Dividen adalah antara sebab utama ramai pelabur memilih untuk melabur dalam saham. Bayangkan, anda bukan sahaja dapat menikmati keuntungan apabila harga saham naik, tetapi juga mendapat “duit poket” setiap tahun dalam bentuk dividen. Dividen ini umpama bonus yang dikongsi oleh syarikat kepada pemegang saham hasil daripada keuntungan mereka. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa saham Bursa Malaysia yang menawarkan dividen lebih 5% pada tahun 2024. Jom kita lihat!
Apa Itu Dividend Yield?
Sebelum kita menyelami senarai saham, penting untuk faham apa itu Dividend Yield (DY). Secara mudah, Dividend Yield adalah peratusan pulangan dividen tahunan berbanding harga saham semasa. Formula mudahnya:
Dividend Yield (%) = (Dividen Tahunan ÷ Harga Saham Semasa) x 100
Sebagai contoh, jika sebuah syarikat membayar dividen RM0.20 setiap saham dan harga sahamnya RM2.00, Dividend Yield ialah 10%. Lagi tinggi Dividend Yield, lagi lumayan pulangannya untuk anda.
Senarai Saham Dividen Tinggi 2024
Berikut adalah lima saham dengan Dividend Yield melebihi 5% untuk tahun 2024:
1) Kerjaya Prospek Group Berhad
Kerjaya Prospek adalah syarikat yang terlibat dalam pembinaan dan pembangunan hartanah. Dengan projek mega yang berterusan di Lembah Klang, mereka konsisten memberikan dividen kepada pemegang saham. Dengan harga saham semasa sekitar RM2.18, Dividend Yield syarikat ini adalah sebanyak 5.5%, menjadikannya pilihan menarik bagi pelabur yang mahukan pendapatan pasif.
2) BIMB Holdings Berhad
BIMB Holdings adalah syarikat induk kepada Bank Islam Malaysia. Dengan tumpuan kepada perbankan patuh syariah, BIMB terus menunjukkan prestasi kukuh. Dengan harga saham sekitar RM2.45, Dividend Yield BIMB adalah sebanyak 6.86%, antara yang tertinggi dalam sektor perbankan.
3) Petra Energy Berhad
Petra Energy terlibat dalam industri minyak dan gas, menyediakan perkhidmatan kepada syarikat minyak utama seperti Petronas. Dengan harga saham semasa sekitar RM1.30, Dividend Yield Petra Energy adalah sebanyak 8.46%. Dengan harga minyak dunia yang stabil, Petra Energy berjaya mengekalkan pembayaran dividen tinggi kepada pemegang saham.
4) Sarawak Plantation Berhad
Sarawak Plantation adalah pemain utama dalam industri minyak sawit. Keuntungan yang stabil daripada eksport minyak sawit membolehkan syarikat ini memberikan dividen yang menarik. Dengan harga saham semasa sekitar RM2.29, Dividend Yield syarikat ini hampir 8.73%, menjadikannya sesuai untuk pelabur jangka panjang.
5) Bonia Corporation Berhad
Bonia, jenama terkenal dalam fesyen dan aksesori, terus menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh walaupun dalam pasaran yang mencabar. Dengan harga saham semasa sekitar RM1.37, Dividend YieldBonia melebihi 10.22%, menjadikannya salah satu saham yang harus dipertimbangkan jika anda ingin memaksimumkan pulangan dividen.
Kenapa Pelaburan Dividen?
Melabur dalam saham yang memberikan dividen tinggi adalah strategi bijak, terutama bagi mereka yang merancang untuk persaraan. Dividen ini boleh menjadi sumber pendapatan pasif yang berterusan, membolehkan anda menampung kos hidup tanpa perlu menjual saham anda. Bak kata Tun Daim, “Pelaburan saham bukan kasino.” Oleh itu, pilih saham berkualiti dan fokus pada pulangan jangka panjang.
Akhir Kata
Pelaburan saham boleh dijadikan pelan ketika bersara, bukan untuk spekulasi jangka pendek semata-mata. Pastikan anda membuat kajian mendalam sebelum melabur. Pilih syarikat yang kukuh dan konsisten membayar dividen. Dengan strategi yang betul, anda boleh menikmati pendapatan pasif dan membina kekayaan dengan selamat.
Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda mahu memulakan perjalanan pelaburan, pertimbangkan saham-saham ini. Semoga artikel ini membantu anda membuat keputusan yang lebih baik. Selamat melabur!
Jom buka akaun Trading patuh syariah dengan CGS International secara online dan mudah! Klik Sini Untuk Tutorial
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!
Nak buka akaun dengan Webull? Dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam.
Webull adalah antara platform pelaburan digital yang popular dalam kalangan pelabur. Webull menawarkan kos brokeraj percuma untuk 180 hari pertama dan selepas itu kos brokeraj mereka masih antara terendah di pasaran.
Ramai suka guna Webull sebab ada paparan interface yang menarik, ada 17 alat charting tools dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal.
Hati-hati, kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa. Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk 90 hari pertama.
Nak tutorial, boleh klik sini.