Jika kita melabur dalam pasaran tempatan, mudah untuk kita mengetahui status patuh syariah kaunter-kaunter yang kita berminat. Ini kerana kita boleh menyemak status patuh syariah di trading platform kita sendiri atau boleh menggunakan screener lain seperti Bursamarketplace, dan bermacam-macam lagi.
Namun, jika kita ingin melabur di peringkat global pula, bagaimana caranya untuk kita mengetahui status patuh syariah saham yang kita hendak beli? Betul ke saham Apple, Facebook dan Microsoft merupakan saham patuh syariah? Siapa panel syariah yang menentukan saham-saham global ini patuh syariah?
Untuk menjawab persoalan ini, jom kita tengok aplikasi yang bernama Islamicly. Lepas ni bolehlah kita melabur saham global tanpa was-was.
Jom Berkenalan Dengan Islamicly

Islamicly ini hadir dalam bentuk aplikasi telefon pintar dan juga dalam bentuk lawan web untuk dilayari menggunakan komputer. Islamicly merupakan platform yang menawarkan pelabur runcit beragama Islam dengan maklumat yang tepat dan kajian yang berterusan untuk status saham patuh syariah yang didagangkan di seluruh dunia.
Mereka juga menyatakan bahawa aplikasi Islamicly adalah aplikasi pertama di dunia yang mendapat pengiktirafan aplikasi patuh syariah untuk saham sedunia.

Apa Yang Islamicly Tawarkan?

Seperti aplikasi dan laman sesawang yang lain, Islamicly menawarkan dua pakej yang berbeza kepada pelanggan yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Pelanggan boleh menggunakan Islamicly secara percuma, namun akan menghadapi beberapa had penggunaan seperti terhad kepada 20 saham global yang patuh Syariah untuk sesebuah negara, had carian sebanyak lima kali sebulan dan beberapa lagi.
Islamicly juga menawarkan pelbagai perkhidmatan lain untuk memudahkan pelanggan premium seperti portfolio global, pindah maklumat ke Excel dan lain-lain lagi.

Gambar di atas contoh saham-saham di Amerika Syarikat yang mempunyai status patuh syariah oleh Islamicly bagi pelanggan percuma mereka. Ada nama-nama saham yang anda berkenan tak?
Berapa Perlu Bayar Untuk Islamicly Premium?

Kepada yang berminat untuk mengunakan perkidmatan Islamicly tanpa had, anda perlulah mendapatkan versi premium Islamicly ini. Islamicly menawarkan tiga pakaj berbeza untuk langganan anda semua untuk satu pasaran yang anda ingin melabur. Jika anda ingin melabur kepada lebih daripada satu pasaran global, anda perlu memilih tambahan pasaran dan akan di kenakan bayaran yang berbeza tetapi Islamicly akan memberikan anda discount untuk setiap penambahan pasaran yang lain.
Sekejap, nak jimat RM636? Langgan Islamicly sekarang! Klik sini untuk maklumat lanjut.
Siapa Panel Penasihat Syariah Islamicly?

Penal Syariah Islamicly ini diketuai oleh Dr. Muhammad Ali El-Gari yang berasal daripada Arab Saudi dan dua lagi ahlinya iaitu Dr. Nazih Hammad berasal daripada Kanada dan Dr. Mohammad Amin Ali Qattan yang berasal daripada Kuwait.
Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke pasaran global? Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham gergasi seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi. E-book ini akan menunjukkan step by step untuk melabur saham di US dan sangat sesuai untuk :-
1. Nak cuba-cuba melabur saham global
2. Nak buat duit ekstra dalam USD
*E-book ini tidak melibatkan dagangan Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.
Miliki sekarang, RM77 sahaja. Kami yakin anda akan puas hati. Klik thekapital.my/DariMalaysiakeWallStreet