• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KPJ Healthcare Catat Keuntungan Bersih Tinggi RM353.81 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih KPJ Healthcare Meningkat Kepada RM22.19 Juta, Umum Dividen 0.25 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — KPJ Healthcare Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM353.81 juta pada 2024 berbanding RM263.40 juta pada 2023,  dipacu oleh keberkesanan strategi pengoptimuman kos dan kecekapan operasi serta pelaburan mengutamakan pesakit.

Selain itu, terdapat juga keuntungan bersih daripada pelupusan perniagaan penjagaan warga emas di Australia, yang direkodkan di bawah operasi yang dihentikan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Hasil mencecah RM3.92 bilion, berbanding RM3.42 bilion pada tahun sebelumnya, kata syarikat itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Kumpulan itu melabur sebanyak RM406 juta dalam perbelanjaan modal pada 2024, peningkatan 66 peratus daripada RM244 juta pada 2023.

Kadar penghunian katil pada 2024 ialah sebanyak 69 peratus berbanding 67 peratus pada 2023 manakala pesakit masuk wad berjumlah 388,101 berbanding 361,987 pada tahun sebelumnya. Lawatan pesakit luar tahun lepas berjumlah 3.00 juta berbanding 2.95 juta pada 2023.

“Pelaburan strategik ini menyokong pembangunan infrastruktur, transformasi digital dan penambahbaikan perkhidmatan di seluruh rangkaian KPJ, mengukuhkan daya tahan jangka panjang dan memajukan penyampaian penjagaan kesihatan,” kata syarikat itu.

Bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Dis, 2024, keuntungan bersih syarikat melonjak kepada RM120.51 juta berbanding RM73.39 juta yang dicatatkan bagi suku yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM1.05 bilion daripada RM911.45 juta sebelumnya.

Melangkah ke hadapan, KPJ kekal fokus terhadap pertumbuhan mampan dengan memanfaatkan teknologi, kerjasama strategik serta inovasi yang berpaksikan pesakit untuk meningkatkan pengalaman pesakit, memperluaskan pelancongan kesihatan dan mencipta nilai yang lebih besar kepada pemegang saham, kata Presiden dan Pengarah Urusannya Chin Keat Chyuan.

“Pengurusan kos kakitangan yang merupakan cabaran lazim dalam industri ini, kekal menjadi keutamaan kami pada 2025. Pada masa yang sama, kami akan melipatgandakan usaha kami dalam pengoptimuman kos dan kecekapan operasi.

“Kolaborasi kami bersama pemegang kepentingan utama, termasuk kerajaan dan rakan industri akan turut menjana nilai strategik. Tahun ini, kami memacu visi yang mendahulukan digital, dengan kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan penting dalam menambah baik pengalaman pesakit dan penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata walaupun masih di peringkat awal, transformasi ini merupakan satu keperluan ketika syarikat terus mendepani arus perubahan, kelestarian, inovasi dan kecemerlangan.

Ia akan kekal sebagai teras utama dalam memperkukuh komitmen syarikat untuk menawarkan yang terbaik kepada pesakit sambil membentuk masa depan industri penjagaan kesihatan, katanya.

— BERNAMA

Tags: Chin Keat ChyuanKeputusanKPJ Healthcarepenjagaan kesihatanteknologi digital
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In