• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, November 27, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Perbandingan Trading Platform Global di Malaysia

in Saham Global
A A
Perbandingan Trading Platform Global di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pasaran saham tempatan dan global kini semakin mudah diakses oleh semua pelabur. Jika dahulu tidak banyak broker yang menawarkan pelaburan global namun kini hampir semua broker yang berlesen di Malaysia menawarkan akses untuk melabur di pasaran global.

Selain daripada broker dan bank pelaburan yang telah lama bertapak di Malaysia, kita juga dapat melihat semakin banyak broker luar negara yang mula masuk ke Malaysia akhir-akhir ini contohnya seperti Moomoo dan Webull. 

Artikel ini akan berkongsi perbandingan beberapa trading platform terpilih yang menawarkan akses untuk melabur di pasaran global dari Malaysia.

Berkaitan

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

Adakah semua broker ini berlesen di Malaysia?

Semua broker yang tertera dalam artikel ini merupakan broker berlesen yang sah.

Semak di sini: Public Register of Licence Holders and Registered Persons

Status Syariah

Bagaimana pula dengan status syariah broker itu sendiri?

Berdasarkan senarai yang boleh didapati di laman sesawang Bursa Malaysia, terdapat 16 broker patuh syariah di Malaysia. Berikut merupakan senarainya.

Sumber: Bursa Malaysia

Perbandingan Trading Platform Global di Malaysia

1. CGS International (CGSI)

Kelebihan Features:

Salah satu kelebihan utama trading platform CGSI adalah dengan satu log masuk, pelabur mempunyai akses ke 10 pasaran saham global contohnya seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Anda tak perlu susah payah untuk memuat turun lebih dari satu aplikasi atau log masuk ke dalam dua platform berbeza untuk mengakses pasaran tempatan dan global.

Selain itu, kita sebagai pelabur juga dapat mengetahui status syariah mana-mana saham global tersebut dan ini memudahkan kita untuk membuat keputusan.

Sebelum itu, baca juga: Buka Akaun Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Caj Brokeraj:

Sumber: CGSI

Caj brokeraj yang dikenakan untuk pasaran Amerika Syarikat, Singapura dan Hong Kong adalah seperti di atas. Anda boleh hubungi Dealer / Remiser anda untuk kadar brokeraj bagi pasaran lain.

Status Syariah Saham:

Sumber: CGSI

Untuk pengetahuan anda, Refinitiv Eikon (dahulunya dikenali sebagai Thomson Reuters Financial & Risk) merupakan penyedia saringan syariah untuk CGS International. Saham-saham global disaring setiap bulan. Saham global yang dikategorikan syariah mempunyai simbol ‘SYR’ di bahagian kategori.

2. Webull Malaysia

Kelebihan Features:

  • Boleh beli pecahan saham (fractional shares) di Amerika Syarikat.
  • Akses berdagang 24 jam. Ini bermakna pelabur boleh beli & jual selepas waktu dagangan.
  • Akses untuk melabur di pasaran Malaysia dan Amerika Syarikat.
  • TERKINI! Pengguna ada pilihan untuk deposit duit ke akaun Islamik atau akaun bank konvensional. Jadi pengguna Muslim ada pilihan untuk tidak terlibat dengan faedah dari bank konvensional.

Selain itu, satu perkara menarik yang dapat dilihat pada Webull adalah terdapat video-video menarik berkaitan dengan ilmu pelaburan disediakan. Daripada video cara membuka akaun sehingga video cara meletakkan order, video-video ini sememangnya dapat membantu pelabur baru untuk menggunakan platformnya.

Caj:

Sumber: Webull

Kadar brokeraj Webull agak berdaya saing dalam industri dengan tiada / 0 caj brokeraj dikenakan untuk 180 hari pertama (tertakluk kepada terma & syarat). Selepas 180 hari, kadar brokeraj yang dikenakan adalah 0.05% daripada jumlah harga saham atau minimum serendah USD0.99.

Selain kadar brokeraj, sudah tentu terdapat caj lain yang dikenakan seperti setem duti yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan fi lain yang dikenakan oleh badan dari Amerika Syarikat. Boleh rujuk gambar di atas untuk caj yang lain-lain.

Status Syariah:

Sumber: Webull

Webull Malaysia telah bekerjasama dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory yang mana Elzar akan menyediakan perkhidmatan pelaburan syariah Amerika Syarikat kepada pelabur di Malaysia. Dengan kerjasama strategik tersebut, pelabur dapat mengenal pasti status syariah saham Amerika Syarikat dalam aplikasi Webull.

Ikon bulan berwarna ungu menandakan saham tersebut adalah patuh syariah. 

