Jika anda sedang mempertimbangkan untuk melabur dalam IPO Winstar Capital Berhad, berikut adalah 10 perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membuat keputusan.
Winstar bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd. Sedikit sejarah mengenai Winstar. Sejarah Winstar bermula pada 15 Januari 2002 apabila Chua Nyok Chong dan isterinya, Phua Bing Ing, menubuhkan Winstar Aluminium untuk memulakan perniagaan pembuatan, pemprosesan, dan penjualan produk aluminium.
Baca juga: Mohon IPO Melalui Broker CGS (Dulu Dikenali CGS-CIMB) Jom Ikut Tutorial Ini
1. Model Perniagaan Syarikat
Winstar adalah sebuah syarikat pemegangan pelaburan, manakala anak-anak syarikatnya terlibat secara utama dalam bidang berikut:
- (i) penyemperitan (extrusion) profil aluminium dan pembuatan tangga aluminium;
- (ii) perdagangan dan pengedaran bahan binaan; dan
- (iii) perkhidmatan pemasangan sistem solar PV
Winstar mempunyai sejarah operasi selama lebih 20 tahun dalam pasaran penyemperitan aluminium di Malaysia sejak memulakan operasi perniagaan pada tahun 2002. Winstar terlibat dalam segmen midstream dan juga downstream.

Untuk pengetahuan anda, senarai di bawah merupakan Top 5 pembekal kepada produk dan perkhidmatan kepada Winstar. Seperti yang dapat dilihat, Formosa merupakan pembekal terbesar dengan merangkumi 49.70% daripada keseluruhan pembelian Winstar dan yang paling penting adalah Winstar mempunyai hubungan perniagaan selama 20 tahun dengan Formosa.

Siapa pula Formosa ini?

Formosa Shyen Horng Metal Sdn Bhd (“Formosa”) adalah anak syarikat milik penuh A-Rank Berhad. Formosa terlibat secara utama dalam pembuatan dan pemasaran billet aluminium. Formosa merupakan kilang peleburan semula aluminium terbesar dan pembekal billet aluminium sekunder di Malaysia serta salah satu pembekal utama billet penyemperitan aluminium sekunder di Asia.
A-Rank Berhad pula merupakan salah satu syarikat yang sudah tersenarai di Bursa Malaysia.
2. Tarikh-Tarikh Penting
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi IPO ini. Jangan terlepas IPO ini kerana permohonan ditutup pada 3 Disember 2024 tepat jam 5 petang. Sempat lagi menimbang sama ada hendak mohon ataupun tidak.
Cabutan undian dibuat pada 6 Disember 2024 dan bakal disenaraikan pada 19 Disember 2024.
3. Jumlah Dagangan Saham Yang Bakal Diapungkan
IPO tersebut akan melibatkan penawaran sebanyak 73.95 juta saham biasa, merangkumi terbitan awam sebanyak 56.55 juta saham baharu serta penjualan 17.40 juta saham sedia ada.
Jumlah ini mewakili 25.5 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan kepada 290 juta saham biasa.
Daripada 56.55 juta saham baharu, sebanyak 14.50 juta saham akan dibuka untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, manakala 15.95 juta saham akan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja, dan penyumbang yang layak atas kejayaan kumpulan tersebut.
Baki 26.10 juta saham baharu pula akan ditawarkan melalui tawaran persendirian kepada pelabur yang terpilih.
4. Kegunaan Dana IPO

IPO ini bakal meraih dana sebanyak RM19.79 juta. Bagaimana Winstar bakal menggunakan dana IPO tersebut kelak?
Syarikat itu menyatakan bahawa daripada hasil tersebut, RM9.55 juta (48.25%) akan digunakan untuk membeli mesin dan peralatan penekan penyemperitan aluminium baharu, RM6.24 juta (31.54%) diperuntukkan untuk keperluan modal kerja, dan RM4.0 juta (20.21%) disediakan untuk perbelanjaan penyenaraian.
5. Pendapatan Terkini Syarikat

Winstar Capital Berhad menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh untuk tempoh tiga tahun terkini. Pendapatan syarikat meningkat dengan ketara untuk tiga tahun berturut-turut. Seperti yang boleh dilihat di atas pendapatan, keuntungan selepas cukai serta margin keuntungan selepas cukai terus meningkat setiap tahun.
Ia memberi petanda positif bahawa syarikat terus berkembang setiap tahun.
6. Segmen Pendapatan
Untuk pengetahuan anda, pendapatan Winstar kesemuanya dijana dari Malaysia.

