Melakar Kejayaan Belum Pernah Dicapai
- Saranan BELI dikekalkan
- Harga sasar (TP) lebih tinggi mencecah RM3.08 daripada RM3
- Potensi kenaikan harga saham 30%
- Kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY25F.

- Profil Syarikat
KPJ Healthcare merupakan sebuah syarikat penyedia penjagaan kesihatan yang memberikan tumpuan operasi di Malaysia. Ia juga beroperasi di Australia dan di Indonesia.

Gambaran menyeluruh keputusan
KPJ melaporkan hasil tertinggi yang pernah ia catatkan, berjumlah RM1,051j pada 4Q24, iaitu kenaikan 15% YoY berikutan bilangan kunjungan pesakit yang kukuh dan komposisi kes pesakit yang lebih baik. Untung terasnya melambung naik 40% YoY kepada RM120j, dipacu oleh kecekapan operasi yang meningkat, dengan hospital-hospital yang sedang menunggu hasil dilihat merekodkan kerugian lebih kecil QoQ. Lembaga Pengarah mengumumkan DPS sementara 1.05 sen dan DPS khas 0.10 sen pada 4Q24, lalu DPS sepenuh tahunnya mencecah 4.3 sen (2023: 3.35 sen). Angka ini bermakna nisbah bayaran ialah 57% (berbanding 52% pada 2023).
Data perangkaan operasi
Bilangan kunjungan pesakit wad dan pesakit luar ke KPJ meningkat 2% dan 6% YoY kepada 779,865 dan 99,665, lantas membawa jumlah kunjungan pesakit kepada 879,530 (+3% YoY). Kadar penggunaan katilnya (BOR) menyusut sedikit kepada 69% daripada 72% pada 3Q24 kerana KPJ menambah 60 katil baharu, maka jumlah katil yang boleh digunakan ialah 3,847. Margin EBITDA teras pula menokok 4.3ppt QoQ kepada 27.5%, dengan kemungkinan dibantu oleh kecekapan operasi yang lebih baik daripada hospital yang sedang menunggu hasil.
Semakan perolehan dan prospek
EV/EBITDA untuk KPJ menaik semula ke paras 13-14x daripada paras rendah 12x sejak pihak Kerajaan mengusulkan pelaksanaan sistem klasifikasi pesakit berdasarkan diagnosis (DRG) pada akhir 2024. Walaupun ketidakpastian tentang langkah kawal selia yang timbul daripada mekanisme DRG ini mungkin menjejaskan sentimen pelabur dalam jangka terdekat, kami berpendapat bahawa minat mereka terhadap aset-aset penjagaan kesihatan yang berkualiti masih bertahan apabila melihat pada peralihan berstruktur dan berkekalan yang didorong oleh populasi menua.
Pada dasarnya, kami berpendapat pelaksanaan DRG masih memerlukan kajian dan libat urus yang meluas bersama pelbagai pemegang taruh atas sebab kerumitan dalam setiap prosedur perubatan dan kos-kos asasnya. Selepas keputusan diumumkan, kami tingkatkan anggaran perolehan FY25-26 10% dan 11% selepas menyemak intensiti hasil dan andaian bilangan pesakit. Melalui TP baharu kami, EV/EBITDA 2025F mencecah 15x, iaitu 2SD melepasi purata lima tahunnya pada 12x. Penilaian tinggi ini diberi berdasarkan pemulihan kukuh yang dicatat oleh kumpulan ini (margin masih berpeluang untuk menaik daripada hospital-hospital dalam tempoh tunggu hasil) dan juga peluang untuk KPJ meningkatkan harganya supaya setara dengan penyedia-penyedia penjagaan kesihatan mewah lain di Malaysia (harga sebuah katil RM1j berbanding RM1.3j/1.4j oleh pesaing-pesaing lain). Sementara itu, minat pelabur dalam sektor penjagaan kesihatan dijangka akan bertumbuh, seterusnya menyebabkan kenaikan nilai saham seiring dengan saham Sunway Healthcare Group yang bakal disenaraikan dalam pasaran awam pada awal tahun 2026 (secara tentatif).

Kesimpulan
Perolehan teras 2024 yang dicatat oleh KPJ Healthcare berkembang 10% YoY kepada RM312j, iaitu merangkumi 110% dan 100% daripada jangkaan kami dan konsensus. Keputusan dilihat lebih baik berbanding yang diramalkan dengan diperkukuh oleh bilangan kunjungan pesakit lebih tinggi dan pertambahan kapasiti katil (+204 YoY) dan juga penambahbaikan keumpilan operasi daripada hospital-hospital yang sedang menunggu hasil. Mengikut TP RM3.08 kami yang diperoleh menggunakan kaedah DCF, EV/EBITDA 2025F mencecah 16x, berbanding purata EV/EBITDA lima tahun sebanyak 12x.
- Faktor pemacu utama
- i. Bilangan pesakit wad dan pesakit luar;
- ii. Pendapatan yang dijana bagi setiap pesakit;
- iii. Kos operasi dan kos pembiayaan.
- Risiko utama
- i. Pertumbuhan kunjungan pesakit/intensiti
- pendapatan lebih rendah daripada jangkaan;
- ii. Kos operasi lebih mahal daripada jangkaan.
Penganalisis
Oong Chun Sung +603 2302 8126 ([email protected])
Baca laporan analisis penuh: KPJ Healthcare : Melakar Kejayaan Belum Pernah Dicapai; Kekal BELI (3 Mac 2025)
Laporan Sebelumnya: KPJ Healthcare : Melepasi Sempadan, Melakar Pencapaian Hasil Bersejarah (26 Nov 2024)
Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: KPJ Healthcare : Charts Unprecedented Success; Still BUY (3 Mac 2025)

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.