3. Moomoo Malaysia

Kelebihan Features:

  • Setakat ini, Moomoo hanya menawarkan akses untuk melabur di pasaran Malaysia, Amerika Syarikat dan Singapura.
  • Khidmat pelanggan dibuka 24 jam
  • Mempunyai banyak artikel sebagai pembelajaran
  • Boleh saring saham syariah
  • Metrik kewangan dalam satu halaman
  • Kemampuan menjejaki saham yang dipegang institusi terkemuka dunia seperti The Vanguard, Blackrock, Norges Bank, JP Morgan dan banyak lagi
  • Kemampuan menjejaki rating yang diberi oleh penganalisa
  • Aplikasi yang sangat mesra pelanggan
  • Boleh mohon IPO dengan percuma

Sumber: Moomoo

Caj:

Kehadiran broker luar seperti Moomoo memberikan daya saing yang kuat dari sudut kadar brokeraj yang dikenakan. Tiada kadar brokeraj yang dikenakan bagi 180 hari pertama (tertakluk kepada terma & syarat), namun masih ada fi lain yang dikenakan pada kadar yang sangat rendah.

Setelah 180 hari, kadar brokeraj yang dikenakan adalah minimum 0.03% daripada jumlah transaksi.

Sumber: Moomoo

Untuk pengetahuan anda juga, permohonan IPO melalui Moomoo adalah percuma! Oleh itu, anda tidak perlu risau dikenakan caj setiap kali memohon IPO. Kami faham ramai yang kesal kerana asyik mohon IPO dan tidak berjaya mendapat IPO tersebut tetapi tetap dikenakan caj RM1- RM2 setiap kali permohonan.

Promosi berlangsung sekarang sehingga diberitahu kelak.

Status Saham Syariah:

Anda akan dapati sangat mudah untuk menyaring saham global patuh syariah di aplikasi Moomoo. Selepas login hanya klik pada ‘Shariah’, senarai saham patuh syariah akan terpapar untuk anda.

Namun, buat masa ini akaun bersama Moomoo juga masih belum patuh syariah.

4. M+ Global

Kelebihan Features:

  • Melabur di pasaran Malaysia, Amerika Syarikat dan Hong Kong dengan mata wang Ringgit Malaysia.
  • Khidmat pelanggan ‘Live Chat’ dibuka dari Isnin 8:30 pagi hingga – Sabtu 5 pagi.
  • Mempunyai banyak artikel sebagai pembelajaran
  • Boleh saring saham syariah
  • Boleh mohon IPO Malaysia dan IPO Hong Kong secara terus dari aplikasi

Caj:

Kadar brokeraj yang dikenakan adalah serendah 0.10% daripada jumlah transaksi, atau minimum AS$3.00.

Terdapat juga caj lain yang dikenakan seperti setem duti yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan fi lain yang dikenakan oleh badan dari Amerika Syarikat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk caj yang lain-lain.

Sumber: M+ Global


Status Saham Syariah:

Saham syariah di platform ini disaring oleh penyedia pihak ketiga yang dipanggil IdealRatings. IdealRatings menyaring dan mengklasifikasikan sekuriti sebagai patuh syariah dengan menganalisis aktiviti perniagaan serta pecahan pendapatan syarikat.

Untuk mengenal saham yang patuh syariah boleh tengok ikon bulan sabit berwarna hijau dia aplikasi.

Untuk berdagang pasaran global, akaun konvensional masih digunakan, maka M+ juga belum patuh syariah.

Perbandingan antara broker:

Kenapa Akaun Dengan Broker Kena Syariah?

Pasti ada yang berpendapat boleh saja menggunakan broker yang tidak patuh syariah tetapi dengan syarat menggunakan cash account atau cash upfront account. Dengan cara ini dapatlah mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti riba. Namun sayang sekali sangkaan ini adalah tidak tepat. Ini kerana wang tunai tersebut akan ditempatkan ke dalam akaun amanah dan wang yang tidak digunakan di dalam akaun ini kebiasaanya akan dilaburkan ke intrument yang ditetapkan oleh broker masing-masing. Jadi, jika kita menggunakan broker yang tidak patuh syariah, secara tidak langsung kita juga akan terlibat dalam amalan riba tanpa tidak sedar.

Kami cuma nak ingatkan sahaja. Kami faham yang sebelum ini memang kita tiada pilihan. Tetapi alhamdullillah sekarang pilihan itu dah ada.

Sebagai pengguna Muslim, kita boleh minta broker-broker ini untuk menyediakan akaun yang patuh syariah sepenuhnya. Bila ada demand pasti broker ini dapat menyediakan solusi akaun patuh syariah kepada kita semua.

Oh ya, berhati-hati juga jika menggunakan platform broker yang berasaskan CFD. Baca lagi Apakah Hukum dan Status Syariah Untuk Options Trading serta CFD?

Baca juga Aplikasi Untuk Tentukan Saham Patuh Syariah Di Pasaran Saham Global

Tags: HKEXMoomoosaham globalSGXWall StreetWebull
Share546ShareSend

Related Posts

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini
Fundamental Analisis

Quarter Report: Tesla – Prestasi Merudum Suku Ini

6 months ago
Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh
Catalyst

Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh

6 months ago
Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%
Catalyst

Nvidia Raih Untung Besar Lepas Jualan Pusat Data Melonjak 73%

6 months ago
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In