinaan – Ada Harapan Atau Tidak?
Industri pembinaan Malaysia dijangka berkembang dengan pesat dalam tempoh lima tahun akan datang, didorong oleh projek-projek infrastruktur kerajaan dan pembangunan hartanah.
Walaupun sektor ini mengalami cabaran seperti kenaikan kos bahan binaan dan kekurangan tenaga kerja, permintaan untuk projek pembinaan masih kukuh. Dengan pengalaman dan reputasi LSH Capital dalam industri, mereka berada di kedudukan yang baik untuk mengambil peluang ini.
10. Market Share LSH Capital – Kecil Tapi Ada Potensi

Setakat ini, LSH Capital mempunyai pegangan pasaran (market share) sekitar 0.20% dalam industri pembinaan Malaysia, manakala dalam sektor produk pembinaan pula, pegangan pasaran mereka sekitar 0.09%.
Walaupun pegangan pasaran mereka masih kecil, syarikat sedang berkembang dengan agresif, terutamanya dalam sektor pembangunan hartanah selepas pengambil alihan syarikat baru.
Kesimpulan – Berbaloi Ke Nak Masuk IPO LSH Capital?
Secara keseluruhan, IPO ini sesuai untuk pelabur yang mencari saham pertumbuhan dalam sektor pembinaan dengan potensi dividen stabil. Namun, seperti biasa, pastikan anda buat kajian lanjut dan pertimbangkan risiko sebelum melabur!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.