fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO ES Sunlogy Berhad

in Asas Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO ES Sunlogy Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Prestasi Bursa Malaysia dengan penyenaraian IPO dijangka dapat mengekalkan prestasi kukuh, dengan sasar 60 tawaran awam permulaan (IPO), tahun ini. Pada tahun lepas, sebanyak 55 syarikat yang berjaya disenaraikan.

Baca: Bursa Malaysia sasar 60 IPO tahun ini

Untuk meneruskan legasi tersebut, ES Sunlogy Berhad juga bakal disenaraikan tidak lama lagi dengan kini dibuka untuk permohonan kepada pelabur yang berminat.

Berkaitan

Hartanah Kenyalang Dibuka Pada Harga 16 Sen Hari Ini, Sama Dengan Harga Tawaran IPO

Pan Merchant Sasar Kumpul RM67.6 Juta Menerusi IPO

Signature Alliance Group Naik 6 Sen Atau 9% Berbanding Harga IPO Pada Penyenaraian

Majlis pelancaran prospektus syarikat.

Berikut adalah 10 perkara penting yang anda perlu tahu sebelum memohon IPO ini:

1. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: CGSI eIPO

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International -> Klik Sini Untuk Tutorial

ES Sunlogy Berhad telah dibuka untuk permohonan bermula 27 Januari 2025 dan akan ditutup pada 5 Februari 2025. 

Undian bakal dilakukan pada 10 Februari 2025 bagi menentukan pemohon yang berjaya. Seterusnya, ES Sunlogy bakal disenaraikan bermula 20 Februari 2025.

2. Model Perniagaan

ES Sunlogy adalah penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrik (M&E), yang mengkhusus dalam kejuruteraan elektrik untuk sistem pengagihan bekalan elektrik, kejuruteraan mekanikal untuk perkhidmatan bangunan, serta penjanaan dan penjualan tenaga boleh diperbaharui.

ES Sunlogy mengkhusus dalam pelbagai perkhidmatan, termasuk sistem elektrik voltan tinggi dan rendah, sistem voltan rendah tambahan, kejuruteraan mekanikal untuk perkhidmatan bangunan, dan penjanaan tenaga solar melalui projek tenaga boleh diperbaharui berskala besar.

3. Jumlah Saham dan Harga IPO

IPO ini melibatkan penerbitan 140 juta saham baru dan tawaran jualan sebanyak 70 juta saham sedia ada. Penawaran awam dijangka akan mengutip hasil kasar sebanyak RM42 juta untuk tujuan pengembangan, manakala tawaran jualan bernilai RM21 juta akan disalurkan kepada pemegang saham yang menjual.

4. Pemilikan Saham Sebelum dan Selepas IPO

Berikut merupakan pemegang saham utama selepas penyenaraian.

  • Khor Chuan Meng iaitu Pengarah Urusan memegang sebanyak 21%,
  • Chu Kerd Yee iaitu Pengarah Eksekutif memegang sebanyak 21% dan
  • Datuk Keh Chuan Seng memegang 28%. 

Datuk Keh Chuan Seng merupakan pemegang saham terbesar Tex Cycle Technology (M) Bhd, Pengerusi Eksekutif K Seng Seng Corp Bhd dan Pengeluar kontrak untuk Ge-Shen Corp Bhd.

5. Prestasi Kewangan

Sumber: Prospektus

Mari kita lihat prestasi kewangan ES Sunlogy sepanjang tahun 2021 sehingga 2024. Pendapatan yang dijana ES Sunlogy naik mendadak sepanjang 4 tahun tersebut. Pada tahun 2021, ES Sunlogy hanya menjana RM54 juta, namun pada 2024 pendapatan yang dijana telah mencapai RM191 juta.

Keuntungan bersih sebelum cukai pula menunjukkan peningkatan uptrend dari RM383 ribu pada 2021 kepada RM13.5 juta pada 2024. Oleh sebab itu, margin keuntungan bersih selepas cukai yang berjaya direkodkan pada tahun 2024 mencapai 7.1%.