Segmen pendapatan dipecahkan kepada perniagaan teras dan bukan teras.
Aktiviti di bawah segmen perniagaan teras adalah pengekstruksian aluminium dan perdagangan dan pengedaran bahan binaan. Aktiviti di bawah segmen perniagaan bukan teras pula adalah servis pemasangan sistem Solar PV.
Untuk tiga tahun berturut-turut, pengekstruksian aluminium merupakan aktiviti yang menjana pendapatan terbesar bagi syarikat ini dan diikuti oleh perdagangan dan pengedaran bahan binaan.
Servis pemasangan sistem solar PV hanya mula menjana pendapatan kepada Winstar pada tahun 2023 iaitu hanya sebanyak RM1.1 juta atau 0.72% daripada keseluruhan jumlah pendapatan.

Seperti yang diterangkan di atas tadi, kesemua pendapatan hanya dijana dari perniagaan dalam Malaysia. Majoriti pendapatan pula dihasilkan daripada Semenanjung Malaysia dan hanya sebahagian kecil datangnya dari negeri timur Malaysia (Sabah & Sarawak).
7. Kekuatan Kompetitif
- Mempunyai rekod prestasi dan reputasi yang kukuh lebih 20 tahun dalam pasaran ekstrusi aluminium
- Mempunyai kemudahan pembuatan yang komprehensif
- Menawarkan pelbagai jenis produk
8. Strategi & Pelan Perniagaan
Antara strategi dan pelan masa hadapan Winstar adalah seperti berikut.
Winstar merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya dengan membina fasiliti pengeluaran yang baru. Kemudahan Lot 903 dengan keluasan binaan kira-kira 80,000 kaki persegi dijangka menempatkan empat barisan penyemperitan aluminium serta ruang penyimpanan tambahan.
Di samping itu, selaras dengan strategi perniagaan syarikat untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran, Winstar turut bercadang untuk membeli empat lagi barisan penyemperitan aluminium dengan kapasiti gabungan sebanyak 8,580 tan yang akan dipasang di Kemudahan Lot 903 untuk meningkatkan kapasiti penyemperitan aluminium.
Seterusnya, Winstar juga berhasrat untuk meningkatkan tumpuan pada pembuatan struktur pemasangan aluminium dan memperluaskan aktiviti pembuatan untuk merangkumi aksesori aluminium berkaitan solar PV yang lain.
9. Polisi Dividen Syarikat

Berdasarkan prospektus, Winstar menyasarkan untuk mengagihkan dividen daripada 30% keuntungan selepas cukai.
Untuk tahun 2022, nisbah pembayaran dividen yang diagihkan Winstar kepada pemegang sahamnya adalah 38%.
Pada tahun 2023, tiada dividen yang dibayar kepada pemegang saham.
Status Syariah

Tanpa perlu ragu-ragu, IPO ini telah disahkan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Malaysia.
Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.
Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam!

Kebanyakan pelabur risau dengan status deposit ke bank tidak patuh syariah apabila membuka akaun dengan broker antarabangsa.
Oleh itu, kini Webull telah menyediakan pilihan perbankan Islam untuk pelanggan Muslim.
Deposit ini akan memudahkan pelabur Muslim dan mengelakkan dari unsur faedah yang tidak patuh syariah. Anda juga boleh melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia dengan aplikasi platform Webull.
Nikmati bonus berikut:
✅ RM300 saham percuma dari pasaran US (NVDA/AAPL/GOOGL/LULU/IBIT) 🎁
✅ Pilihan deposit ke perbankan Islam (patuh syariah)
✅ 0% yuran komisen untuk pasaran US & MY bagi 90 hari pertama.
✅ Deposit RM500 dan dapat RM25x 2 Trading Vouchers!

Nak tutorial, boleh klik sini.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!