fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Colform Group Berhad

in Asas Saham, Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Colform Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Sejak kebelakangan ini bermulanya tahun 2024, kita dapat perasan yang semakin banyak syarikat daripada Sabah yang pergi ke IPO.

Tahun lepas antaranya adalah:

  • KTI Landmark Berhad (Pemaju hartanah bersepadu yang berpangkalan di Sabah)
  • Life Water Berhad (syarikat yang mengeluarkan produk minuman dengan fokus tertumpu kepada di negeri Sabah)
  • Azam Jaya Berhad (pembinaan infrastruktur jalan raya utama Sabah)

Satu lagi syarikat bakal ditawarkan kepada pelabur awam pada pembuka tirai tahun ini iaitu Colform Group Berhad.

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

Colform Group Berhad (Colform) merupakan sebuah syarikat pakar keluli dan bahan binaan yang mapan di Malaysia Timur. 

1. Model Perniagaan Syarikat

Sumber: Prospektus

Aktiviti perniagaan utama Colform adalah: 

  • Pembuatan produk keluli hiliran dan pemprosesan gegelung keluli
  • Perdagangan produk keluli hiliran lain dan bahan binaan
  • Penyediaan perkhidmatan pembekalan dan pemasangan serta perkhidmatan pengurusan projek untuk projek pembinaan

Pada masa ini, Colform beroperasi di dua lokasi di Sabah melalui kilang utamanya di Kota Kinabalu serta kilang di Sandakan. 

Pelanggan atau kliennya terdiri daripada kontraktor, pemaju hartanah, stokis bahan binaan, kedai hardware, pengilang keluli hiliran yang lain, serta pelanggan yang datang terus ke kedai.

2. Tarikh-Tarikh Penting

Colform Group Berhad telah dibuka untuk permohonan bermula 15 Januari 2025 dan akan ditutup pada 23 Januari 2025. 

Undian bakal dilakukan pada 27 Januari 2025 bagi menentukan pemohon yang berjaya. Seterusnya, Colform bakal disenaraikan bermula 10 Februari 2025.

3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan

IPO itu membabitkan penerbitan 114.424 juta saham biasa baharu (saham terbitan), mewakili 19.07% daripada modal saham terbitan Colform yang diperbesarkan, dan tawaran untuk jualan sebanyak 54 juta saham biasa (saham tawaran), mewakili 9% daripada terbitan yang diperbesarkan modal saham semasa penyenaraian kumpulan.

Sebanyak 30 juta saham terbitan, mewakili 5% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan, akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia melalui pengundian.

Enam juta saham terbitan, mewakili 1% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan, akan dikhaskan untuk pengarah, pekerja dan penyumbang kejayaan kumpulan.

Manakala bakinya diperuntukkan kepada pelabur terpilih dan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui penempatan persendirian.

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, boleh mohon IPO terus melalui CGSI eIPO.
Pastikan ikut langkah ini untuk buka akaun dengan CGS International: Klik Sini Untuk Tutorial

4. Kegunaan Dana IPO

Sumber: Prospektus

Colform menyasarkan untuk mengumpul modal sebanyak RM41.19 juta.

  • Sebahagian besar daripada dana IPO tersebut iaitu RM18.09 juta akan digunakan untuk modal kerja
  • RM9 juta untuk mewujudkan barisan pengeluaran salutan gegelung warna di kilangnya
  • RM 5.1 juta untuk pengembangan perniagaan di Semenanjung Malaysia
  • Manakala RM4.5 juta membina kemudahan penyimpanan baharu di lokasi sama dan jumlah sama untuk perbelanjaan penyenaraian.

5. Pendapatan Terkini Syarikat

Sumber: Prospektus

Pendapatan yang dijana pada tahun 2023 adalah direkodkan sebanyak RM92.53 juta. Daripada jumlah tersebut, RM7.58 juta adalah baki keuntungan bersih selepas ditolak cukai.

Margin keuntungan selepas cukai direkodkan sebanyak 13.76%.  Secara keseluruhannya, prestasi kewangan tahun 2023 adalah lebih baik daripada tahun 2022, tetapi kurang baik jika dibandingkan dengan tahun 2021.

6. Segmen Pendapatan

Sumber: Prospektus

Berdasarkan jadual pendapatan segmen syarikat Colform Group Berhad, berikut ialah ringkasan:

  1. Penyumbang Utama Pendapatan:
  • Pembuatan produk keluli hiliran dan pemprosesan gegelung keluli kekal sebagai penyumbang terbesar.
  • Sumbangan:
  • FYE 2021: 88.59%
  • FYE 2022: 84.02%
  • FYE 2023: 72.73%
  • FPE 2024: 55.93%
  1. Segmen Lain:
  • Perdagangan produk keluli hiliran dan bahan binaan:
  • Peningkatan dalam FYE 2023 (23.67%) dan FPE 2024 (30.67%).
  • Perkhidmatan bekalan, pemasangan, dan pengurusan projek untuk pembinaan:
  • Sumbangan kecil tetapi bertambah kepada 13.40% pada FPE 2024.
  1. Perubahan Pendapatan:
  • Pendapatan keseluruhan meningkat dari FYE 2022 ke FYE 2023, tetapi menurun dalam FPE 2024.
  • Penurunan utama disebabkan oleh segmen pembuatan keluli hiliran.

Pendekatan pendapatan jelas menunjukkan peralihan dari kebergantungan dominan kepada pembuatan keluli hiliran ke pelbagai segmen lain seperti perdagangan dan perkhidmatan projek.

7. Kekuatan Kompetitif

  • Menawarkan pelbagai jenis produk keluli kepada pelanggan dalam industri pembinaan
  • Berpengalaman 20 tahun dalam dalam industri keluli
  • Memperoleh ISO 9001 QMS dan sentiasa menekankan kualiti produk 
  • Memiliki pihak pengurusan yang berpengalaman lebih dari 21 tahun

8. Strategi & Pelan Perniagaan

Colform mempunyai perancangan untuk meneroka peluang di Semenanjung Malaysia dengan membina kilang di Klang,Selangor. Ini akan membolehkan mereka mengembangkan pangkalan pelanggan mereka untuk juga merangkumi pelanggan di Semenanjung Malaysia.

Selain itu, Kami berhasrat untuk menghasilkan gegelung warna secara dalaman dengan memasang barisan pengeluaran salutan gegelung warna di kemudahan di Kota Kinabalu.

Colform juga merancang untuk membina kemudahan penyimpanan baharu di kilang Kota Kinabalu yang mempunyai keluasan sekitar 40 ribu kaki persegi. 

Terakhir, Colform juga melabur dalam sistem perancangan sumber Perusahaan (ERP) yang canggih untuk mempermudahkan operasi di seluruh lokasi.

9. Polisi Dividen Syarikat

Sumber: Prospektus

Menurut pihak syarikat, mereka tidak mempunyai polisi dividen yang formal dan sebarang pengagihan dividen akan tertakluk kepada persetujuan Lembaga Pengarah. Sebelum ini, dividen telah diagihkan sejak tahun 2021 sehingga 2023 manakala untuk tahun 2024 pula belum ada data lagi memandangkan penyata kewangan belum lagi diaudit.

10. Status Syariah

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Berdasarkan laman sesawang SC, Colform Group Berhad berstatus patuh syariah. 

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaColform Group BhdIPO
Share232ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

1 hour ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Unit Uzma Peroleh Kontrak RM40 Juta Daripada Sarawak Shell
Saham

Unit Uzma Raih Kontrak Di perairan Malaysia Timur Daripada Petronas Carigali

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In