fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Top 5 Prestasi IPO Bursa Malaysia Untuk Tahun 2024

in Asas Saham, Market Update
A A
Top 5 Prestasi IPO Bursa Malaysia Untuk Tahun 2024
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

Tahun 2024 menyaksikan tahun yang meriah dengan penyenaraian IPO dan ini merupakan satu petanda positif kepada Bursa Malaysia dan pasaran saham tempatan. 

Baca: Bursa Malaysia capai 55 IPO, tertinggi dalam masa 19 tahun

Semakin banyak syarikat yang semakin terbuka untuk disenaraikan. Sekiranya syarikat disenaraikan di Bursa saham, ia akan meningkatkan profil mereka di mata orang awam dan klien serta pelanggannya.

Nak tahu 5 IPO paling cemerlang pada tahun 2024 di Bursa Malaysia?

Berikut merupakan kupasan top 5 prestasi IPO di Bursa Malaysia pada tahun 2024. Untuk pengetahuan anda, IPO di Leap Market dikecualikan dari senarai ini.

1. UUE Holdings Berhad

UUE merupakan sebuah syarikat penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah.

UUE Holdings Berhad muncul sebagai IPO terbaik bagi musim 2024. Pelabur yang memiliki IPO ini mencatatkan keuntungan tidak kiralah menjualnya pada hari pertama mahupun memegangnya sehingga hujung tahun.

Pada penutup hari pertama, UUE mencatatkan kenaikan 189.58% dari harga IPO dan penutup 2024 pula menyaksikan UUE mencatatkan kenaikan 260.42%.

2. Go Hub Capital Berhad

IPO kedua paling untung pada tahun 2024 adalah Go Hub Capital Berhad. Harga IPO Go Hub adalah RM0.350 dan ditutup pada RM1.22 pada 31 Disember 2024 membolehkannya naik 248.57%.

IPO ini mencatatkan kadar terlebih langgan sebanyak 78.7 kali bagi saham tawaran awam permulaan (IPO) yang ditawarkan kepada orang ramai Malaysia.

3. Master Tec Group Berhad

Master Tec merupakan satu-satunya IPO yang ditutup rendah dari harga IPO pada hari pertamanya. Pada hari pertama, Master Tec susut 7.69%. Walaubagaimanapun, selepas itu Master Tec terus membuat kenaikan sehingga ditutup 212.82% lebih tinggi pada penutup tirai 2024. Ini menunjukkan bahawa meskipun ada IPO yang turun pada hari pertama, pelabur tidak perlu panik.

4. KJTS Group Berhad

Di tempat keempat pula adalah KJTS Group Berhad, mencatatkan kenaikan sebanyak 207.41%. Meskipun, kadar terlebih langgan IPO ini tidaklah setinggi IPO lain iaitu hanya 31.28 kali namun KJTS tetap berjaya dibuka tinggi serta mencatatkan keuntungan pada penutupan hari pertama.

Seterusnya, KJTS terus kekal tinggi sehingga hujung tahun.

5. Steel Hawk Berhad

Harga IPO Steel Hawk Berhad antara yang terendah bagi tahun 2024 iaitu RM0.15 seunit. Namun, ia tidak membuatkan pelabur gerun dengan harga IPOnya yang rendah. Pembekal perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (O&G) itu, mencatatkan kadar terlebih langgan sebanyak 276.83 kali bagi saham tawaran awam permulaan (IPO) yang ditawarkan kepada orang ramai Malaysia.

Steel Hawk ditutup pada harga RM0.345, +130% pada hari pertama didagangkan. Manakala sepanjang tahun 2024 pula, menyaksikan Steel Hawk naik 203.33%.

Kesemua saham di atas adalah patuh syariah.

Tahun 2025 dijangka bakal meneruskan kemeriahan penyenaraian IPO. Bulan Januari 2025 sahaja kita bakal disajikan dengan beberapa IPO untuk dipohon. Pastikan dahulu anda mempunyai akaun CDS yang aktif sebelum memohon IPO tersebut.

Semoga tahun 2025 ini, para pembaca setia kami terus membuat keuntungan daripada IPO.

Bagi yang mempunyai akaun CDS dengan CGS International, anda juga boleh mohon IPO melalui laman web CGSI eIPO. Jika tiada akaun, boleh daftar dan buka akaun dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.

Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.

Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Klik & Buka Akaun Secara Online

Nak tutorial, boleh klik sini.

Tags: Bursa MalaysiaGo HubIPOSteel Hawkuue holdings
Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

20 hours ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In