6. Perincian Pendapatan

Syarikat ini menjana semua pendapatannya hanya dalam negara untuk tahun kewangan berakhir 2021 hingga 2024.

Perincian pendapatan mengikut Segmen Perniagaan (FYE24) adalah seperti berikut:

  • Penyediaan perkhidmatan kejuruteraan M&E: 88.4%
  • Perdagangan komponen elektrik: 7.1%
  • Penjualan tenaga boleh diperbaharui: 4.5%

7. Penggunaan Dana IPO

Sumber: Prospektus

IPO ini bertujuan untuk meraih dana sebanyak RM42 juta.

Daripada RM42 juta tersebut,

  • sebahagian besar iaitu RM14.1 juta bakal digunakan bagi pembangunan dan pembinaan loji fotovolta suria berskala besar (LSSPV) Selarong di Kulim, Kedah, selaras dengan tumpuan syarikat terhadap tenaga boleh diperbaharui
  • RM14 juta lagi bakal digunakan untuk pembayaran balik pinjaman
  • RM9.18 juta bagi modal kerja am
  • RM720 ribu digunakan untuk pembelian sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) bagi meningkatkan kecekapan operasi
  • baki RM4 juta adalah untuk perbelanjaan IPO

8. Polisi Dividen

Sumber: Prospektus

Syarikat ES Sunlogy Berhad tidak mempunyai polisi dividen yang tetap. Sepanjang tahun 2021 sehingga 2024, ES Sunlogy juga tidak membayar sebarang dividen.

9. Analisis Persaingan

ES Sunlogy Berhad beroperasi dalam industri yang sangat kompetitif. Sebagai perbandingan, kita boleh melihat kepada PE dan juga margin keuntungan bersih selepas cukai. Antara pesaing utama adalah:

PeersPEPAT margin (%)
ES Sunlogy Berhad15.0x7.1
Cabnet Holdings Berhad23.08x1.8%
HE Group Berhad13.95x5.4%
Kinergy Advancement Berhad36.41x13.8%
LFE Corporation Berhad10.95x 13.3%

ES Sunlogy menunjukkan PE yang agak sederhana dan tidak terlalu tinggi menjadikannya boleh dianggap murah serta margin keuntungan selepas cukainya juga boleh dianggap lebih tinggi berbanding syarikat lain dalam industri sama.

Daripada perbandingan di atas, hanya LFE Corporation Berhad mempunyai nilai PE yang lebih rendah serta PAT margin yang lebih tinggi daripada ES Sunlogy Berhad, menjadikannya calon IPO yang menarik.

10. Status Syariah

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

Berdasarkan carian di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti, ES Sunlogy Berhad berstatus patuh syariah.

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaES SunlogyIPOsolar
Share269ShareSend

Related Posts

Hartanah Kenyalang Dibuka Pada Harga 16 Sen Hari Ini, Sama Dengan Harga Tawaran IPO
Asas Saham

Hartanah Kenyalang Dibuka Pada Harga 16 Sen Hari Ini, Sama Dengan Harga Tawaran IPO

1 week ago
Pan Merchant Sasar Kumpul RM67.6 Juta Menerusi IPO
Asas Saham

Pan Merchant Sasar Kumpul RM67.6 Juta Menerusi IPO

2 weeks ago
Signature Alliance Group Naik 6 Sen Atau 9% Berbanding Harga IPO Pada Penyenaraian
Asas Saham

Signature Alliance Group Naik 6 Sen Atau 9% Berbanding Harga IPO Pada Penyenaraian

2 weeks ago
ICT Zone Asia Diniagakan Mendatar Pada 20 Sen Di Pasaran ACE
Asas Saham

ICT Zone Asia Diniagakan Mendatar Pada 20 Sen Di Pasaran ACE

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In